View: 13672|Reply: 53
|
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
[Copy link]
|
|
Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.
Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.
Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.
Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.
Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!
Setakat “tak boleh”, lut ke?
Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)
Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.
Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?
Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”
Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.
Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.
Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernahlah tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
ish lama sgt tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoii.. kena sebijik batang hidungku...
Sebelum ini saya memang tak pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya dah berpunya. Malah prinsip dalam menyukai lelaki ada satu yg saya pegang teguh2 - "kalau dia milik orang saya akan undur diri, sebab saya tak mahu hak saya esok dikacau orang". Sebab saya percaya pada qada dan qadar Allah, atau in other words, Karma is a *****.
Tapi recently saya berminat pada seorang lelaki, dan baru je nak belajar memikat dia, dapat tahu yang dia bakal melangsungkan pertunangan dia. Hmm... memang frust dan cepat2 cakap nak move on. Kami berkawan macam biasa, tak ada apa2 tapi.... ya, hati saya masih simpan perasaan pada dia.
Tapi cakap TT memang betul, dalam soal hati dan perasaan, mesti berserah pada Allah. Sekarang saya didik hati untuk berkata "terpulanglah, moga ini yang terbaik..." Go with the flow. Kalau ditakdirkan DIA yang hati saya tetap melonjak pada lelaki yang hatinya bukan pada saya, saya redha. Yang penting saya tak aniaya mahupun lukakan hati sesiapa.
Great topic TT. Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
jatuh cinta ngan jim parson...pastu dapat tau heols dah ada bfffff...
~~patah seribu hatikuuuuuu~~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya....meh meh akak pehluk meh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Baideweh..jim parson ni sapo, dik..? jim kari akak kenai laa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Clover_Hill replied at 19-2-2016 07:26 PM
Baideweh..jim parson ni sapo, dik..? jim kari akak kenai laa..
heols main cast sitcom tajuk bing bang theory..
pasal nerd saintis yg kelakar...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu kesahnya...
Ternyata akak dah jauh tersasar dari donia hiboran...segenap segi tiada ketahuan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Clover_Hill replied at 19-2-2016 07:34 PM
Gitu kesahnya...
Ternyata akak dah jauh tersasar dari donia hiboran...segenap segi tiada ketahu ...
ni agak2 tt marah tak ot nih...
moh kembali ke jalan yg benar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 19-2-2016 08:53 PM
oh goshhhhhhhhhhhhh....deep....well...man...hmmm........hmmm....aku hanya mampu berdoa aagr dia dikurniakan hidayah.....itu je....that would be enough, nak harap berbalas....hahahahahhhha ini kan ibarat dy/dx menuju ke 00000000000 laaaaaaaaaaaa adoi.....well....that's life so...bila hadir ini just pandang ke luar jendela and smile.....................yep, been there many many times....dan tak pun menzahirkan sebab no..tak leh mana boleh but yeah well...didoakan hidayah yg semampu boleh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Clover_Hill replied at 19-2-2016 08:34 PM
Marah...marah...
Ampongggggg tt...
iols pun sekolah pompuan...tapi sekolah rendah campur...
ala...zaman gegedik tu memang hati acah2 sensitif kan...
takleh nak kontrol...
tapi experience is the best teacher kekdahnya...
yg penting.....moving onnnnn....... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tersuka tanpa sengaja pun takde lah sampai berkehendak untuk mencaras hak orang. Test market bajet2 hot stuff gitew. |
|
|
|
|
|
|
|
Clover_Hill replied at 19-2-2016 09:12 PM
Sekolah rendah mmg campur..sekolah menengah tak campur..masuk U campur balik.
Warna warni kan idu ...
memang selalu gitu uols....
tetambah lagi kalau dah tunang...time tu la nampak yg lain lagi segak lagi helok...
dugaan semua tu...
yang penting kita kena settledown ngan orang yang sepatutnya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|