Sebaliknya rejim itu telah me-rekrut golongan wanita sejak lebih seabad lalu melalui program dikenali sebagai ‘Perangkap Madu’. Program itu merupakan idea pemimpin Kim Jong-il, bapa kepada pemimpin Korea Utara sekarang, Kim Jong-un.
Malah racun merupakan ‘senjata popular’ untuk membunuh sasaran dan sering kali arsenik digunakan bagi tujuan tersebut, bukan lagi senjata tajam atau senjata api oleh perisik lelaki.
Menurut pengasas New Focus International, Jang Jin-sung yang berpaling tadah ke Korea Selatan, idea menggunakan wanita timbul selepas komplot menculik ahli perniagaan dari Jepun, Korea Selatan, Romania, Thailand dan Lebanon untuk direkrut sebagai perisik gagal setelah mangsa tidak mahu memberi kerjasama.
Malah rakyat Korea Utara yang berpaling tadah juga mengakui mereka sentiasa berwaspada de-ngan wanita-wanita muda kerana bimbang mereka merupakan pe-risik yang ditugaskan untuk membunuh sebagai tindakan balas dendam terhadap pembelot.
Seperti kata An Chan-il yang juga bekas komando Korea Utara, perisik lelaki kini di-pinggirkan manakala tugas membunuh ter-utama menggunakan racun dilakukan oleh perisik wanita.
Senjata yang digunakan oleh perisik wanita adalah pe-nyuntik beracun dalam gincu bibir atau kosmetik lain dan bara-ngan itu sukar dikesan oleh pihak ke-selamatan lapangan terbang.
Wajah cantik masih menjadi pilihan utama untuk menjadi pe-risik Korea Utara tetapi potongan badan yang menarik bukan ciri utama kerana mereka mungkin berdepan tindak balas fizikal daripada individu yang disasar.
Golongan wanita tersebut di-pilih semasa masih menuntut di institusi pengajian tinggi malah ada juga masih di sekolah mene-ngah seterusnya diberi pelbagai latihan termasuk mengendalikan pesawat dan hubungan intim.
Mereka kemudian menyamar sebagai penterjemah untuk individu berkedudukan tinggi, pemandu pelancong atau pelacur.
Seperti mana perisik lain, ke-semuanya sanggup menggadai nyawa demi pemimpin masing-masing namun tidak kurang yang berpaling tadah.
Antara perisik wanita pa-ling terkenal di Korea Utara ialah Kim Hyon-hui yang mengebom pesawat Korean Air 858 pada November 1987 yang dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand ke Seoul, Korea Selatan.
Dalam kejadian itu kesemua 115 penumpang maut manakala Hyon-hui ditahan bersama seorang lagi perisik legenda, Kim Seung-il yang menyamar sebagai bapanya.
Kedua-duanya ditahan di Bahrain pada 1987 namun Seung-il meninggal dunia dalam tempoh penahanan manakala Hyun-hui diekstradisi ke Korea Selatan dan dihukum mati selepas didapati bersalah tetapi kemudian mendapat pengampunan.
Seorang lagi perisik, Won Jeong-ha yang digelar ‘Mata Hari Korea Utara’, mema-suki Korea Selatan sekitar 2001 dan menyamar sebagai individu yang berpaling tadah dari Korea Utara.
Wanita itu ditahan dan dipenjara selama lima tahun pada 2008 selepas bersalah menggunakan seks untuk mendapatkan maklumat sulit daripada pegawai tentera Korea Selatan dan merancang untuk membunuh pegawai-pegawai berkenaan.
‘Mata Hari’ merupakan pe-risik wanita bernama Margaretha Geertruida iaitu penari eksotik dari Belanda tetapi bertugas sebagai perisik untuk Jerman semasa Perang Dunia Pertama yang akhir-nya dihukum tembak di Perancis.
Lee Sun-sil merupakan seorang lagi perisik wanita Korea Utara yang terkenal dan telah beroperasi di Korea Selatan selama 10 tahun serta berjaya memperoleh maklumat risikan berhubung penubuhan Parti Pekerja Korea Utara di Korea Selatan.