CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5376|Reply: 37

Wartawan Hiburan Kongsi Kisah Telefon Meletup, Keluar Api Jadi Viral

[Copy link]
Post time 8-5-2016 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Bellabullet5424 at 8-5-2016 01:20 AM

   
PETALING JAYA: Seorang wartawan hiburan yang berkongsi kisah ngeri di Facebook ketika telefon gengam dicas anaknya meletup lalu mengeluarkan api menjadi viral apabila peristiwa tersebut dikongsi lebih 19,000 pengikut laman sosial itu.

Perkongsian itu sehingga Sabtu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila lebih 7,000 komen ditinggalkan.

Tengku Khalidah Tengku Bidin, 42, yang merupakan editor hiburan Utusan Malaysia berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu ketika anak gadisnya dikenali sebagai Dina mengecas telefon genggam di sebuah bilik rumah mereka di Setiawangsa dekat sini.




Bagaimanapun selepas setengah jam kemudian, telefon berkeneaan meletup lalu mengeluarkan api sehingga turut menyambar bantal yang digunakan bagi melapik alat telekomunikasi itu.

“Saya di dapur, terkejut bila anak menjerit-jerit, api... api. Api menjulang dari hand phone (HP) berasap-asap. Nasib kami sangat baik sebab HP tu memang tak ada siapa yang pegang. Memang saya selalu ingatkan anak, masa HP sedang cas tak boleh guna,” katanya dalam laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Tambahnya, semasa kejadian dia melihat api menjulang keluar dari telefon berkenaan selain mengeluarkan asap yang banyak.

Ketika itu dia sempat bergegas menutup suis utama elektrik rumahnya bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

Dalam pada itu Tengku Khalidah yang juga Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kepada mStar Online berkata, perkongsian kisah ngerinya adalah sebagai pengajaran buat diri sendiri selain meminta orang ramai mengambil iktibar atas apa yang berlaku.


Beginilah kesan akibat kejadian telefon genggam meletup ketika dicas yang turut menyambar bantal.

Ujarnya, dia mengesyaki kejadian itu berpunca daripada masalah bateri telefon berkenaan yang berkemungkinan sudah lemah sehingga ia meletup apabila dicas.

Bagaimanapun dia bersyukur kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

"Saya meminta orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengecas hand phone masing-masing agar kejadian sama tidak berulang.  Ambillah ia sebagai pengajaran agar kita dapat hindari kemalangan yang kita tidak jangkakan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Telefon genggam n telefon bimbit apa beza?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Brand samseng ka ipong ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Samseng .. Nak post gambar x berapa tahu ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 01:10 AM | Show all posts
telefon genggam? bahasa indon kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti AP ni, x pernah aku  pakai phone meletup time charge
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2016 01:17 AM | Show all posts
api menjulang dari telefon ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 01:33 AM | Show all posts
omputih pulak bagi nama mobile phone, handphone, cellphone, cellular phone. Jadi tak kisah la namanya telefon tangan, telefon bimbit atau telefon genggam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2016 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat gambar phone tu x ori dah la bodoh dia kongsi 1  Malaysia plak buat malu je
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kerap pulak fon meletop skrg neh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal lapik atas bantal? Haba.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara hp cokia or power bank cap ayam je penyebabnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 03:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa-rasanya terbakar sebab panas sebab letak atas bantal le.habakan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
aku penah bukak hp,hp rosak la.saje je nk jdik pomen sat. past tu. aku x reti.. hp cap ayam je. last aku tikam bateri die ngn skru drebar. keluar api oooooo.. tekejut aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpayah berdrama ngeri la api menjunam tinggi choiiiii..ponsel pprt jah meletop time charge..itupon kalau anak gadis si cikki ini duk main2 fefeeling inosen pula..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 06:53 AM | Show all posts
--telefon genggam..
--api menjulang..

nak menunjukkan besarnya api tu, tapi tgk kesan terbakar,sebiji bantal pun xhabis dimakan api

bodo cas letak atas bantal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2016 06:56 AM | Show all posts
pi buka thread kongsi viral sana la..

dah tau viral gigih nak buka sini juga
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 06:57 AM | Show all posts
kongsi viral..

eh lupa seru momod

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Logiknya juga cas henfon tu mmg la panas sikit... Letak atas bantal.. Bantal mudah tbakar... Keluar lah api...

Klu cas tk blapik apa2 rasanya tk dak apa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
red_cattleya replied at 7-5-2016 06:01 PM
kerap pulak fon meletop skrg neh

Phone byk klon sekarang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.179698 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list