Pada hari ini, saya akan kongsikan kepada anda semua tentang aksesori pacuan 4 roda yang mesti ada pada pacuan 4 roda kesayangan anda...
Gambar di atas adalah ''Alpha Sport Cover''... Fungsi alat ini adalah untuk menutup keseluruhan kargo untuk simpanan barang-barang supaya ianya tidak terkena matahari dan hujan. Ianya juga didatangkan dengan LOCK untuk keselamatan barang di dalam kargo tersebut. Nampak cantik kan...
Gambar di atas pula adalah '' Coil spring''... Yang ini bukan coil spring biasa yang macam sedan pakai, yang ini di khaskan untuk pacuan 4 roda sahaja...
Gambar di atas pula adalah '' Bull Bar''... Fungsi alat ini adalah untuk melindungi bahagian bumper fiber glass anda daripada pecah dan kemek.. Yang ini di buat dari 100% besi, jadi tak perlu risau bila terlanggar apa-apa benda. Ada juga jenis yang kena cabut bumper fiber glass dan pasang yang besi tu.. Yang ini tak perlu cabut. Hanya pasang saja di depan nya.. Selalunya Bull bar ini dia sekali dengan lampu spotlight...
Yang ini pula fungsi dia sama macam bumper depan bull bar itu... Yang ni namanya ''Rear bull bar bumper''...
Fungsinya juga sama seperti bumper depan tapi yang ni jenis buka yang lama dan ganti dengan jenis bull bar ini... Yang ni pun di buat daripada 100% besi. Anda juga boleh pijak untuk memudahkan anda naik ke ruang kargo dan memudahkan anda untuk ambil dan simpan barang...
Ini di panggil ''Safari snorkel''... Alat ini sangat penting jika anda berminat untuk membawa pacuan 4 roda anda masuk atau melintasi kawasan sungai. Tanpa alat ini, enjin tidak akan dapat bernafas ketika dalam air dan menyebabkan enjin anda mati. Alat ini akan dipasang pada bahagian air filter...
Semua orang tau yang ni apa kan... Ni dipanggil ''Suspension''... Suspension ini di khaskan untuk pacuan 4 roda anda supaya bila anda bawa jentera anda jalan dalam hutan berlumpur, mendaki bukit dan sebagainya, anda berasa selesa saja bila memandunya...
Yang ini namanya ''Side step''... Fungsi side step ini adalah untuk memudahkan akses turun dan naik dari jentera anda mudah dan senang. Tak perlu lagi risau jika jentera anda tinggi...
Itu saja gambar dan sedikit info yang berguna untuk aksesori pacuan 4 roda anda... Sebenarnya ada banyak lagi alat aksesori untuk jentera anda, tetapi saya ringkaskan sahaja di sini...
semuanyatentangkereta.blogspot.com