CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anyclassything

Unexpected

  [Copy link]
Post time 9-3-2016 12:52 PM | Show all posts
weh TT nak tya skit umur si dee tu brapa ngan Bf dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2016 12:53 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 9-3-2016 11:58 AM

Sambungan.

Selepas kejadian tu Dee and S masih baik lah and aku dah malas masuk campur sebab aku baru je tersedar bahawa sepupu aku itu sangat dungu. Dengan perangai S macam gampang tu, aku lagi rasa menyampah. So aku biar je dorang dengan dunia mereka.

Then, kitorang kan duduk sekali. Satu hari aku balik umah aku gi bukak fridge. Ada satu nota besar terpampang “TOLONG BUANG MAKANAN YG DAH BURUK, FRIDGE BUSUK”
Aku buat bodoh je la, aku baru nak goreng nugget aku. Sekali aku tengok nugget aku kat bawah. (Yg mana patutnya kat freezer) dah berair-air, dah buruk dah! Aku pun mengamuk la, dorang duk cakap makanan buruk la apabenda masalahnya dorg selfish!! Dorg gi letak makanan aku kat bwh supaya dorg boleh letak makanan dorg kat dalam freezer sebab penuh, amboi cantik perangai hang??

Aku tak kisah kalau setakat jd buruk, yg aku kisah duk buat perang dingin cakap fridge jadi busuk sebab makanan aku! Aku dah la tengah tension, meluap2 marah aku. Aku pun apa lagi, aku duk ngamuk sana aku cakap la dorang selfish, kau yg burukkan makanan aku buang la sendiri! Aku mengamuk2 mcm org gila(campur banyak benda lagi aku nak pendam) hempas pintu hempas barang2 aku kat dapur dorg duk diam je dalam bilik, dorg diam je tak berani cakap pape pulak. Pastu aku sambung lagi kat twitter and bahasa aku guna kat dorang memang puaka la sebab aku jenis jarang nak marah sekali aku marah rasakan lah haha (budak2 sangat perangai iols masa ni hahaha)

Lepas tu... Aku tido. (tido awal kot sebab penat mengamuk sorg2)

Then aku terbangun dalam pukul 1 camtu.. Aku tengok banyak sangat nombor tak dikenali masuk, tapi aku mamai then aku ngantuk sangat so aku ignore je. Aku anggap org silap nombor je la. Tapi sekali lagi aku terbangun, tengok-tengok pukul 6 pagi. Sekali aku check phone 100+ missed calls!! Aku pun terkejut la, apa benda sampai beratus nombor nak call aku ni??

Pastu ada whatsapps.

Ada text messages.

Semua dari nombor-nombor tak dikenali. Aku dah hairan dah kenapa jadi macam ni?

Mesej semua lucah-lucah. Aku dah hairan dah ni, lepas tu aku dah tak tido dah. Ada tu aku terangkat bila org tu call, yuckkksss!! Geli geleman aku terdengar suara jantan ala-ala gersang mcm tu, aku tanya apa kau nak ha pastu dia jawab seolah-olah aku offer sex for fun. Hah?? Gila ke apa??

Last-last aku tak dapat tahan angkat call jantan gersang sebab dorang tak percaya bila aku cakap salah nombor semua, aku prefer balas whatsapp je.

Mesej Jantan 1:

Aku : Kenapa ni? Mana dapat nombor saya ni??

Jantan 1 : Eh, bukan u ada masuk melayunakal eh semalam??

Aku : Melayu nakal mana???!

Jantan 1: Semalam.. Nama u Axx kan.. U sendiri yg bagi your no supaya contact u.. Lupa ke? U high semalam?

Aku :

Jantan 1 : Bukan u ke dalam tu semalam?? Ada org buat jahat dgn u lah tu.

Jantan 2 : I ambik nombor you dalam forum bla bla, dalam tu cakap u offer sex for fun??  

Jantan 3 : I tak pernah layan benda mcm ni, I ternampak nombor u dalam twitter, ada org share dia cakap ada awek kena game.

Jantan 4 : Oh.. I saje nak test. I xpernah pun call nombor2 selama ni.. Kesian u kena game, sape buat jahat kat u ni?

Aku stress sampai petang ada jantan miang gersang call2 sms aku!! Erghhh!!




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 12:55 PM | Show all posts
montok89 replied at 9-3-2016 11:52 AM
weh TT nak tya skit umur si dee tu brapa ngan Bf dia tu

Dee - 24 tahun niS - maybe dah 30 0r 31 dah



masa kejadian Dee - 21
S = 27,28

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 01:09 PM | Show all posts
anyclassything replied at 9-3-2016 12:53 PM
Sambungan.

Selepas kejadian tu Dee and S masih baik lah and aku dah malas masuk camp ...

uihhh sapa tu yang buat naya kat ko TT adoi jahat nya
xkan si Dee?? atau pun housemate TT yang lain tu ka?
gila babi leh bagi number ko kat laman2 cmtu ni mesti org perangai jahat ni penaya org mmg jahat sungguh ak pulak hangin
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 01:11 PM | Show all posts
anyclassything replied at 9-3-2016 12:53 PM
Sambungan.

Selepas kejadian tu Dee and S masih baik lah and aku dah malas masuk camp ...

tolong sambung cita saspen pulak ak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
anyclassything replied at 9-3-2016 12:35 PM
Hahaha dia ni tak sedar diri,
hari tu iols ada baca horoskop saje2 je pun dia gi perli i kat twi ...

Zina tergolong dlm dosa besaq. Mmg Allah ampun kalau taubat nasuha walaupun dok berulang2 berzina. Tp kalo dok tgh syok mencelop tibe2 malaikat dtg ambik nyawa? Hambik. Keji betul perangai dee ni, rasa nak tunjal2 kepala dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
montok89 replied at 9-3-2016 12:23 PM
hahaha org cmni akan buat muka tebal mst x dak perasaan punya

Tebai mcm mana muka dan telinga, lama2 bengkek jugak kalo dok kena selalu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
anyclassything replied at 9-3-2016 12:53 PM
Sambungan.

Selepas kejadian tu Dee and S masih baik lah and aku dah malas masuk camp ...


Keji giler perangai. Ntah2 yg kenakan uols tu yg sangap gersang uols ada screencap or tangkap gamba msg2 dee ngn bf dia? In case la pape kan..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2016 02:16 PM | Show all posts
BuBuComey replied at 9-3-2016 12:38 PM
Keji giler perangai. Ntah2 yg kenakan uols tu yg sangap gersang  uols ada screencap or tang ...

Takde.. Sebab aku jenis bangang gak bila terbaca jadi terkejut,
pastu susah nak lekat dalam kepala conversation dorg kena balik2 aku baca.
Aku plak lupa nak ambik gamba skrg baru sedar bodonye patut aku ambik gamba segala bukti
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 03:08 PM | Show all posts
anyclassything replied at 9-3-2016 02:16 PM
Takde.. Sebab aku jenis bangang gak bila terbaca jadi terkejut,
pastu susah nak lekat dalam kepa ...

ni confirm si Dee tu ka pedajai TT ni?  
kalu dia mmg kejam sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 04:31 PM | Show all posts
makin stress.. best btul baca x sbr nk tau ape kes sbnrnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 04:36 PM | Show all posts
Sambung lah lagi..


Bangang betull!! Aku dah tension ni, sape pulak pedajal aku ni?? Aku pun duk diam-diam. Bersiap pegi kelas. Dalam bas otw ke kelas aku pikir aku cari pasal dengan sape. Semalam aku marah semua penghuni rumah. Sape nak buat taik dengan aku ni?? Tapi budak rumah aku jenis nerd + ala2 muslimah solehah(mostly kawan2 dee) Aku pun call bff aku Neel, and jugak Arm. Bagitahu semua. Dengan bantuan jantan2 gersang yang konon2 baik sbenarnya itu jugak aku dapat detect kat website mana setan tu pedajal aku.

Then Arm tolong check kat website tu and screen shot benda2 lepas tu dia email kat aku. Rupanya ada setan gi guna nama aku and sebarkan nombor aku, seolah-olah aku sendiri yang sangap nak benda tu. Macam ni:

Melayunakal.com
Axx : Sejuk, nak b*t*ng.
Axx : Sape free and horny, area Shah Alam?

And macam2 lagi mesej lucah dalam forum sex, website lucah and twitter. Aku baca satu2 ayat tu, aku dapat cam.. Kenapa ayat2 dia macam ayat S?? (Aku kan selalu baca mesej S bagi kat Dee) Untuk pengetahuan semua, S ni style rempit punya SMS jenis yg type ntah pape tu. Contoh, awak kat aneww. Kitew , style bahasa budak2 rempit camtu. Aku pun dapat agak ni mesti S punya keje!!

Sebabnya, kan aku mengamuk tu. Rupanya Dee terasa plak sebab rupanya dia yg pegi tampal notice tu kat fridge. Dia pegi mengamuk dekat S cite pasal aku. So S ambik kesempatan untuk balas dendam la konon nya, guna peluang bila Dee duk marah2 aku, dia masuk jarum.

Aku pernah baca conversation dorg bila dorang dua dah baik:

S : Awak tau tak benda saya paling nak marah bukan sebab awak datang rumah saya, tapi sebab awak bawak Axx sekali! Bawak dia kenapa?? Datang sorang tak boleh??
Dee : Hari tu yg sibuk nak pegi hospital semua tu Axx yg kalut. Axx yang ajak saya sampai cari rumah awak bukannya saya. Saya ikut je

Dasar tak guna kan? Aku dah tolong boleh plak dia blame aku supaya S x marah dia. Aku tahu Dee takkan berani buat benda bodoh camni, dia hanya akan jadi berani + bodoh dengan hasutan S, so dia lah yg bagi S nombor aku and S buat agenda sebarkan nombor aku kat website lucah. Kurang ajar betul jantan ni.. Aku pun tetibe rasa nak marah sgt2x sebab jantan ni Dee bleh buat camni kat aku, aku pun habis kelas ptg tu aku ajak kwn aku and arm pegi balai polis.


Buat polis report kat sana! Aku saje je sebenarnya, pasal nombor aku tu aku boleh je diam x layan kan lama-lama dorang penat la. Tapi saje la aku nak gertak sikit berani main-main dengan aku kan??! Aku gi jgak la report benda tu kat polis. Aku pun ambik gamba report tu post semua dekat social media, facebook, twitter and etc. (Aku mmg sengaja nak Dee baca sebab aku tau Dee tu penakut + menggelabah orangnya)


Kecoh la aku duk post semua kawan2 aku call tanya apa hal,cuma sorg je yg x call aku. Dee!! Dia diam membisu je tak tanya pape langsung kat aku. (nampak sangat dia gelabah tak tau nak buat apa)
Pastu, Arm buat2 call Dee, konon2 nak tanya pasal aku (Padahal arm ada dengan aku kat balai)

Arm : Hah Dee, apa kena dengan Axx? Aku call dia tak dapat.
Dee : Err.. Hello.. Tak tau , aku otw pi johor ni.. (Suara slow je)
Arm : Buat apa?
Dee : Mak kawan aku meninggal.. (padahal kawan yg x rapat pun choiii)


Tetibe lah pulak nak gi JB kan!! Lariiiiii, takut la tu. Then aku report polis tu, Dee still diam je x text aku pape. Aku pun dah cool down 2 hari lepas tu Dee balik rumah. Aku ingat nak confront je, pastu Dee masuk bilik aku je terus suruh aku cite. Muka tak pandang aku.
Aku perhati je si Dee ni, aku saje buat2 cerita tapi dia duk pandang ipad dia.  lepas tu bila aku cite dia xde respons pape pun, terus nak alih topik tunjuk dia jumpa Judika then tunjuk gamba dalam ipad dia.

Benci betul aku pompuan ni eeeeeee






Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 04:53 PM | Show all posts
Weh, tuan tanah.
Senak betul baca thread ni. Rasa marah betul dalam hati ni. Sakit hati sungguh.
Entah macam manalah tt sendiri yang mengalami. Mesti rasa nak cekik-cekik je malaun tu.
Tambah menyakitkan hati, orang tu sepupu sendiri. Kalau setakat kawan, boleh say bye bye. Tapi ni saudara, nak lari mana la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:23 PM | Show all posts
TT...aku bace cite ko ni aku yg rse memdidih je ngan perangai kazen ko tu...annoying giler....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin best lak cite tt nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
anyclassything replied at 9-3-2016 02:16 PM
Takde.. Sebab aku jenis bangang gak bila terbaca jadi terkejut,
pastu susah nak lekat dalam kepa ...

Alaa..ruginya chuols. Tp takpa..sepandai2 tupat melompat, last2 tersembam ke tanah jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 05:50 PM | Show all posts
smbung la lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 06:01 PM | Show all posts
ko sambung cepat TT..sakit plak ati aku membace citer neh.. x sabar nk tau citer selanjutnye
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 08:59 AM | Show all posts

kojaq gila nya si Dee, xsangka dia tergamak buat cm tu kat TT
ingatkan ada housemate lain yang pedajal ko xsangka cousin sendiri..
mmg xleh percaya langsung la kat si Dee ni...
buat penat ko tolong dia suma last2 dia buat taik kat ang TT
kalu aku kat temnpat ko mesti dah gado besar ngan dia camna ko bley sabar ni???
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 09:34 AM | Show all posts
Teruknya Si Dee tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.300598 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list