Ramai lelaki yang suka meletakkan dompet pada poket belakang, betul kan?
Tahukah, selain berisiko didekati peragut, ia juga tidak baik pada badan anda. Ini kerana apabila anda duduk, ia membuatkan kedudukan pinggul menjadi tidak stabil.
Kebiasaan ini akhirnya akan merosakkan saraf-saraf pada yang bersambung dengan bahagian pinggul.
Situasi yang dipanggil sebagai hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy ini menyebabkan seseorang itu berasa lenguh atau sakit pinggul.
Bukan itu sahaja, dompet yang terhimpit itu juga akan menekan saraf-saraf yang menyebabkan sakit pada pergelangan kaki, betis dan menimbulkan kesakitan ketika berjalan, duduk atau baring.- CARI Infonet