CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1076|Reply: 0

TIPS MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI

[Copy link]
Post time 16-10-2015 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Hai assalamualaikum semua, tahukah anda tips ketika membeli kenderaan terpakai (secondhand)?? Sebenarnya ada banyak tips yang boleh di kongsi tapi saya akan ringkaskan tips ini untuk anda semua.



1) Sebelum anda membeli kenderaan terpakai, SEARCH dulu kenderaan yang sesuai dengan anda. Antaranya ialah: jenis kenderaan,, tahun dibuat dan harga kenderaan tersebut.

2) Janganlah terburu-buru untuk membeli kenderaan itu sebaiknya perbincangan perlu dibuat dan kita perlu berfikir dengan postif kerana kita akan menyesal kalau sikap kita terburu-buru. Ada juga orang yang mengatakan beli kenderaan biarlah ikut bajet dan kemampuan kita. Itu betul....

3) SIASAT kenderaan tersebut... Adakah kenderaan tersebut pernah terlibat dengan kemalangan ??? Adakah kenderaan tersebut pernah rosak ?? ataupun kenderaan tersebut ada unsur-unsur seperti kenderaan potong atau curi. Jika ya, elakkan daripada membeli kenderaan tersebut.

4) PANDU UJI kenderaan yang anda inginkan. Kita tidak mau membeli kenderaan yang rosak kan?? Jadi jangan hanya tengok di luaran sahaja. Uji lah kenderaan tersebut di atas jalan raya. Jika terdapat bunyi yang mencurigakan ataupun terdapat masalah, tinggalkan saja kenderaan itu dan cari yang lain.


CONTOH-CONTOH KENDERAAN YANG BERMASALAH:


1) Enjin susah untuk dihidupkan.
2) Enjin bergegar atau tidak stabil.
3) Steering bergegar ketika di uji.
4) Kebocoran di bahagian enjin.
5) Kenderaan tidak stabil atau lari ke sebelah kiri atau kanan ketika memandu.
6) Terdapat suara yang pelik di bahagian enjin.
7) Accessories kenderaan seperti radio, lampu, power window ROSAK.





Jika anda menjumpai salah satu daripada masalah di atas, elakkan membeli kenderaan tersebut. Kita sebagai pengguna harus memilih mana yang baik dan mana yang buruk... Semoga anda tahu tips ketika membeli kenderaan terpakai walaupun sedikit.. SEKIAN TERIMA KASIH !!!

semuanyatentangkereta.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.720455 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list