CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6370|Reply: 1

Bro, Sakit Masa Kencing? Ikuti 10 Tips Berikut :

[Copy link]
Post time 12-4-2016 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Pundi kencing yang telah dijangkiti kuman boleh menyebabkan radang pada dinding pundi kencing. Jika tak dirawat dengan tepat, ia boleh merebak ke bahagian ginjal dan seterusnya ke dalam salur darah. Jom ketahui lebih lanjut tips atasi masalah kencing tak lawas supaya tidak berlarutan.


Tapi ramai juga yang mengambil mudah dan menganggap ia masalah biasa dan kalau tidak ditangani segera, lama kelamaan boleh mengundang masalah lain pula. Bahaya tu..






Tanda-tanda awal jangkitan kuman pada pundi kencing :
1) Kerap membuang air kecil
2) Sakit ketika membuang air kecil
3) Rasa tidak puas selepas membuang air kecil
4) Sakit di bahagian perut
5) Kencing Berdarah
6) Air Kencing berbau busuk
7) Demam








Tips penjagaan elak masalah sakit berkencing berulang:
1) Tidak menahan apabila ingin membuang air kecil
2) Kebersihan perlu dijaga seperti segera dikeringkan selepas membuang air kecil
3) Amalkan cara membasuh yang betul seperti dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur masuk ke pundi kencing
4) Membuang air kecil dengan mengosongkan pundi kencing secara berkala
5) Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
6) Bagi mengurangkan iritasi pada bahagian vulva yang menyebabkan radang, elak menggunakan pewangi atau sabun pada bahagian kemaluan
7) Membuang air kecil selepas berjimak untuk pasangan suami isteri.
8) Ambil makanan yang boleh mengurangkan asid dalam air kencing supaya bakteria tidak membiak dengan cepat. Segera dapat rawatan doktor dekiranya keadaan menjadi teruk.
9) Elak mengambil makanan pedas secara berlebihan, minuman kafein dan alkohol, kalau tak masalah pada saluran kencing akan bertaambah buruk lagi.
10) Minumlah air rebusan barli yang mampu melawaskan kencing kerana barli mengandungi serat yang tinggi dan membantu mengurangkan rembesan asid hempedu.- CARI Infonet









sumber info: http://vitaminsaya.com/tag/air-kencing-kotor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kencing aku berbau if mkn petai or minum nescafe.. 1st time mkn petai, aku demam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.559479 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list