|
Hai semua,
Kat sini sy just nak tanya pendapat. Sy berumur 28thn/single/perempuan & bkerja.
Sebelum ni sy memang tak pernah terfikir nak bercinta sbb busy dengan belajar, nak cari kerja, lepas tu bila dah kerja, busy memang tak fikir apa-apa. Balik rumah kadang dah lambat, makan lepas tu tido, esok pergi kerja balik. Ada je kawan-kawan lelaki yang cuba nak rapat, tapi sebab memang busy ni so masa nk bersocial tu limited, kadang whatsapp tu pun reply bila free. So, bila it comes to a relationship, memang tak pernah lama pun. Maybe sebab busy dan tak pernah rasa nak drag feeling break up tu lelama. Tp tipula kalau tak kecewa. Ada je. Cuma bila dah start kerja haritu, rasa dah xde fikir apa sangat.
Tp, sekarang rasa mcm sy selesa berkawan dengan sorang lelaki ni. Memandangkan memasing busy, so hanya contact time free tapi kami akan sembang panjang & kalau ada masa memang akan keluar. Keluar tu pun sekadar dinner lepas keje/geng makan time weekend. Sbb kalau nak shopping, buat aktiviti sy lagi selesa hang out dengan my close friends (perempuan). So skrg ni masalahnya, sy dah terdevelop perasaan suka + terjatuh hati pulak kat kawan lelaki ni. Tp xsure apa perasaan lelaki tu pd sy. Xtau la sebab dah lama kawan ni, rasa mcm he's the one/just selesa/sbb rasa lonely ke camne sy pun keliru. Selama ni ok je boleh buat relax cool hidup sebatang kara ni. HAHAHA. Memasing memang single, busy, boleh ngam, tapi untuk sy nak luahkan rasa cinta tu mcm takut destroykan friendship ktorang.
Macam mane eh korang? Tolong bg pendapat boleh? Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau selesa dengan cara lelaki itu, teruskan sahaja.
Samada dia ada perasaan suka + terjatuh hati, kalau sekarang pun tak rasa desperate nak serius dan kahwin, teruskan seperti biasa sahaja. Mungkin dia suka kamu, mungkin dia anggap kamu kawan biasa tapi yang penting di sini, tak perlu gopoh gapah nak terus serius dalam perhubungan jika diri sendiri tak sedia untuk ada perubahan rutin kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
ala. cakap je suka kat dia. both pom umur da makin kertu.
dari teka teki teka tekuk sorang2. makan hati ja |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 18-1-2016 12:16 PM
well be honest , tanya elok elok - dah ada palan ke nak car bakal isteri? kalau ye - apa jenis yg dia nak?
if not - be friends
katakan secara matang dan elok elok gitu - i kinda of like you but i am open about it - ( dalam konteks ni terus terang je as mature , inteligent adults ) becaus ei haven't got a clue whether you already have someone in mind ke, your parents ' choice ke or put your career first ke?
cam tu
kalau lelaki tu intelligent, beriman, matang dan ada otak dia akan hormat perasaan itu dan act maturely...
tapi kalau macam 3 years old well...well...well....u know ...i dont have to tell you what to do lah ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Just go with the flow...as a wise man once said.
Take it slow, jangan rush2, baru2 kenal nih memang semua cantik, baik, berbunga2. Wait awhile and see if both of you can accept each of your 'bad' traits and quirks, kalau boleh, then tahniah, anda berdua sesuai.
Kalau nak carik calon suami, tengok macam mana hati dia, cara dia berpikir, dan apa action dia. Slalunya kalau lelaki nih baik kepada binatang (tak kira kucing ke, anjing, tikus ke), nescaya hatinya lembut. |
|
|
|
|
|
|
|
apa salahnya tanya direct je.. knowing sifat2 lelaki yg tak suka bercerita dan kita yg perempuan ni pulak jenis yg tak sabar nak tau result. Kalau u tak tny sekarang, hujung2 nnti bila dah makin mesra padahal dia takde hati kat kamu lagi lah buat sakit hati berbanding yg awal2 ni.
Just ask direct tapi in polite way. I mean beralas la sikit asalkan meaning tu sampai. pandai2 ko lah |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la kata mak aku,wanita berkarier tu susah nak bangun rumah tangga,bussy kat ofis je,pulang rumah dah penat,tak layan suami |
|
|
|
|
|
|
|
tanya direct je sis. ko suka aku tak?aku suka engko ni
iols dulu pun takot jua sampai bukak tered
|
|
|
|
|
|
|
|
senang aje.....set kan masa....macam jam loceng.
automatik ...bila sampai masa.....awak akan tahu status awak...
kita berkawan dan kita berkenalan...saya berharap dalam tempoh 6 bulan....saya mengharap ada berita baik untuk diri saya......so tunggu dan lihat....apa reaksinya...selepas itu..dan awak akan tahu status diri awak.... |
|
|
|
|
|
|
|
x yah penin2 sis,bagitaw je..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
boleh aku tau keje apa yg busy sgt tuh? smpai nak tgk hp pon xsempat?
keje bhgn kaunter ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki memang tak suka terus terang, kadang2 suka tangguh. Aku laki so tahulah. Better kan kak tanya je terus mamat tu.
Jangan tunggu lama2, nanti lama2, dia diambil orang... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|