mintak maaf lah yer,
cubaan mentranslate macam xberapa jadi
Di sebuah gunung di Norway, lebih dari 300 ekor rusa kutub (reindeers) mati serentak dalam panahan kilat
The Associated Press | August 29, 2016 10:36 AM ET
Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk rusa kutub atau hidupan liar yang lain terbunuh akibat disambar kilat tetapi bilangan ini tidak pernah berlaku dalam Norway.
STOCKHOLM — Lebih dari 300 rusa kutub (reindeers) liar disyaki telah mati akibat disambar kilat di tengah2 negara Norway.
Agensi Alam Sekitar Norway telah mengeluarkan imej ngeri yang menunjukkan bangkai rusa yang bertaburan di seluruh kawasan yang kecil di dataran tinggi gunung Hardangervidda. Agensi itu berkata 323 haiwan terbunuh termasuk 70 anak lembu, dalam ribut kilat Jumaat.
Jurucakap Agensi Kjartan Knutsen kepada The Associated Press, bukanlah perkara luar biasa untuk rusa atau hidupan liar yang lain mati akibat disambar kilat tetapi ini adalah satu kejadian yang luar biasa dan amat bahaya.
"Kami tidak pernah berhadapan dengan angka sebegini banyak sebelum ini," katanya pada hari Isnin.
Beliau berkata rusa kutub memang cenderung untuk berdiri sangat rapat antara satu sama lain dalam keadaan cuaca buruk, yang boleh menjelaskan bagaimana begitu banyak rusa terbunuh sekaligus.
"Saya tidak tahu jika terdapat beberapa panahan kilat," katanya. "Tetapi kejadian ini (nampaknya) berlaku dalam satu masa (serentak)."
Knutsen berkata agensi itu kini membincangkan apa yang perlu dilakukan dengan bangkai2 haiwan ini. Biasanya, mereka hanya akan tinggalkan bangkai begitu sahaja ditempatnya untuk membiarkan proses semulajadi berlaku.
Adalah satu kelaziman pada masa perubahan musim beribu-ribu rusa kutub berhijrah melintasi dataran tandus Hardanangervidda.
Sebahagian daripada 323 ekor rusa kutub (reindeers) liar yang mati sambar kilat dapat dilihat berteraburan di sisi bukit dataran tinggi gunung Hardangervidda di tengah2 Norway pada hari Sabtu 27 Ogos 2016.
Dataran tinggi Hardangervidda, yang mana sebahagian besarnya membentuk taman negara, adalah destinasi popular untuk aktiviti luar dan merupakan habitat kepada kira-kira 10,000 rusa kutub (reindeers) liar mengikut Norwegian Wild Reindeer Centre.