CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2176|Reply: 3

7 PETANDA TEMAN LELAKI TIDAK SESUAI DIJADIKAN PASANGAN HIDUP Malisa Aina MA...

[Copy link]
Post time 4-3-2016 07:03 PM | Show all posts |Read mode
7 PETANDA TEMAN LELAKI TIDAK SESUAI DIJADIKAN PASANGAN HIDUP MALISA AINA · FEBRUARY 18, 2016


Foto - miyahassanpeer.blogspot.com
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.
Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan soal pemilihan pasangan hidup. Mungkin 7 petanda ini boleh membantu anda.
  • Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung.
  • Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda.
  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.
  • Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.
  • Dia dengan selamba bermain WhatsApp ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia WhatsApp, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan WhatsApp dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang.
  • Anda selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.
  • Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting, ataupun perkara penting tentang diri anda.
  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 07:16 PM | Show all posts
wow man , why capitalised letters tu  ya allah ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 02:45 PM | Show all posts
Edited by Abangspek at 9-3-2016 02:49 PM

tukar jek "lelaki" tu ke "wanita"
dan "wanita" ke "lelaki"

Sama jek. Ko ingat laki ni shallow jek ke, pandang fizikal 100%? Ramai jek pompuan lawa tp kena tinggal gak sebab masalah perangai cam dalam list ko sumbat tu, TT
Ayat lelaki mengutama kecantikan fizikal sama macam cakap "wanita mengutamakan wang"

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang lelaki memilih wanita yang bersesuaian dengan mereka merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan wanita yang lebih mengutamakan wang ringgit.
Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan soal pemilihan pasangan hidup. Mungkin 7 petanda ini boleh membantu anda.
  • Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung.
  • Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang wanita tersebut kata sebaliknya lihat apa yang wanita tersebut lakukan untuk anda.
  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.
  • Dia selalu bercerita mengenai lelaki lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.
  • Dia dengan selamba bermain WhatsApp ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia WhatsApp, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, wanita ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan WhatsApp dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang.
  • Anda selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.
  • Dia selalu terlepas perkara penting seperti minat anda atau appointment penting, ataupun perkara penting tentang diri anda.
  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 02:52 PM | Show all posts
Abangspek replied at 9-3-2016 02:45 PM
tukar jek "lelaki" tu ke "wanita"
dan "wanita" ke "lelaki"

ya..saya setuju...perhubungan must be both ways...dua hala

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047531 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list