BARU-BARU ini Diva ada terbaca pasal kisah pelakon kacak dari Singapura, Shah Iskandar yang bergambar sana sini dengan seorang wanita bertudung. Tapi, Diva tak rasa pun itu kekasih Shah Iskandar, peminat biasa-biasa sahaja.
Minggu lepas, Diva saja berborak pasal Shah Iskandar yang sudah makin popular dan makin banyak pengaruh di Malaysia. Diva pun suka tengok Shah Iskandar, manis sungguh senyumannya, peramah pula. Sebab itu ramai peminat.
Dalam bercerita pasal artis, bab cinta memang tak boleh lepas, tiba-tiba salah seorang daripada rakan semeja Diva terlepas cakap, kata Shah Iskandar memang tengah intim dengan kakak seorang pelakon cantik, Anzalna. Kalau tak silap Diva, kakak Anzalna yang dimaksudkan itu bernama Diana. Diva pun tak kenal Diana yang mana, tapi Diana kakak Anzalnalah. Cantik juga orangnya, sepadan sangat dah dengan Shah Iskandar.
Kalau betul cerita berkenaan, baguslah. Kalau tak betul pun mereka sedang bercinta, tapi memang mereka berkawan. Kalau tak rapat masakan ada ambil gambar berdua dan Diva tak rasa itu rakaman antara peminat dengan artis.
Diva: Tahniah, seorang lagi 'anak' lindungan David Teo, Diana Amir nak kahwin.