CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3860|Reply: 35

[Tempatan] 1,121 permohonan kahwin bawah umur 16 tahun

[Copy link]
Post time 7-4-2016 07:19 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Sebanyak 827 permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi masyarakat Islam direkodkan tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata Majlis Istiadat Sarawak pula merekodkan sebanyak 294 permohonan bagi tahun yang sama.

"Perkahwinan bagi bukan Muslim di bawah umur 16 tahun adalah tidak sah berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) mengenai jumlah perkahwinan membabitkan warganegara yang belum mencapai umur 16 tahun.

Teo juga mahu kementerian menyatakan langkah-langkah untuk melarang perkahwinan bawah umur memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.

Rohani berkata di Malaysia, perundangan perkahwinan adalah di bawah undang-undang keluarga ditadbir secara berasingan bagi yang beragama Islam dan bukan Islam.

"Perkahwinan Islam ditadbir di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri yang memperuntukkan bahawa perkahwinan di bawah umur 16 tahun hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.

"Bagi yang bukan beragama Islam, Seksyen 10 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 memperuntukkan bahawa umur minimum perkahwinan pada 18 tahun. Bagaimanapun seorang perempuan yang telah mencapai umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran (lesen) yang diberikan oleh Ketua Menteri," katanya.

Katanya perkahwinan adat pula dilaksana dan didaftarkan di bawah undang-undang adat mengikut kaum peribumi masing-masing di Sarawak dan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 di Sabah.

Sementara itu, Rohani berkata KPWKM mengambil pendirian bahawa kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.

Oleh itu katanya, beberapa langkah diambil untuk menangani perkahwinan bawah umur termasuk mewujudkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan, penubuhan pasukan pertugas Perkahwinan Bawah Umur serta pewujudan pusat remaja kafe@teen di seluruh negara bagi memberikan maklumat berkaitan isu psikososial dan kaunseling. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 07:44 AM | Show all posts
1st hand kerang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:22 AM | Show all posts
kahwin x cerai cerai xpe lah


masalah esok esok status wanita Malaysia selalunya janda/ibu tunggal , mampus kementerian nak susun program utk ibu tunggal ,duit bukannya byk kerajaan sekarang


lepas tu sekali gang bawah 16 ni hadap sgt tu jantan warga asing , ataupun jantan yg terang2 bakal menyusahkan hidup hidup mrk  semua !
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:25 AM | Show all posts
mesti yang nak kawin tu dah bunting..padahal umur gini sepatut nya tengah enjoy.. belajar.. tukar tukar bf/gf .. minat kpop
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:28 AM | Show all posts
skrg ni..cikki umur 16 tahun pun dah rabak uoulsss
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:38 AM | Show all posts
Dah masing2 merenyam nak kawen, kasi kawen je la..

Kang kalau terlanjur, bunting..x pasal2 si laki kena charge rogol sebab underage, sedangkan dua-dua sama horny..

pas kawen, pepandai la ko nak hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 08:39 AM | Show all posts
isk..kawen lepas tu makpak jugak tanggung laki bini..lepas tu gigih viral kene cerai lepas kawen 3 bulan plak sebab alasan bini x pandai lipat kain bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:12 AM | Show all posts
kes lama :

ada sedara aku yg pasangan nye time tu hampir 15 tahun..kawen dalam 2@3 tahun, cerai...sebab sedara aku tu takat keje kampung, x mampu serba serbi..last dengar bdk tu kawen dgn jiran rumah atok dia...anyway, body budak tuh montok giler beb..terutama lepas beranak..pulak tuh suke pakai baju sendat2, lubang leher besar...

adik bdk tuh kawen dgn duda anak 7...time tu adik dia dlm 13 @14 tahun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols umur 16 cycle period pun haywire lagik. Tengah honeymoon sebab baru habis pmr khen.

Kawin? Ayat feveret mak iols : spender dengan bra kau pun ayah kau belikan lagi, jangan nak menggatal nak berlaki.

Tapi ada jah kawan2 iols kawin awal sebab dah terlanjur. Tapi mostly tak kekal lama perkahwinan tu. Yang envy nya, ada anak depa dah umur 15-16 sekarang. Anak iols baru darjah 1. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mende kawen ni.Dokle aku. Dok hingin.Terikat siot Byk bnda aku nk capey.Kawen satu hal beso ooooooo.bukan psl seks jo
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mende kawen ni.Dokle aku. Dok hingin.Terikat siot Byk bnda aku nk capey.Kawen satu hal beso ooooooo.bukan psl seks jo
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 7-4-2016 08:28 AM
skrg ni..cikki umur 16 tahun pun dah rabak uoulsss

Toksah umur 16, kawan iols posting kat hospital bentong, kes rogol bawah umur (even suka sama suka pun regarded as rogol sebab bawah umur) seawal usia 13-14 ok. Kawan iols naik trauma dok sambut baby out of wedlock yang maknya diri sendiri pun tak terjaga. Seramnye kan!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gatai poen
konon nk update kt fb ig #tilljannah
#relationshipgoal
padahallll...kering airmata dik nanti bila umur ko 30 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
aTiKah_aYuNi replied at 7-4-2016 09:12 AM
kes lama :

ada sedara aku yg pasangan nye time tu hampir 15 tahun..kawen dalam 2@3 tahun, cerai.. ...

Lubang leher?sorry sy x fhm
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 11:10 AM | Show all posts
4everMore replied at 7-4-2016 10:15 AM
Lubang leher?sorry sy x fhm

sori....
leher pada baju....

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 11:10 AM | Show all posts
4everMore replied at 7-4-2016 10:15 AM
Lubang leher?sorry sy x fhm

sori....
leher pada baju....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 12:10 PM | Show all posts
oak.balustrade replied at 7-4-2016 01:51 AM
Toksah umur 16, kawan iols posting kat hospital bentong, kes rogol bawah umur (even suka sama suka ...

itulah sis....jagalah anak2 elok2...pastikam kita kenal siapa kawan mereka

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:15 PM | Show all posts
Modngengade replied at 7-4-2016 08:28 AM
skrg ni..cikki umur 16 tahun pun dah rabak uoulsss

betul tu sis, dlu zmn me skolah mngah pon ramai yg dh kaki kongkek kt tnds skolah, apatah lg zmn skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape la kita nak halang orang yang nak ikut sunnah nabi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:19 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-4-2016 12:17 PM
Sape la kita nak halang orang yang nak ikut sunnah nabi

memang bahlol cam lu bukan sapa sapa pun...

ada tarak lu dalam ini dunia tarak kesan apa apa pun....






Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071466 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list