View: 5306|Reply: 3
|
Cara-cara Mengesan Pasangan Kita Curang Atau Tidak
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Didalam sebuah perhubungan, masalah paling besar adalah untuk "mengesan" sejauh manakah pasangan kita benar-benar setia dan tidak curang dibelakang kita.
Lelaki atau perempuan sama saja, bab curang ni tidak hanya mutlak kepada kaum lelaki sahaja walaupun sebelum ini sering kita dengar kebanyakkan punca putusnya sesuatu hubungan berpunca dari lelaki. Tapi itu zaman dulu-dulu lah, zaman sekarang wanita pun lebih bijak menyembunyikan kecurangan.
Percaya atau tidak, pasangan yang sering disamping kita juga bila-bila masa boleh berlaku curang. Jadi janganlah terlalu bersenang hati dengan senyuman, gurauan dan kata-kata romantik pasangan anda kerana jauh dilubuk hatinya, kita tidak akan pernah tahu.
Jadi bagaimana nak tahu? usah risau pasti ada caranya. Pencurang biasanya akan menunjukkan perubahan sikap yang lain daripada biasa. Kata orang macam buang tabiat pun ada. Ini antara tanda-tanda atau bau-bau kecurangan telah berlaku :
#1- Tiba2 suka puji ke langit
Bila pasangan mula bercakap tentang betapa hebatnya anda, mungkin itu cara dia menutupi perasaan yang lain. Ini adalah kaedah bagus untuk mengaburi kecurigaan anda.
#2- Selalu gelisah tak tentu pasal
Jika cara bicara kekasih biasanya penuh percaya diri tiba-tiba berubah dan panik, anda perlu mencari tahu mengapa ia gugup. Lihat apakah tangannya berpeluh atau matanya tidak fokus. Bila itu terjadi bermakna ada sesuatu yang sedang ditutup-tutupi.
#3- Gembira
Siapa yang tidak senang bila pasangan bahagia, tetapi bila bahagianya kerana wanita lain, ini menjadi kekecewaan besar bagi wanita. Lelaki akan nampak bahagia ketika sedang jatuh cinta lagi, wajahnya berseri-seri padahal tiada peristiwa istimewa antara anda dan dia.
#4- Semakin kuat berjenaka
Ada perbezaan lelaki berkarakter kelakar dan biasa-biasa. Ketika perasaan pasangan curang, dia lebih banyak bergurau, tetapi sayang kelakarnya hambar. Lelaki memaksakan diri kelihatan lucu di hadapan pasangan untuk menyembunyikan sesuatu.
Jika pasangan anda menunjukkan perubahan mendadak seperti ini, baik selidik betul-betul kerana pasti "ada belut disebalik mee". Yang penting siasat dulu sebelum menuduh. Ada tanda-tanda belum tentu berpenyakit tapi kalau dah sah curang memang cari penyakit! - CARI Infonet.
Sumber: Allwomenstalk |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tergelak pun ada...Gembira & tetiba puji melangit...padahal x kemana pun....yg bodoh tu tersengeh la juga ingat ke benda yang betul...betul la org kata...yg cerdik selalu kenakan yg bodoh. kesian... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|