|
“Moran!” Syakilla menjeritkan nama hulubalang yang rebah ke bumi. Sebatang anak panah terpacak menembusi dada. Darah mulai keluar dari kesan luka.
“Moran.”
Hulubalang itu tidak bergerak lagi tanda nyawa sudah tiada.
Masing-masing memandang antara satu sama lain. Bimbang dan terkejut terukir pada wajah. Terbejat akal dek kerana diserang tak semena-mena. Dalam masa yang sama, masing-masing mula berjaga-jaga.
“Kita perlu pergi dari sini dengan segera!” Jaka, salah seorang dari lima hulubalang pengiring berkata. Kematian Moran tidak sempat ditangisi. Melindungi bakal pewaris Amariya itu jauh lebih penting.
“Lebih baik kita kembali ke Istana Suriyan.” Tutur Jaka lagi lalu memandang Arania, seolah-olah meminta kebenaran. Tapi, belum sempat Arania berkata apa-apa, satu lagi anak panah datang menjunam. Seorang lagi hulubalang pengiring menjadi mangsa.
“Jahanam!” Jaka menyumpah sendiri. Amarah mulai menguasai diri kerana seorang lagi telah hilang nyawa.
“Mereka sudah memunculkan diri!” Ramzar, seorang lagi hulubalang pengiring memberikan amaran. Lima orang penunggang kuda yang berpakaian serba hitam muncul dari arah belakang. Dua darinya mengacu panah. Wajah mereka langsung tidak kelihatan kerana dilindungi dengan kain penutup muka.
Nampaknya, mereka tak berpeluang untuk kembali ke Istana Surian tanpa berlawan. Tapi mampukah mereka melawan?
Peliknya, penyerang itu tidak melakukan apa-apa serangan lagi. Sepertinya, mereka sengaja menunggu dan memerhati.
“Puteri Arania dan Puteri Syakilla perlu pergi dari sini, sekarang.” Tutur Jaka. Matanya memandang tajam ke arah musuh.
“Ramzar akan mengiringi puteri berdua.”
“Bagaimana denganmu Jaka?” Soal Arania. Berat hati mahu menerima cadangan Jaka itu.
“Patik dan Tarim akan bertahan disini dan halang mereka.” Jaka menjawab seraya memandang Tarim. Tarim mengangguk setuju.
“Lekas. Pergi dari sini!” Tempelak Jaka apabila melihat Syakilla, Arania dan Ramzar masih tidak bergerak. “Carilah jalan untuk berpatah balik ke Istana.”
“Baiklah.” Ramzar menurut. “Kita perlu pergi.” Ujar Ramzar, memandang kepada Syakilla dan Arania.
“Terima kasih, Jaka.” Ucap Arania.
Tidak berlengah lagi, ketiga-tiganya memacu tunggangan masing-masing dengan pantas, meninggalkan Jaka dan Tarim berhadapan dengan musuh berlima. Bersiaga. Apa jua yang datang, akan ditentang habis-habisan.
“Bodoh. Apa mereka fikir, mereka dapat melarikan diri dengan mudah?” Zamzam berkata sendiri. Disebalik penutup muka, dia tersenyum sinis.
“Jalankan tugasmu.” Arah Zamzam kepada orang-orang suruhannya. “Hapuskan semuanya.”
“Baik tuan.” Orang-orang suruhan Zamzam berkata serentak.
“Dan kau Zuhril.” Pandangannya beralih ke sebelah kanan. “Jangan hampakan bapa.”
Zuhril mendiamkan diri. Langsung tidak membalas walaupun dengan sepatah kata.
“Pergi!”
Mereka mulai mara ke hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lah wang ini benar2 wujud
bahawasanya aku dah kompius.. sapa baik sapa jahat dlm ini cerita
bukan syakilla ngan arania kenal zamzam ngn zuhril ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah mentioned kat situ, penyerang memakai kain penutup muka. Kikiki...
Aku membayangkan ala ninja tapi dok reti camna nak describe dlm bentuk ayat |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah lost....tulunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnggg
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahah.... Dah masuk setahun. Mahu tak lost....
Tunggu jadi manuskrip penuh ajelah yek? Aku gigih buat editing dari awal ni. Bila nak siap pun tak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
bilo nak sambungg??? berjanggut dah tunggu neh
|
|
|
|
|
|
|
|
nicki.. oooooo nicki...
babe tolong upkan thread ye..
kot nicki tak jumpa link |
|
|
|
|
|
|
|
boleh caya ke ni?
tepek sekali harung?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hissshhh. Jangan percaya sangat. Tu perumpamaan jer...
Mau 10 kali harung gak ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha... mana tau tak jumpa link
|
|
|
|
|
|
|
|
akak.tlglah tepek cite fantagomoria ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nantilah. Tengah hilang punca ni....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|