Edited by CikSiti07 at 6-2-2016 12:49 PM
Hai Chuols...
Aku segan sebenarnya nak bukak thread pasal benda ni.. Sebab masih terlalu awal kot…
Tapi bila memikir, pening juga sebab berperang denganperasaan sendiri… Alkisahnya macam ni, baru-baru ni aku ada kenal seseorangmelalui dunia maya… Dia orang Singapore… Aku tak pernah tengok muka dia and dia tak pernah tengokmuka aku.. Mesti ada yang bertanya kenapa aku tak mintak gambar dia dandia tak mintak gambar aku…
Reason aku tak mintak pic dia sebab selama ni adik aku danorang sekeliling aku cakap aku ni memilih…. Jadi aku cuba untuk mengenali dia tanpa melihat muka dia..
Memula tu aku tak ada niat pun nak melibatkan perasaan,sebab niat aku just nak berkawan.. Tetapi dalam tempoh sebulan mengenali beliau, aku rasabanyak benda pasal dia yang buat aku tertarik… Dia lelaki pertama yang aku rasa banyak mulut kalah aku,sebelum ni lelaki yang aku kenal agak pendiam.. Fahamlah bila pendiam, aku yang agak dominan dalam hubungan…
Tapi dia ni lain, sebab dia akan call aku setiap hari dan berceritamacam-macam..dia sangat kelakar..and cerita dia mesti disertai dengan moralvalue.. Dia suka share pasal culture Singapore and banyak bertanyapasal culture Malaysia.. Ada juga try-try cakap loghat negeri dekat Malaysia… Lagi satu aku rasa dia jujur, sebab dia cerita kisah silamdia pada aku dan kawan-kawan dia semua kenal aku..Kisam silam dia agak negatif,fahamlah zaman muda remaja duduk pula dekat Singapore yang agak sosial.
Aku sebenarnya tak kisah pasal kisah silam dia sebab setiaporang ada kisah silam masing-masing..tapi bila aku share dengan adik aku, adikaku cakap gini: “ hang baik kot kak, tak sosial, aku rasa dia tak layakuntuk hang” Sepanjang berkawan dengan dia aku tak pernah tunjuk yang akusuka or berminat dekat dia walaupun diaada bagi hint-hint dekat aku… Aku lebih selesa friend zone kan dia walaupun dalam hati akuberdebar-debar..
Semalam dia call aku, dia plan nak datang Malaysia jumpa akubulan 11 ni..Bila dengar plan dia aku jadi takut..Korang faham tak bila kita tak pernah tengok muka? Macammana penerimaan dia bila tengok aku dan macam mana penerimaan aku bila tengokdia… Aku nak mintak pic dia tapi aku tak ada kekuatan sebab akutakut bila dah tengok muka nanti jadi lain pula…
Apa pendapat korang pasal kisah aku ni?
|