View: 4643|Reply: 10
|
Berhijab Main Bola Tampar Pantai Jadi Viral
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: www.news18.com
Dalam pertandingan pembukaan bola tampar pantai kategori wanita yang berlangsung di Olimpik Rio 2016 baru-baru ini, pasukan dari Mesir yang berpakaian baju berlengan panjang dan berseluar panjang serta bertudung, seluruh badan ditutup penuh atau apa yang disebut sebagai berhijab.
Manakala pasukan lawannya dari Eropah seperti Itali, Jerman dan lain-lain pasukan dari barat semua pemainnya berpakaian bikini yang memperlihatkan tubuh badan banyak terdedah.
sumber foto: www.news18.com
Ketika perlawanan, satu gambaran yang cukup unik akibat perbezaan pemakaian yang ketara antara kedua-dua pasukan diperlihatkan, sekali gus menjadi viral di media sosial dan menjadi bahan hangat diperkatakan bagi temasya olimpik kali ini.
Rata-rata peserta Mesir kelihatan kecewa dengan media barat yang memberi tumpuan yang terlampau sehingga menimbulkan gangguan buat pasukan mereka.
sumber foto: www.news18.com
Salah seorang peserta Mesir menjelaskan bahawa mereka berhijab kerana mereka seorang muslim dan tidak menghalang keinginan mereka untuk mengambil bahagian di temasya terbesar ini.
Cara pemakaian untuk acara bola tampar pantai kategori wanita, sebelum ini adalah berpakaian bikini atau berpakaian baju renang.
Namun, bermula olimpik kali ini, bagi membolehkan aktiviti sukan boleh diterima oleh pengamal agama dan budaya yang berbeza, pertubuhan bola tampar antarabangsa telah melonggarkan syarat-syarat cara pemakaian yang ditetapkan.
Antaranya membenarkan pemain memakai seluar pendek, baju yang tiada lengan atau berlengan panjang dan baju pelindung seluruh badan.- CARI
sumber foto: www.news18.com/news/ |
|
|
|
|
|
|
|
yg ptg masuk pertandingan.. sama2 bersaing nak menang. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kalah la jadi tak puas hati...alasan...
cuba kalau menang...lain pula katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pakaian atau pandangan media dijadikan alasan kalau betul2 hebat pakai sebegitu pun tetap boleh menang kalau tak hebat tetap kecundang juga |
|
|
|
|
|
|
|
mcm peserta lompat tinggi kita la, bagi alasan hilang tumpuan disebabkan ussain bolt...
memalukan je
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting semangat kesukanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting semangat kesukanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku smpai skang x faham nape nk main bola tampar pantai kena brbikini.sbb panas?pakai short pun dh kira ok.eksploitasi sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah keistimewaan wanita muslimah, dirinya terpelihara. Kadang dengan undang2 pemakaian dalam sukan2 yang terdedah menjadi penghalang buat wanita muslim untuk turut serta.
|
|
|
|
|
|
|
|
main bola tampar kat daratan tp peraturan pakaian mcm .......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|