CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3735|Reply: 19

[Jenayah] Anak beranak pun mencuri motor!

[Copy link]
Post time 9-4-2014 11:49 AM | Show all posts |Read mode



Anak beranak antara suspek ditahan

BANTING - Seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya antara tujuh suspek ditahan terlibat aktiviti mencuri dan meleraikan komponen motosikal di sekitar Kuala Langat sejak dua tahun lalu.

Kira-kira jam 1.30 petang Sabtu lalu, sepasukan polis berjaya menumpaskan dua rakan sejenayah terbabit yang aktif mencuri motosikal di beberapa kawasan sekitar di sebuah rumah terbiar di Permatang Pasir.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, berikutan tertangkapnya dua suspek berkenaan pihaknya berjaya menahan lima lagi suspek di sebuah bengkel di Pekan Chodoi termasuk geng anak-beranak yang seorang daripadanya masih bersekolah di Tingkatan Empat di sebuah sekolah di sini.

Menurutnya, suspek berusia lingkungan umur 14 hingga 51 tahun itu ditahan selepas menemui beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan termasuk tujuh ‘perumah enjin motosikal’ dan dua buah rangka motosikal jenis Honda EX5 yang dijumpai di Pulau Nyatuh, Permatang Pasir dan sebuah lagi rangka motosikal jenis sama di dalam sebuah parit di Jalan Sungai Ingat.

“Hasil siasatan mendapati, seorang daripada suspek itu dipercayai terlibat aktiviti mencuri motosikal yang dilaporkan hilang pada tahun ini,” katanya dalam Sidang Media di IPD Kuala Langat, semalam.

Azman berkata, beliau percaya mereka yang terlibat merupakan pembeli dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli kenderaan dan komponen curi tersebut.

Katanya, siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit telah aktif melakukan kegiatan curi, lerai dan jual motosikal samun sejak 2012.

“Kegiatan mereka bagaimanapun, terbongkar apabila pasukan polis mengadakan risikan terhadap aktiviti bengkel yang terlibat. Kesemua suspek turut dipercayai mekanik yang bekerja di bengkel berkenaan dan geng anak-beranak antara yang dipercayai terlibat sama," katanya sambil memberitahu sindiket ini menyasarkan mencuri motosikal jenis Honda EX5 yang diletak di tempat-tempat letak motosikal awam.

“Kenderaan curi ini dipercayai dibeli dengan harga serendah RM200 dan kemudian komponen-komponen yang dileraikannya dijual kepada pembeli-pembeli di kawasan sekitar dengan mendapat keuntungan sehingga mencecah RM4,000.

“Modus operandi penjenayah ini ialah mengagihkan beberapa tugas kepada ahli kumpulannya seperti mencari sasaran lokasi mencuri, pembeli dan tukang lerai komponen motosikal untuk dijual,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata pihaknya akan menggerakkan operasi memantau aktiviti bengkel-bengkel kenderaan supaya tidak melakukan aktiviti menyalahi undang undang.

Katanya, kesemua suspek direman sehingga 8 April ini, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 11:51 AM | Show all posts
berjemaah anak beranak dok lokap...apa punya bapak bagi ajaran sesat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:55 AM | Show all posts
sapp73 posted on 9-4-2014 11:51 AM
berjemaah anak beranak dok lokap...apa punya bapak bagi ajaran sesat

curi motor ni mnyusah kn org la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:08 PM | Show all posts
aku pernah kena...moto jenis honda EX5....
dapat balik setelah repot polis...tp enjin hilang tayar pancit,
pegawai polis kata...depa curi buat lumba

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:12 PM | Show all posts
bisnes sekeluarga ka ni
kan dah anak beranak dok lokap
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:13 PM | Show all posts
motor EX5 mudah jual, sebab tahan lasak...sama juga dengan keter2 honda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2014 12:22 PM | Show all posts
motor bru aku jumaat aritu kena rembat. EX5.
bru sebulan bayau. hmm mmg sial anjing2 ni, ni semua org berbangsakan melayu. anak haram.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:26 PM | Show all posts
La...siannya bini dia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 12:29 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 9-4-2014 12:08 PM
aku pernah kena...moto jenis honda EX5....
dapat balik setelah repot polis...tp enjin hilang tayar  ...

oklah tu jumpe. nih honda ex5 aku beli 2-3 thn dulu hilang begitu jah. bleh tak polis tmpt aku tu ckp motor aku dah selamat terbarai dah takde harapan nk dpt balik? siooottt jah polis ckp mcm tu.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:31 PM | Show all posts
kenkadang kes curi motor ni banyak disebabkan kecuaian pemilik motor sendiri. Kenapa tak jaga motor. Kalau dia bentang tilam tidur sebelah motor tu mungkin tak kena curik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:04 PM | Show all posts
sapp73 posted on 9-4-2014 11:51 AM
berjemaah anak beranak dok lokap...apa punya bapak bagi ajaran sesat

ok la tu... mengeratkan silaturahim kekeluargaan....

setiap kali nak pg buat kerja tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:13 PM | Show all posts
annehuda posted on 9-4-2014 12:29 PM
oklah tu jumpe. nih honda ex5 aku beli 2-3 thn dulu hilang begitu jah. bleh tak polis tmpt aku tu  ...

btul la tu, polis bitau supaya bhenti bhrap je tu..

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:38 PM | Show all posts
annehuda posted on 9-4-2014 12:29 PM
oklah tu jumpe. nih honda ex5 aku beli 2-3 thn dulu hilang begitu jah. bleh tak polis tmpt aku tu  ...

kesiannya ko...
nasib baik peg polis yg handle kes aku ni baik...
dekat sbln juga la bru dpt semula
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:50 PM | Show all posts
family business
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 03:07 PM | Show all posts
Apa perasaan seorang ayah bila mencuri dan duduk lokap bersama sama anak? Tak ada perasaan malu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 03:23 PM | Show all posts
bapak mengorek...anak mengote??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 03:29 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 9-4-2014 03:23 PM
bapak mengorek...anak mengote??

Apa yang pentingg? Kerjasamaaa......

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:25 AM | Show all posts
Salam.

Aku baru nak post thread lebih2 kurang macam ni.
Moto aku kena curi. 3 hari lepas tu polis call dah jumpa tapi dah terburai segalanya.
4 orang kena tangkap. 2 curi, 2 lagi ni tak sure. Rasanya sorang tukang lerai, sorang lagi simpan.
Umur dalam 20, 21 camtu masing2.
di JB ok. dah la aku merantau dari kedah ni. huhu.

Al-kisah lepas seminggu ada polis %(^*& mana ntah yang bagi no fon aku kat family tukang lerai moto tu.
Selama sebulan family dia duk call, sms aku mintak tolong tarik balik report sebab katanya anak dia tak salah, anak dia dianiaya.
Aku kata aku takda masa sebab memang aku takda masa pun.
Dari bapak sedara, sampai kakak dia sampai entah lagi 3 no termasuk number fon rumah duk call.
Aku cakap tak confirm nanti aku fikir dulu and tanya bapak aku sebab moto bapak aku.
Depa mintak no fon bapak aku pastu duk pujuk rayu bapak aku pulak.

Last2 aku cakap aku tak boleh tolong sebab aku takda masa. Plus aku dah pindah dari situ (gara2 moto kena curi), dan rumah aku sekarang almost 45 minit nak ke balai polis sana.
Tak faham bahasa jugak. Bayangkan sehari dekat 50 miss call no adik bradik depa ja.
Mesej macam2 la.

Yang diberitahu. Bapak budak ni umur 70 tukang kayu ja. Mak tak keja, sekarang ni sakit asma dan sakit teruk sebab fikirkan nasib anak dia dalam lokap tu.
Adik bradik 8 orang, tapi budak ni ada kakak, abang lagi (kakak dia yang banyak mesej and call merayu2), dan kata adik bawah2 kecik2 lagi.
Sekarang ni maknya sakit fikir nasib anak dia nanti keluar penjara bekas banduan, takda orang nak ambik keja.
Katanya kalau tarik balik, depa boleh uruskan nak bayar 1K (moto tu pun 2.5K), tapi lepas mahkamah kata adik dia boleh bebas la. so agak2 berapa bulan aku kena tunggu? bengang aku.

sekarang dah masuk mahkamah, dah bicara. bulan 5 ni final katanya.
sehari sebelum bicara (mid mac aritu), aku dah gtau tak dapat tolong, aku takda masa.
aku ingat dah habis situ.
sehari lepas bicara depa call, mesej lagi mintak tolong tarik balik jugak before bulan 5.
aku tak layan langsung. dia call bapak aku hari2 duk merayu2 sampai bapak aku pulak call aku bising2 suruh p tarik balik report sebab kesian.
aku tak g, aku takda masa.
2 minggu berlalu. bapak aku call sekali lagi, beritau sarjan yang in charge tu call bapak aku sebab nak minta aku pegi tarik balik. katanya mak budak tu duk merayu2 di balai pulak.
kesian katanya.
walhal awal2 dulu masa aku tanya sarjan, dia kata biar ja la, budak2 tu dah besar, takkan tak boleh beza kot kawan tipu ka apa. lagi2 pulak 4 orang tu berkawan. bukannya tak kenal.

sekaranag ni aku tengah penin nak g tarik tak. bapak aku dah bising2. kesian katanya.
kat aku tak kesian?
tak pasal2 kena beli moto baru (melayang lagi 2.6K), pindah umah.. pastu diganggu selama sebulan.
teruk wei. apa aku nak buat ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:38 AM | Show all posts
jangan tarik.... biar jadik pengajaran, biar die serik hendaknye
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:47 AM | Show all posts
Betara_Indera posted on 11-4-2014 10:38 AM
jangan tarik.... biar jadik pengajaran, biar die serik hendaknye

kawan2 aku ramai cakap takyah tarik sebab proses dia rumit, kes dah masuk mahkamah.
nanti aku banyak kali nak kena ke sana sini.

masalahnya dia punya la ayat bapak aku dengan sarjan tu sampai dua2 suruh aku pegi tarik balik sebab kesian.
aku dulu dah la moto tu ja ada. park betul2 depan pintu rumah kot.
moto tu la p keja, bawak bini aku beli barang semua.
tak pasal2 melayang duit beli moto baru.

baru 4 hari lepas mesej lagi mintak pegi tarik, mak sakit la, mintak masa aku sikit la apa la.
sampaikan buat kita rasa macam ZHOLIM pulak kalau tak tarik balik.
mak aku bagi ayat, tarik ja la, harini kita tolonng orang, esok orang tolong kita.
aiyooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075293 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list