Oleh Izzah Abbasy
Bagaikan mencurah-curah populariti Mira Filzah tahun ini. Sudahlah cantik, lemah lembut, bijak sekaligus membuatkan sesiapa sahaja tertawan dengan sikap ayu Mira.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) disambut meriah baru-baru ini dan antara yang menjadi tumpuan adalah pemenang kategori pelakon baru wanita popular Mira Filzah.
Kemenangan Mira Filzah bukan sahaja diperkatakan ramai, malah turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat.
"Surat cinta" yang ditulis oleh PU Rahmat itu dikongsi di laman Facebook beliau dan mendapat lebih dari tiga ribu perkongsian setelah ia dikongsi sejak semalam.
Jom sama-sama baca apa yang ingin disampaikan oleh PU Rahmat.
Pastinya, ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya PU Rahmat berani untuk berkongsi surat tersebut. Adakah betul-betul inginkan Mira membantu mangsa perang Syiria atau sekadar inginkan popularitinya sahaja? Bukan apa, cara penyampaian PU Rahmat tersebut bunyinya seakan ingin mengayat empunya badan, Mira Filzah saja.
Eh, jangan fikir bukan-bukan ya! PU Rahmat membalas kenyataan mereka yang berfikir negatif iaitu dengan kata-kata mendalam dan bermanfaat ini :
Moga Tuan Puan dapat memahami makna yang tersurat yakni agar orang Dapat cakna Isu syiria
Jika Nampak yang buruk
Maka buruk sahaja yang nampak
Lihatlah dengan kebaikan. |