View: 1392|Reply: 1
|
Proton Kekalkan Harga Kereta Biarpun Ringgit Susut, Kata Dr Mahathir
[Copy link]
|
|
Proton Kekalkan Harga Kereta Biarpun Ringgit Susut, Kata Dr MahathirProton Holdings Bhd hari ini memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada masa ini, pengeluar kereta nasional itu perlu menjual kenderaannya pada harga yang ditetapkan kerajaan.
“Berikutan penurunan tukaran asing, kos bahan mentah import itu juga meningkat. Namun kami masih cuba untuk mengekalkan harga (kereta Proton),” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Karnival Alami Proton 2015 di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, Sabtu.
Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata Proton merancang untuk mengeksport kereta elektrik Proton Iriz yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300 kilometer bagi sekali pengecasan, ke pasaran Eropah.
Pada masa sama, Proton juga akan memastikan kesemua kereta keluarannya pada masa depan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5, kata Dr Mahathir.
“Kami telah mencadangkan untuk mengeluarkan kereta ini (Proton Iriz) ke Eropah dan tidak perlu membayar denda kerana ia cekap (tenaga),” katanya.
Mengulas ulang tahun ke-30 Proton tahun ini sejak diwujudkan pada 1985, Dr Mahathir berkata syarikat itu berazam mengubah persepsi orang ramai bahawa ia mengeluarkan kereta berkualiti rendah.
Jelasnya, Proton yang memulakan operasi dengan hanya menghasilkan kereta mekanikal kini ternyata mampu mengeluarkan kenderaan jenis elektrik yang menepati piawaian antarabangsa.
“Malah, Proton sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan dengan memperkenalkan kereta dilengkapi enam beg udara.
“Proton kini dilihat sebagai pemangkin bagi mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia,” katanya.
Menurutnya, pengeluar kereta nasional itu akan kekal gigih bagi mengharungi cabaran industri automotif itu.
Selain itu, sejajar perancangan masa depan, Dr Mahathir berkata, Proton akan mempertingkatkan prestasi varian keretanya tanpa perlu menukar nama sedia ada.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pihaknya akan memperkenalkan varian baharu Proton Perdana pada suku pertama tahun depan.
– BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, sejajar perancangan masa depan, Dr Mahathir berkata, Proton akan mempertingkatkan prestasi varian keretanya tanpa perlu menukar nama sedia ada.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pihaknya akan memperkenalkan varian baharu Proton Perdana pada suku pertama tahun depan.
Betul tu sepatutnya dari dulu lagi kena kekalkan nama ubah hanya varian..lihat saja honda.. toyota..
model civic acorrd vios dll..
Dulu proton ada mengeluarkan model yang kurang kualiti seperti gen2..nama gen 2 ini akan di bawa oleh proton seumur hayatnya sebab selepas itu di keluarkan model persona yang lebih baik..namun jika di kekalkan nama gen 2 pada model persona..orang ramai akan lupakan gen2 model yg bermasaalah itu sebab model varian yg lebih baik itu di kekalkan nama yg sama...orang ramai akan mengatakan proton sudah berubah..ini tidak ..nama gen2 akan di bawa proton seumur hayatnya..
tengok dulu masa awal awal keluaran model civic..pada 1980 an..pada masa itu jika ada kereta yg bergerak terlalu perlahan pemandu2 di belakang akan memikirkan civic..sebab masa itu ia adalah sebuah model yg teruk..tapi pada masa sekarang bagaimana anggapan rakyat terhadap civic..mereka telah lupa cicic yg mula mula keluar itu...adalah teruk..pada masa sekarang mereka mengatakan cicic adalah modelyg bagus..honda telah berubah..tiada lagi nama buruk..harap proton faham
|
|
|
|
|
|
|
| |
|