View: 2586|Reply: 4
|
Dua Insan Paling Bertuah Di Dunia: Christine Dan Najib, Tapi Nasib Berbeza?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Baru-baru ini, pastinya kita semua tertarik dengan berita dari Australia yang sedang hangat menjadi topik pertikaian antarabangsa mengenai seorang pelajar Malaysia di sana yang dituduh menggunakan AS$3.4 juta yang diberikan kepadanya secara tidak sengaja oleh banknya.
AFP melaporkan wanita berusia 21 tahun itu telah membelanjakan wang itu untuk membayar sewa pangsapuri, membeli beg tangan berjenama dan barangan mewah lain selepas akaun bank Australia miliknya memberi overdraf tidak terhad kepadanya.
“Begitu banyak beg tangan” kata majistret, Lisa Stapleton pada Khamis menurut Daily Telegraph Sydney.
Sebenarnya kesalahan pelajar itu, Christine Jiaxin Lee, 21, adalah kerana telah membelanjakan wang AS$3.4 juta yang diterima secara tidak sengaja dari pihak bank.
sumber foto : http://i.dailymail.co.uk/
Pihak bank telah tersilap beri kemudahan overdraf kepada Christine dan tanpa memikir panjang bertindak belanja jumlah wang tersebut!
Malah Majistret Lisa Stapleton sendiri kata, ia bukan hasil jenayah, ia adalah dana yang kita semua hanya mampu mimpikan saja .....
Penulis blog Din Turtle menyifatkan Christine dan Najib sebagai dua orang insan yang paling bertuah di dunia yang dikurniakan mimpi sebegitu. Kebetulan pula kedua-dua mereka merupakan rakyat Malaysia.
Penulis Din Turtle menggambarkan Christine bangun satu pagi, dia pergi bank nak keluarkan duit tak disangka-sangkakan dapat durian runtuh .... AS$3.4 juta tersedia kepada beliau untuk dibelanjakan.
Najib juga sama, bangun satu pagi, dia pergi bank nak keluarkan duit, tak disangka-sangkakan pun dapat durian runtuh ..... berpuluh juta ringgit ada dalam akaun.
Cuma yang malangnya buat Christine, mimpinya menjadi kenyataan di Australia sementara mimpi Najib menjadi kenyataan di Malaysia!
Di Malaysia jika perkara seumpama itu berlaku, cukup sekadar menyatakan yang kita tidak tahu siapa yang masukkan duit itu, alasan sebegitu sudah cukup buat Peguam Negara Malaysia buang kes. Selain dari dibuang kes, duit yang sudah dibelanjakan tak perlu dipulangkan.
Maknanya, pihak yang masukkan duit itu akan rugi lah dan sememangnya ia satu mimpi indah yang menjadi impian semua orang.
Sementara di Australia, membelanjakan wang seumpama itu merupakan satu jenayah.
Di Australia, jika anda dapati dalam akaun ada wang yang bukan milik anda, anda kena tanya pihak bank dan dapatkan penjelasan. Sekiranya anda belanja wang yang bukan kepunyaan anda, itu merupakan satu kesalahan jenayah.
Mengambil kesempatan di atas kesilapan pihak bank boleh disamakan dengan MENCURI !
Menurut penulis blog Din Turtle, Christine berkemungkinan ingat undang2 di Malaysia ( mengikut tafsiran Peguam Negara ) sama saja dengan undang2 di Australia.
Selar Din Turtle lagi, apakah undang2 Malaysia sama seperti undang2 di Australia dalam kes di atas atau ianya tampak berbeza kerana mengikut tafsiran Peguam Negara saja ... atau ianya tampak berbeza kerana melibatkan Najib ?- CARI Infonet
sumber info: http://dinturtleoriginal.blogspot.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
bagus nya hahaha boleh buat perbandingan |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah... gelak je iols baca |
|
|
|
|
|
|
|
hisskkkk x dpt aku yg bayangkn dlm acc ade 3juta
berpinau |
|
|
|
|
|
|
| |
|