View: 18792|Reply: 276
|
[Tempatan]
Covid merbahaya? Pengalaman 7 beranak (3-37 tahun) 'survive' Covid-19 tanpa komp
[Copy link]
|
|
Edited by Punat_button at 26-1-2021 02:48 PM
Pengalaman 7 beranak disahkan positif Covid-19
SARINAH MAT KASIM | | 25 Januari 2021
Azmi (depan) dan keluarganya bergambar bersama jururawat di pusat kuarantin selepas dibenarkan pulang.
MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19.
Bukan itu sahaja, tujuh lagi ahli keluarga mereka iaitu ibu mertua, adik ipar lelaki, adik ipar perempuan dan suami bersama dua anak serta seorang kakaknya turut disahkan positif Covid-19.
Semuanya berlaku selepas mereka menghadiri majlis perkahwinan di Melaka Pindah, Alor Gajah pada 2 Januari lalu.
Bercerita kepada Sinar Harian, bekas pesakit Covid-19, Mohd Azmi Abu Bakar, 37, berkata, dia bersama isterinya, Siti Hajar, 37, dan lima anak berusia tiga hingga 10 tahun disahkan positif pandemik tersebut pada 9 Januari lalu selepas membuat saringan di Klinik Kesihatan Batu Berendam dan menjalani kuarantin selama 10 hari di Hospital Besar Melaka.Azmi berkata, mereka menyedari menghidap Covid-19 selepas kakak iparnya disahkan positif dan mereka sekeluarga menjadi kontak rapat.
“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami. Takut, cemas, sedih...semua ada. Ia kerana sebelum itu kami ada bersama kak long (kakak ipar) di rumah dan anak-anak pun bermain bersamanya.
“Sebelum buat saringan, kami semua ada gejala demam, tekak rasa tak selesa dan anak-anak mula mengadu sakit ketika bernafas. Kami akhirnya dipanggil buat saringan. Dua hari selepas itu, kami tujuh beranak bersama ahli keluarga yang lain disahkan positif Covid-19.
“Pada 11 Januari lalu, kami dapat panggilan telefon daripada pihak hospital memaklumkan dua ambulans akan mengambil kami untuk ke hospital dan dikuarantin serta rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Azmi berkata, dia sekeluarga dan ibu mertuanya dibawa ke hospital Melaka, manakala adik ipar lelaki bersama birasnya dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).
Anak Azmi semasa menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat kuarantin Hospital Besar Melaka.
“Adik ipar perempuan saya dan dua anaknya termasuk seorang bayi dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, sementara kakak ipar diminta kuarantin di rumah memandangkan hanya bergejala ringan,” katanya.
Akuinya, sepanjang berada di hospital, mereka dilayan baik oleh doktor dan jururawat serta diberi makanan diet seimbang mengikut keperluan diri pesakit.
Azmi berkata, selepas mereka sekeluarga menjadi mangsa Covid-19, barulah dia akui virus itu memang bahaya dan perlu dielakkan.
“Bagi saya ia penyakit yang benar wujud dan perlu dijauhi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Yang penting, jangan sesekali kita mengalah dan putus asa apabila disahkan positif Covid-19 kerana jika kita kuat semangat, berdoa dan tidak lemah, Insya-ALLAH kita akan segera pulih.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami sekeluarga, Alhamdulillah kami semakin sihat dan mula menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... campaign=Pengalaman 7 beranak disahkan positif Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Azmi berkata, selepas mereka sekeluarga menjadi mangsa Covid-19, barulah dia akui virus itu memang bahaya dan perlu dielakkan.
apa yang bahayanya dah korang anak beranak aman2 ja tak sakit? baca skrip ka dek
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru dpt tahu tadi..9 ahli keluarga saya turut psitif..x de gejala ape pun..mula2 sorang test sbb dia x boleh bau dan rasa..bila test positif semua pgi test..last2 semua positif.. |
|
|
|
|
|
|
|
KKM kata komplikasi tak dak tapi masih boleh sebarkan virus "walau pakai mask 14 ribu lapis kat muka sekalipun" tetap KKM anggap tak cukuppp utk tahan virus dari tersebar tu yg kena kuarantin tuhhh,
walau KKM tak ambik kira pemakaian mask itteww sebagai cukup utk kawal virus hatta KKM dok anggap pakai dgn tak pakai sama je berisiko tu yg perlu kuanrantin tak leh kluar tuuu , tapi tapi tapi yg tak pakai tetap di saman
Buat SOP style badut sarkas gittew ler jadinyaaa.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dulu ko anti SOP ke? sekang pertikaikan keketatan SOP pulak? bipolar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 26-1-2021 11:27 AM
Baru dpt tahu tadi..9 ahli keluarga saya turut psitif..x de gejala ape pun..mula2 sorang test sbb di ...
Nanti kalau bermurah hati ko update kat mana2 thread boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Boomibulat at 26-1-2021 12:02 PM
Diorang semua sihat je katanya..x de demam ke ape..tp yg pelik anak dan suami x kena walau duduk sekali..dlm 9 org tu 8 orang pompuan positif..lelaki sorang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita putaq belit apa ntahh.. dok gebang bahaya ke hulu ke hilir... macam tak pernah kena batuk kaa selsema ka apa kaa...
sudah2 laa jadi terlalu paranoid sampai semua sanggup hancurkan demi golongan2 tertentu... golongan sihat + muda nak makan yang jauh lebih penting utk kelangsungan diri, keluarga & negara .. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 26-1-2021 12:00 PM
Diorang semua sihat je katanya..x de demam ke ape..tp yg pelik anak dan suami x kena walau duduk s ...
takde yg peliknya. mungkin sistem imun badan diorang kuat, susah nak dpt penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 26-1-2021 11:33 AM
KKM kata komplikasi tak dak tapi masih boleh sebarkan virus "walau pakai mask 14 ribu lapis kat muka ...
face mask bkn bg protection 100%, ada ruang utk virus masuk. kalau semua pakai mask, percentage utk virus tu tersebar makin kurang. ditambah dgn penjarakan sosial, lagiiiiiii kurang percentagenya. kuarantin tu perlu sbb bkn semua org tau mcm mn nak handle bg virus yg ada dlm badan dia tu dpd tersebar kpd org lain. etika batuk, bersin pun ramai yg tak tau.
sbb tu sop kkm bon setakat pakai face mask je
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by maximus_01 at 26-1-2021 12:12 PM
Aku sekeluarga positif covid. 7 org termasuk ayah (76 tahun) dan emak (74 tahun) with comorbid (diabetes, High blood & Jantung)
Group 1: Asymptomatic
Group 2: Symptomatic but without pneumonia
Group 3A : Pneumonia but not requiring O2 without Fever
Group 3B : Pneumonia but not requiring O2 with Fever
Group 4 : Pneumonia and requiring supplemental O2
Group 5: Critically ill.
Aku - group 3A
Ayah dan Emak - Group 2
Wife - Group - 2
Anak2 - Group 1
Aku , Ayah dan Emak - Wad Covid di bangunan Kusta Sungai Buluh
Isteri dan Anak2- MAEPS.
Ada apa2 pertanyaan, InsyaAllah aku cuba jawab.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maximus_01 replied at 26-1-2021 12:10 PM
Aku sekeluarga positif covid. 7 org termasuk ayah (76 tahun) dan emak (74 tahun) with comorbid (diab ...
Semoga dipermudahkan urusan.
Boleh cerita mula dpt dari mana |
|
|
|
|
|
|
|
silencekiller replied at 26-1-2021 12:04 PM
cerita putaq belit apa ntahh.. dok gebang bahaya ke hulu ke hilir... macam tak pernah kena batuk kaa ...
covid ni mungkin tak bahaya utk sesetengah org tp utk bahaya utk yg berisiko. yg paranoid tu mungkin bkn utk diri dia sendiri tp mungkin utk org sekeliling dia yg mungkin ada penyakit kronik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by maximus_01 at 26-1-2021 12:18 PM
Kena kat Kilang dan menjangkitkan satu rumah.
Tanda-tanda. Demam waktu malam dan start batuk-batuk the next day. Hari ke-empat onset (symptom start) baru pergi buat swab test, the next day dapat result +ve. Terus hantar family members buat swab test dan result also +ve covid.
Jadi , kalau ada sesiapa mula ada simptom, cepat2 kuarantinkan diri supaya tak berjangkit kpd org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 26-1-2021 12:06 PM
Harap mcm tu lah..
ya. harap2 mmg sbb badan diorang kuat & result covid test tu bkn false negative.
hati2 & semoga dipermudahkan olehNya |
|
|
|
|
|
|
|
sebab aku anti SOP lah aku pertikaikan keketatannyaaa kannn , kerana aku nak SOP di hapus kan totally ler sebab dah ada ubat yg boleh bunuh virus covid nak bersop kejadah lagi dahhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, dah habis kuarantin dan dah start keje balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 26-1-2021 12:23 PM
habis tu yg ubat cacing ivermectin boleh BUNUH virus covid kenapa KKM tak mau order banyak2 utk guna di semua hospital? Gitu lagi boleh ZERO kan pembiakan virus dlm badan manusia..... dok risau cara virus masuk dlm badan buat pe dah ada ubat yg boleh bunuhnya senang2 je ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|