View: 3209|Reply: 8
|
Kenali Residen Negeri-Negeri Selat Perak
[Copy link]
|
|
Edited by kucingitam at 15-11-2018 12:22 PM
JWW Birch adalah Residen Negeri-negeri Selat yang paling popular di Malaysia. Kisah pembunuhannya yang mengakibatkan Raja Abdullah dibuang negara ke Pulau Seychelles.
JWW Birch adalah residen pertama Perak. Mari kita baca mengenai residen-residen lain di Perak.
Sumber: FB Page Orang Perak
James Wheeler Woodford Birch
4 November 1874 - 2 November 1875
James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch (3 April 1826 - 2 November 1875) ialah Residen British pertama di Perak.
Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya ialah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England.
Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Birch ialah:
1. Disember 1846 – Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya, Ceylon (sekarang Sri Lanka)
2. November 1852 – Penulis di Jabatan Perkhidmatan Awam, ditempatkan di Pejabat Wakil Kerajaan, Jaffna, Palestin
3. April 1853 – Majistret Polis di Jaffna
4. Oktober 1853 - Galle.
5. Januari 1854 - Mallakam.
6. Januari 1854 - Chavakachcheri (memangku).
7. Ogos 1854 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan in Trincomalee – Perlantikan disahkan dalam bulan Disember 1854.
8. Mac 1856 – Hakim Daerah Batticaloa.
9. Januari 1859 sehingga Mei 1862 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Batticaloa
10. September 1864 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Ratnapura.
11. Ogos 1865 - Kurunegala
12. Julai 1866 – Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Hambantota.
13. Oktober 1867 – Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai, Wilayah timur. Perlantikan disahkan dalam bulan Jun 1868.
14. Mei 1870 sehingga 1874 – Setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat.
15. November 1874 sehingga 1875 – Residen British Pertama di Perak, dibunuh oleh orang-orang Melayu yang menentang penjajahan British
Sir Frank Athelstane Swettenham (1850 - 11 Jun 1946) ialah Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini sebahagian Malaysia) antara 1 Julai 1896 hingga 1901. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai tadbir British di Tanah Melayu sehingga tamat tempoh perkhidmatannya disini.
Beliau juga merupakan salah satu daripada hampir empat puluh orang pegawai Empayar British yang menentangi Malayan Union. Seorang yang mampu berbahasa Melayu dengan baik dan beliau mempunyai hubungan yang akrab terhadap Sultan-Sultan dan pembesar-pembesar Melayu.
Berdasarkan pengalaman luasnya sepanjang berkhidmat di Tanah Melayu, Swettenham mencipta kamus "Perbendaharaan kata bahasa Inggeris-bahasa Melayu" ("Vocabulary of the English and Malay languages") serta menerbitkan dua buah buku, iaitu "Keterangan-keterangan Ringkas Melayu" ("Malay Sketches") dan "Surat-surat Tanpa Alamat" ("Unaddressed Letters").
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oliver Marks
15 December 1911 - 9 August 1912
Colonel William James Parke Hume
9 August 1912 - 12 August 1912
|
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan orang perak. tapi suka negeri perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam perkenalan |
|
|
|
|
|
|
| |
|