Demikian antara reaksi netizen terhadap perkongsian video oleh seorang pelayar di Twitter yang memaparkan kehandalan seorang lelaki menangkap ular tedung selar.
Menerusi video berdurasi 41 saat itu, kelihatan seorang lelaki selamba mencengkam kepala seekor ular tedung selar sambil menarik haiwan tersebut ke kawasan lapang selepas ia ditangkap.
Riak muka si penangkap ular yang selamba memegang kepala haiwan tersebut sementara menunggu ketibaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bukan sahaja membuatkan orang kampungnya terpana, malah netizen juga turut kagum dengan kehebatan lelaki tersebut.
Apatah lagi melihat saiz reptilia itu yang sebesar lengan orang dewasa dan panjangnya gampir mencecah dua meter!
Pasti si penangkap ular tersebut bukan calang-calang hebatnya.
Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Yob itu berkata, insiden berkenaan dirakam di kampung halamannya di Kampung Lembah, Padang Rengas, Perak baru-baru ini.
Sebenarnya ketika kejadian saya tiada di lokasi itu, namun menerusi video yang diterima daripada group WhatsApp, dimaklumkan ular ditangkap di sebuah kawasan di kampung,” katanya.
Menurut Yob, lelaki yang menangkap ular tersebut dikenali dengan nama Nyah oleh penduduk kampung.
“Penangkap ular ni dikenali dengan panggilan Nyah. Handal atau tidak itu saya tidak pasti, tapi si penangkap memang pernah tangkap ular beberapa kali sebelum ni,” ujarnya.
Tambah Yob, ular tedung selar tersebut merupakan antara ular terbesar yang pernah ditangkap lelaki berkenaan.
Ular tersebut kemudian diserahkan kepada JPAM yang tiba tidak lama kemudian.
Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,300 retweet dan 4,700 like selain dihujani ratusan netizen.
Selain kagum dengan kehebatan lelaki yang menangkap ular tersebut, rata-rata komen netizen juga nyata terhibur dengan loghat Perak yang digunakan oleh Yob dalam posting tersebut
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register