View: 3101|Reply: 12
|
5 Cara Hebat Leburkan Perasaan Pada Cinta Lalu
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Bukan mudah untuk melalui kehidupan seterusnya jika cinta yang dibina sekian lama putus di pertengahan.
Bagi lelaki mahupun wanita, pengalaman cinta sering menjadikan anda lebih matang. Namun, tak kurang juga yang sukar untuk 'move on'. Jadi bagaimana agaknya ingin melepaskan rasa cinta lalu agar tidak terus bersemadi dalam lubuk hati?
Lakukan cara hebat ini, mudah-mudahan ia memulihkan kembali hati anda yang remuk itu.
1) Jangan biar bayangan wajahnya mengganggu fikiranmu
Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.
Tuliskan di atas sehelai kertas.
Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.
2) Melupakan kebaikan si dia
Tujuan kita melupakan kebaikan si dia adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.
3) Jangan membatasi diri pada satu nama
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai. Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak. Jadi, kenali ramai rakan taulan agar Allah pertemukan yang terbaik untukmu.
4) Bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan
Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, "Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakan dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu."
Allah SWT menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.
5) Berfikiran positif
Ingatlah setiap pertemuan pasti menyimpan hikmah. Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.
Setiap orang melalui masa silam yang berbeza. Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.
Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu. Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.
Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm ckp senang tp nk lupa pehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
hati itu kosong apabila cinta itu berlalu , jadi logiknya isikan hati itu dengan Pemberi Cinta, tak gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
sokongggg..tapi kalo dah dapat yg baru terlalai semula cmne lak haha mungkin ada sbb kenapa cinta tu pergi..
Dia tau kita belum bersedia
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara senang, cari pengganti..berkesan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
hati itu kosong apabila cinta itu berlalu , jadi logiknya isikan hati itu dengan Pemberi Cinta, tak gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
delete je semua bnde pasal dia..xkoser nk ingat org yg meremuk remukkan perasaan ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menangis puas2 esok pagi bangun dgn semangat baru |
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!
Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
enjoy life while solo |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|