Oleh Izzah Abbasy
Gajet yang diperkenalkan dan menjadi keperluan hari ini menjadi suatu masalah bagi ibu bapa untuk mengawal anak-anak di bawah umur untuk memiliki gajet tersebut.
Namun, kini ibu bapa tidak perlu risau apabila Syarikat Digi Telekomunications Sdn Bhd mengulangi komitmen melindungi kehidupan digital pelanggan dengan pelancaran Aplikasi Digi Family Safety dalam membantu memudahkan golongan ibu bapa.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Aplikasi ini membenarkan ibu atau bapa mengawal telefon mudah alih atau gajet anak dan ahli keluarga lain (menawarkan sehingga tujuh ahli keluarga) melalui telefon mereka sendiri.
Sekurang-kurangnya ia adalah sebagai langkah memantau aktiviti anak-anak dan tahu di mana mereka berada dengan menggunakan aplikasi ini. Selain ia juga sebagai pencegahan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah :
1. Family Location. Mengenal pasti lokasi ahli keluarga.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
2. Geo-fencing. Anda boleh tetapkan radius lokasi atau zon keselamatan buat ahli keluarga.
Sekiranya mereka keluar daripada lokasi yang ditetapkan, satu notifikasi akan diberi. Notifikasi yang sama akan anda dapat sekiranya ahli keluarga kembali ke radius yang ditetapkan.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
3. Check–ins. Untuk memberitahu ahli keluarga di mana anda berada.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
4. Panic Alert. Memudahkan penghantaran isyarat kecemasan dengan lokasi kepada semua telefon ahli keluarga.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
5. Parental Control. Kawalan ketat ke atas penggunaan telefon oleh ahli keluarga.
Anda boleh tetapkan masa dan hari penggunaan telefon.
Serta dapat mengawal muat turun aplikasi serta penggunaan aplikasi tersebut.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
6. Phone security. Membenarkan anda mencari telefon, membuat panggilan, mengunci telefon atau membuka telefon serta memadam data ahli keluarga sekiranya telefon mereka hilang atau dicuri. Semua ini boleh dibuat dari telefon anda ke telefon mereka.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
7. Bagaimana jika anak atau ahli keluarga ingin membuang aplikasi ini dari telefon mereka?
Setiap perubahan yang mahu dilakukan ke atas aplikasi tersebut memerlukan kata kunci (Family Code).
Kata kunci ini akan ditetapkan oleh pemegang akaun utama iaitu ibu atau bapa. Jadi hanya dengan kata kunci, anak atau ahli keluarga lain boleh menutup fungsi yang ada pada aplikasi ini.
Kenalpasti Lokasi Anak-anak Dengan Aplikasi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety boleh dimuat turun di Google Play Store.
Aplikasi ini datang dengan dua pilihan: Freemium, percuma sehingga 2 orang ahli keluarga dan Premium untuk pelanggan Digi dengan bayaran RM5 sebulan.
Selain ciri-ciri asas, pelanggan yang melanggan Premium juga akan dapat menikmati kesemua ciri Parental Control, dan boleh menjemput sehingga tujuh ahli keluarga dengan dan menetapkan sehingga 20 kawasan keselamatan.
Buat masa ini, pelan premium adalah percuma untuk 30 hari pertama untuk pelanggan Digi.
Versi iOS boleh dimuat turun bermula Ogos.
Sumber : Astro Awani
|