CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4130|Reply: 6

EDISI PRA-SEJARAH: Membidas teori evolusi Mawas Purba kepada Bani Adam

[Copy link]
Post time 15-5-2017 01:18 PM | Show all posts |Read mode
EDISI PRA-SEJARAH: Membidas teori evolusi Mawas Purba kepada Bani Adam

SIRI 1: HOMO ERGASTER / HOMO ERECTUS



Spesies mawas purba bermula dari Homo Ergaster / Homo Erectus menguasai bumi pada 1.9 - 1.6 juta tahun lalu dalam lingkungan era pra-sejarah awal dan pertengahan Pleistocene (era 2.6 juta tahun dahulu sehingga 11700 tahun dahulu).

Homo Erectus menguasai Eurasia dan Homo Ergaster pula menghuni benua Afrika. Kedua2 spesis mawas purba ini sebenarnya terhubung kait kerana Homo Ergaster dulunya dikenali dengan nama African Homo Erectus, tetapi saintis masakini membezakan Homo Ergaster berdasarkan perbezaan taxonomy tulang fosil.

Homo Erectus / Ergaster adalah spesies mawas purba yang dikenalpasti mempunyai keupayaan intelek melebihi haiwan pra-sejarah lainnya, tapi ia bukanlah "APEX PREDATOR" (pemangsa apex) malah berkongsi alamiah pra-sejarah Pleistocene dengan spesies mamalia megafauna (gergasi) lainnya.

Tapi mawas purba Homo Erectus / Ergaster memiliki set anatomi paling mirip kepada bani Adam, walaupun bukan sepenuhnya kerana leluhurnya masih mengekalkan penanda genetik mawas pada fizikal tubuh badan dan perlakuan spesies mawas purba pra-sejarah ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2017 01:20 PM | Show all posts
EDISI PRA-SEJARAH: Membidas teori evolusi Mawas Purba kepada Bani Adam

SIRI 2: HOMO HEIDELBERGENSIS / HOMO RHODESIENSIS



Pupusnya Homo Erectus / Homo Ergaster membawa kepada kebangkitan spesies mawas purba pra-sejarah yang baru iaitu Homo Heidelbergensis / Homo Rhodesiensis dimana spesies mawas purba hominid ini menguasai Eurasia serta Afrika (dihuni Homo Rhodesiensis) pada era pra-sejarah pertengahan Pleistocene iaitu 600 - 200 ribu tahun dahulu.

Spesies hominid inilah lebih menyerupai bani Adam dari segi morphology dan taxonomy, namun ia tidaklah membawa sebarang kesan besar dalam era pertengahan Pleistocene yang masih dikuasai mamalia megafauna gergasi. Kelebihan mawas purba Homo Heidelbergensis hanyalah kepada kemungkinan penggunaan vokalisasi dalam berkomunikasi sesama mereka disamping masih mengekalkan cara hidup leluhur mereka iaitu Homo Erectus.

Homo Heidelbergensis juga bukanlah pemangsa apex dan kekal gaya hidup sehingga ia pupus dengan kehadiran spesies mawas purba yang lain, iaitu Homo Neanderthalensis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 01:22 PM | Show all posts
EDISI PRA-SEJARAH: Membidas teori evolusi Mawas Purba kepada Bani Adam

SIRI 3: HOMO NEANDERTHALENSIS



Spesies mawas purba paling berjaya ialah Homo Neanderthalensis, yang berleluhur dari Homo Heidelbergensis / Rhodesiensis. Lebih dikenali dengan nama Neanderthal (berdasarkan nama tempat Neandertal di Jerman), spesies mawas Neanderthal mula muncul pada era pra-sejarah pertengahan hingga akhir Pleistocene iaitu pada 200 ribu - 250 ribu tahun yang lampau.

Mawas Neanderthal mempunyai taxonomy dan morphology tubuh badan dan perlakuan yang lebih mirip pada Bani Adam (Homo Sapiens), mawas Neanderthal hadir di era iklim melampau iaitu Zaman Ais yang banyak melenyapkan spesies mamalia megafauna gergasi lainnya, tetapi hadir bersama haiwan pra-sejarah mamalia megafauna yang beradaptasi dengan iklim dan geografi zaman Ais.

Sepertimana leluhurnya iaitu Homo Erectus dan Homo Heidelbergensis, Neanderthal masih mengekalkan gaya hidup primitif warisan mawas purba lain dan tiada perkembangan teknologi pertukangan yang drastik malah mendatar sahaja sepanjang 1.9 juta tahun lalu sehinggalah ke 40,000 tahun dahulu apabila Neanderthal mulai pupus di mukabumi ini. Tapi Neanderthal mewarisi kepandaian vokalisasi yang lebih kompleks sedikit berbanding leluhurnya Homo Heidelbergensis.

Selain itu, kemunculan Neanderthal pada era Zaman Ais membawa kepada betapa kebergantungan spesies mawas pra-sejarah ini kepada alamiah Zaman Ais dan mamalia megafauna, dan akhirnya Neanderthal menjadi "APEX PREDATOR" (pemanga apex / terulung) sebaris dengan spesies rimau sabre tooth, singa gunung (cave lion) dan serigala dire (dire wolf) iaitu spesies pemangsa unggul mamalia megafauna era Zaman Ais.

Namun kebangkitan Bani Adam bermula pada 190,000 tahun dahulu menggegarkan kesinambungan mawas purba Neanderthal. Persaingan mendapatkan makanan, dan teknologi senjata perburuan yang didominasi Bani Adam (Homo Sapiens) dalam satu jangkamasa yang singkat serta adaptasi Bani Adam dalam setiap iklim Zaman Ais menyebabkan mawas Neanderthal tak mampu bersaing dan terpinggir.

Perubahan iklim dan ekosistem era Zaman Ais menyebabkan kepupusan mamalia megafauna lainnya termasuk mawas Neanderthal secara keseluruhan juga berkait rapat dengan kemunculan Bani Adam yang menggunakan akal melawan naluri kehaiwanan meminggirkan semua spesies pemangsa mamalia megafauna lainnya dalam mencapai status pemangsa terulung. Neanderthal pupus di saat perkembangan Bani Adam menguasai dan menerokai Bumi pada penghujung zaman Ais, 40 ribu tahun yang lampau.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 01:26 PM | Show all posts
EDISI PRA-SEJARAH: Membidas teori evolusi Mawas Purba kepada Bani Adam

SIRI 4: HOMO SAPIENS

Bani Adam pra-sejarah yang terawal - Homo Sapiens Idaltu

Nabi Adam dan Siti Hawa diturunkan ke bumi sebagai tanda langsung keingkaran mereka ketika di Syurga oleh Allah Taala. Tentang soal bila zamannya baginda menjejakkan kaki ke Bumi, tidak diketahui, malahan hampir mustahil. Tapi jika menggunakan perkembangan Bani Adam, iaitu keturunan Adam dan Hawa, sejarah kemunculan spesies Bani Adam menjangkau 190,000 tahun berdasarkan kajian sains genetik dan penemuan rangka manusia terawal.

Sejarawan dan ahli paleontologi berkiblat Charles Darwin cuba merasionalisasikan leluhur Bani Adam kepada spesies mawas purba pra-sejarah, maka umat Islam perlu meninggalkan akidah yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Apa yang menariknya, sejarawan dan ahli arkeologi dulunya meletakkan Bani Adam pra-sejarah bermula seawal 100,000 tahun lampau, namun berdasarkan teori terkini, Bani Adam pra-sejarah (Archaic Homo Sapiens) bermula lebih awal dalam lingkungan 200,000 ke 300,000 tahun lampau malahan wujud seiring dengan mawas Neanderthal yang muncul lebih awal sedikit.

Dengan kehadiran Bani Adam pra-sejarah (Archaic Homo Sapiens) membawa kepada terma AMH (Anatomically Modern Humans) Anatomi Manusia Moden, dapat disaksikan dan dibuktikan dengan penemuan fosil manusia pra-sejarah yang terawal iaitu penemuan tulang belulang Omo (Omo's remains) di Sungai Omo, Habsyah (Ethiopia) yang berusia 195,000 tahun yang lalu dan penemuan kerangka manusia pra-sejarah Homo Sapiens Idaltu ("idaltu" membawa erti paling tua / anak sulung) di Herto Bouri, Habsyah (Ethiopia) yang berusia 160,000 tahun.

Keturunan Bani Adam pra-sejarah menyaksikan perkembangan manusia menjarah setiap pelusuk Bumi menguasai setiap benua yang dijejaknya dari era Zaman Ais dan pasca kepupusan besar2an spesies megafauna mamalia gergasi termasuk juga spesies mawas purba yang terakhir iaitu Neanderthal.


Bani Adam pra-sejarah Cro Magnon - Homo Sapiens Sapiens

Dari Bani Adam pra-sejarah iaitu Archaic Homo Sapiens kepada Homo Sapiens Idaltu dan terus berkembang biak kepada Homo Sapiens Sapiens (kita), dapat disimpulkan, Nabi Adam adalah Homo Sapiens yang pertama dalam sejarah manusia, dan anak cucunya berkembang biak dalam jangkamasa yang dapat diagak lebih kurang 200,000 tahun lebih untuk menjelajah pelusuk bumi.

Era Nabi Adam membawa kepada Nabi Nuh AS, yang mana perbezaannya fizikal pastinya ada dalam bentuk saiz tubuh dan bukan pada asas genetik. Bani Adam pra-sejarah membawa ketamadunan pertama paling awal akhirnya ke tamadun manusiawi penyembah berhala era Nabi Nuh AS, akhirnya dilenyapkan Allah Taala dalam Banjir Besar sebagai balasan kebejatan Bani Adam pra-sejarah yang melupakan pegangan tauhid Nabi Adam yg meng-Esa-kan Allah.

Analogi banjir besar juga boleh dikaitkan dengan berakhirnya zaman Ais, dimana kepupusan besar2an mamalia megafauna pra-sejarah, dan kebangkitan Bani Adam moden, Homo Sapiens Sapiens, dari susur galur Nabi Nuh AS dan pengikutnya yang terselamat di atas bahtera Nabi Nuh AS.

Pasca Zaman Ais, serta pasca Banjir Besar, membawa manusia ke era ketamadunan lebih baru, Bani Adam moden keturunan Nabi Nuh membawa kepada pecahan bangsa2 utama dunia, yang membawa kepada kepelbagaian etnik dan variasi genetik Homo Sapiens Sapiens hingga ke akhir zaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 01:28 PM | Show all posts
EDISI PRA-SEJARAH: Membidas teori evolusi Mawas Purba kepada Bani Adam

SIRI 5: KAJIAN SILANG SEJARAH KAJIAN ARKEOLOGI - SAINS DNA - KITAB2 SAMAWI


Homo Sapiens (Bani Adam) vs Homo Neanderthal (Mawas Purba terakhir)

Jika kita mengkaji sejarah Bani Adam Homo sapiens, maka menggunakan data fosil Homo Sapiens Idaltu yang tertua di dunia berusia 160,000 tahun yang lalu yang ditemui di Segitiga Afar, Habsyah (Ethiopia). Ini sekaligus membuktikan, Bani Adam bermula jurai keturunan Nabi Adam AS hingga Nabi Nuh AS (sebelum era Banjir Besar) adalah seiring dengan zaman mamalia gergasi era Pleistocene. Secara umumnya, generasi Bani Adam Homo Sapiens Sapiens (kita) kini adalah berketrurunan dari Nabi Nuh AS, keluarganya yang beriman dan para pengikutnya yang selamat dalam banjir besar (berdasarkan kisah dari kitab2 wahyu - Taurat, Injil dan Al-Quran).

Apabila mengkaji era perkembangan Bani Adam dari era Nabi Adam AS - Nabi Idris AS - Nabi Nuh AS, ini adalah era pra-sejarah, tiada rekod bertulis melainkan lukisan2 dinding masyarakat Bani Adam Homo Sapiens Idaltu dan sub spesisnya seperti Bani Adam Cro Magnon yang merupakan masyarakat awal pemburu, pengumpul dan pertanian. Kita tahu, sudah ada berlaku garis pemisahan apabila Qabil membunuh Habil dan melarikan diri dengan Iqlima. Anak2 Nabi Adam lainnya membawa baka genom Bani Adam (Homo Sapiens) merata dunia.

Difahamkan melalui sejarah kitab2 samawi, Bani Adam era Nabi Adam AS berlanjutan Nabi Idris AS sehingga Nabi Nuh AS diberkati Allah diberi jangka hayat yang panjang hingga mampu berumur ratusan tahun. Tapi baka berumur panjang ini kebanyakan berketurunan ke era Nabi Nuh AS, terhapus ketika Banjir Besar. Sekalian umat manusia Homo Sapiens Sapiens berbaka Nabi Nuh, keluarganya yang beriman dan pengikutnya yang beriman. Malah bangsa Yakjuj wal Makjuj boleh dikaji melalui silang sejarah terkait dari baka Yafits ibn Nuh.

Dengan penemuan tapak arkeologi Gobekli Tepe di Anatolia Turki membenarkan wahyu Allah bahawa Nabi Nuh, warisnya serta pengikutnya yang beriman yang selamat setelah Banjir Besar surut mula membina semula tamadun awal berusia 11,500 tahun lampau. Dari sini keturunan manusia mula berkembang kembali membawa bersama kisah Banjir Besar yang beransur menjadi mitos hikayat kaum masing2 dari Benua Eropah, Asia, Australia hingga benua Amerika.

Pembinaan semula ketamadunan dari pasca Banjir Besar pada zaman Nabi Nuh membawa kepada era Nabi Hud AS - Nabi Salih AS, menyaksikan kemusnahan kaum Ad (terbukti dengan penemuan semula puing2 kota Iram & Ubar) dan kaum Thamud (yang terkenal dengan pembinaan rumah yang dikorek dari batu dan gunung seperti di Madain Salih, Arab Saudi) yang mengingkari tauhid yang satu. Setelah itu barulah lahirnya ketamadunan Sumeria yang bangkit sekitar 5000 tahun lampau yang kebanyakan sejarawan moden mengidentifikasi bermula era Nabi Ibrahim AS - Raja Namrud - Nabi Lut AS yang setelah itu seiring permulaan ketamadunan Mesir Lama.

Secara umumnya, saya tidak bersetuju dengan teori evolusi Sains Barat cuba mengaitkan Homo Neanderthalesis (Neanderthal) terkait manusia Homo Sapiens Sapiens. Kerana pada pendapat peribadi saya, Homo Nenderthalensis ini lebih kurang mana2 spesis mawas purba yang agak cerdik tapi tidak berakal seangkatan dengan homo heidelbergensis yang berkongsi leluhur mawas purba homo erectus.

Ini jika kita menerimapakai hipotesis itu, Homo Neanderthalesis dan Homo Heidelbergensis hanya dijumpai secara geografi terbatas di benua Eropah, Balkan, Turki, As-Shams (Levant) hingga ke pergunungan Ural dan Altai di Russia. Manakala Homo Erectus, leluhur kepada dua spesis hominid di atas menguasai benua Afrika dan benua Asia. Manakala Homo Sapiens Sapiens pula ditemui di semua benua.

Ya tak dapat dinafikan secara genom, Homo Neanderthal berkongsi 99.7% DNA dengan kita, Homo Sapiens Sapiens. Bukti genetik tak dapat disangkal .... berasaskan kajian genetik, berlakunya percampuran baka antara Neanderthal dengan Homo Sapiens apabila migrasi besar2an Homo Sapiens keluar mengembara dari benua Afrika ke Asia, Eropah dan Russia yang kini menyaksikan 66% bangsa manusia moden Asia Timur (Altaic, Mongol, China, Jepun, Korea) memiliki gen kulit Neanderthal (POU2F3) manakala 70% bangsa kulit putih Eropah memiliki gen kulit Neanderthal (BNC2).

Namun saintis masih bertelagah dalam isu ini .... apakah homo heidelbergensis dan homo neanderthalensis yang bermoyangkan mawas purba cerdik homo erectus sebahagian dari manusiawi? Apakah mereka ini sub-spesis kepada Homo Sapiens Sapiens padahal Homo Sapiens juga punya leluhur seawal Homo Sapiens Idaltu berusia 160,000 tahun yang lampau.

KESIMPULAN

Mahukah kita menerima keputusan Manusia Jawa (Java Man) dan Manusia Peking (Peking Man) kedua2nya adalah moyang bani Adam padahal Manusia Jawa / Manusia Peking itu terang2 dari Homo Erectus, mawas purba.

Maka di sini, selagi belum ada pembuktian sebenarnya, walaupun dari segi genetik Neanderthal ada mewariskan sedikit gen mereka kepada manusia bangsa Asia Timur dan Eropah, namun kita juga boleh membangkang bahawa kita manusia Homo Sapiens Sapiens pun ada berkongsi genetik sebanyak 95 - 98.5% DNA dengan genus mawas pan troglodytes aka cimpanzee dan bonobo.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 08:37 AM | Show all posts
byknyeeee nk baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 04:38 PM | Show all posts
Hello! this complex question. Here it is necessary to think ...
walmart headquarters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041549 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list