CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2227|Reply: 1

Axia 1.0 G Meningkat Harga Sebanyak RM990 Bermula 1 Oktober

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:08 PM | Show all posts |Read mode
  
Perodua kini telah menaikkan harga atas jalan (OTR) bagi model Axia varian 1.0 G bagi kedua-dua pilihan transmisi manual dan automatik. Harga terbaru ini berkuat kuasa bermula pada 1 Oktober yang lalu.
Sebelum ini, harga OTR bagi varian Axia 1.0 G ialah RM29,637.16 (solid) dan RM31,027.15 (metalik) bagi pilihan transmisi manual. Bagi transmisi automatik pula, sebelum ini harganya ialah RM32,637.15 (solid) dan RM34,027.15 (metalik).
Kini, harga terbaru yang diumumkan ialah RM30,627.16 (solid) dan RM32,017.15 (metalik) bagi pilihan transmisi manual. Bagi transmisi automatik pula, harga terbaru yang diumumkan ialah RM33,627.15 (solid) dan RM35,017.15 (metalik).
Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM990 bagi Axia varian 1.0G secara keseluruhannya. Tiada perubahan harga buat masa ini bagi varian E, SE dan juga Advance.
Untuk memberikan ketenangan kepada pelanggan yang membuat tempahan sebelum 1 Oktober, Perodua turut menawarkan baucer servis bernilai RM500 di atas perubahan harga baru yang diumumkan ini.
arenakereta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 04:31 PM | Show all posts

org2 kt mesia nie sumer gaji 2k ke ats..penyawah2 pon incime bulanan sj 3k

Edited by jerungmasam at 8-10-2015 04:33 PM

x pa..bagus untuk ekonomi.....naik lagi naik lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.202492 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list