Memandangkan Ringgit terus menyusut, UMW Toyota telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan meningkatkan harga kenderaan Toyota dan Lexus berkuat kuasa Januari 2016. Kenaikan harga berbeza-beza antara 4% hingga 16% ke atas semua model. Pengeluar tersebut telah melaksanakan langkah strategik untuk melindungi kepentingan pelanggan di tengah-tengah turun naik Ringgit, dan telah menyerap kos tambahan ke tahap tertentu sejak beberapa bulan lalu.
Sehingga kini, Ringgit telah menyusut hampir 20% berbanding USD, dan ini telah menambah kos operasi bagi UMW Toyota. Syarikat tersebut telah pertimbangkan semua pilihan, tetapi tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memindahkan kos ke atas pelanggan untuk mengimbangi kenaikan kos di atas kemerosotan mata wang Ringgit.
Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor berkata, “Sejak permulaan tahun ini, kejatuhan Ringgit telah memberi impak besar ke atas perniagaan kami kerana beberapa alatan dan komponen adalah diimport, yang memberikan peningkatak kos ke atas produksi. Kami telah melaksanakan langkah-langkah kos efektif dan kaji semula operasi rangkaian bekalan kami untuk menangani masalah Ringgit lemah.”
“Syarikat ini akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan impak kerugian matawang asing dan akan menangani masalah kejatuhan Ringgit jika ianya berterusan. Malangnya, kejatuhan yang terlalu besar dalam masa yang terdekat telah memberikan impak besar ke atas operasi. Jadi, syarikat kami terpaksa meningkatkan harga jualan bagi kereta Toyota dan Lexus bermula pada Januari 2016 nanti. Peningkatan ini perlu memandangkan tiada indikasi yang jelas tentang bila Ringgit akan kukuh kembali,” katanya lagi.
Beliau turut menambah,” Kami sudah cuba sedaya upaya untuk memastikan kenaikan pada tahap minimum dan ini hanya mampu untuk membantu kami memulih semula sebahagian sahaja dan bukan 100% dari impak yang kami telah serap. Jika Ringgit terus jatuh dalam masa terdekat, mungkin kami perlu kaji semula struktur harga kami.”
Datuk Ismet Suki yakin yang peningkatan harga ini tidak memberikan impak besar ke atas jualan kerana UMW Toyota kini berada di atas landasan untuk mencapai sasaran perniagaan mereka. “Kami menghadami masa yang sukar tetapi UMW Toyota yakin untuk bertahan dalam isu ini. Kami mempunyai asas yang kukuh dan rekod prestasi yang terbukti. Saya percaya pelanggan akan terus memilih kami dan kereta kami kerana kualiti produk dan servis yang melengkapkan gaya hidup mereka,” katanya.
Perincian ke atas perubahan harga bagi semua kenderaan UMW Toyota akan ada dalam masa terdekat.
arenakereta
|