View: 2898|Reply: 6
|
102 iPhone dilekat pada badan wanita
[Copy link]
|
|
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.702868.1500073907!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg)
Sebanyak 102 buah iPhone dilekatkan pada bahagian badan wanita itu.
BEIJING - CHINA . Seorang wanita warga Hong Kong ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke China dengan 102 buah iPhone dilekat pada badannya.
Taktiknya itu dikesan pegawai kastam Shenzhen selepas menyedari sesuatu yang mencurigakan ketika melihat pakaian wanita itu.
Pegawai kemudian mengarahkan wanita itu melalui mesin pengimbas dan sebaik diperiksa sistem penggera berbunyi.
Bukan sahaja 100 lebih telefon bimbit jenama iPhone ditemui dilekat pada badan wanita itu, sebaliknya 15 buah jam tangan jenama Tissot juga turut dilekat pada dadanya.
Kesemua barang yang cuba diseludupnya itu mempunyai berat kira-kira 20kg, lapor Oriental Daily.
Harga iPhone di Hong Kong lebih murah dan sentiasa menjadi barangan popular untuk diseludup ke tanah besar China.
Ada penyeludup menyembunyikan barangan berkenaan pada basikal, pakaian, bot dan ditempat yang tidak dapat dilihat pegawai kastam. |
|
|
|
|
|
|
|
seludup pakai drone ajala
wat cam kartel dadah mexico
seludup dadah pakai submarine diy rentas sempadan
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh jual mahal kat china |
|
|
|
|
|
|
|
Beratnya nak jln2 bawak 20kg brg tu ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
seludup phone ni, berat juga |
|
|
|
|
|
|
|
nk seludup tapi tak pandai... pegi sempadan thai tu belajar dulu camna nak seludup ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah lawak tgk pompuan ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|