View: 1259|Reply: 0
|
ETCM Lancar Trak Pikap Pada November
[Copy link]
|
|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan membawa masuk trak pikap kecil Nissan generasi ke-12, Nissan NP300 Navara, bulan depan.Dalam satu kenyataan pada Selasa, Pengarah Perancangan Produk dan Pemasaran ETCM, Tan Keng Meng berkata, trak itu mempunyai reka bentuk menarik dan ciri-ciri inovatif.
“Ia akan menawarkan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada pelanggan untuk menjadikannya pikap terbaik.
“Trak itu dihasilkan untuk melepasi cabaran rupa bumi yang paling sukar di samping menawarkan pengalaman selesa untuk menjadikannya pikap pilihan utama,” katanya.
Nissan berkata, NP300 Navara mula berada di pasaran tahun lepas di Thailand dan telah dilancar di Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Filipina, Indonesia and Australia tahun ini.
Baru-baru ini ia dilancar di Eropah pada Pertunjukan Motor Frankfurt 2015, katanya.
– BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|