CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4917|Reply: 2

Peristiwa Berdarah Di Memali, Dua Versi Cerita Yang Sangat Berbeza

[Copy link]
Post time 15-8-2017 10:39 AM | Show all posts |Read mode


Pada pagi 19 November 1985, RTM melaporkan sekurang-kurangnya 576 anggota polis mula mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan dalam keadaan berjaga-jaga.


Target mereka adalah Ibrahim Libya, seorang pemimpin PAS tempatan yang disyaki sebagai militan ekstremis. Beberapa jam kemudian, kepungan tu berakhir dengan 18 kematian – 4 orang polis, 13 orang penduduk kampung dan Ibrahim Libya sendiri. Kawasan Baling kemudian diletakkan di bawah perintah berkurung.



Imej dari cpiasia.net.



Tapi kenapa 576 polis diperlukan untuk tangkap satu suspek? Berhantu sangat ke Ibrahim Libya ni?



Ibrahim Libya: Ustaz paling digeruni di Malaysia

Ibrahim Libya ada Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Imej dari muntahpelangi.blogspot.


Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama. Dapat gelaran Libya sebab dia dah menjelajah duniauntuk belajar agama dan dari banyak negara tu dia habiskan banyak masanya di Libya.



Bila dia balik Malaysia pada tahun 70-an, Ibrahim dilantik jadi pendakwah di Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri. Dia jugak pernah bagi ceramah kat TV (RTM). Kira hebat la kan? Sebab zaman tu mana ada Youtube bagai.



Walaupun semua orang rasa jawatan tu dah cukup baik, tapi dia tak rasa macam tu. Sebab baginya kerajaan buat banyak garis panduan sampai menyusahkan dia untuk berdakwah. Jadi pada 1976 dia berenti dan mula masuk PAS.




Kg. Memali terletak di mukim Siong,Baling, Kedah. Imej dari botaonline.blogspot


Pada masa tu PAS baru je keluar dari Barisan Nasional dan tengah tetapkan perjuangan sebenar iaitu dari parti yang perjuangkan Melayu kepada parti yang perjuangkan hak Islam.


Tapi bila Ibrahim bagi ceramah dia selalu masukkan konsep Jihad dan mati syahiddalam ceramahnya. Tindakan Ibrahim tu dah buatkan kerajaan masa tu keluarkan waran untuk dia ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan beberapa lagi ahli PAS yang dilihat radikal.



Lukisan yang mengambarkan kejadian Peristiwa Memali oleh para pelajar Madrasah Islahiah, Baling. Imej dari minaq-jinggo.fotopages.

Cubaan pertama nak tangkap Ibrahim pada 1984 gagal dan diteruskan pada Oktober 1985 ketika dia dekat ceramah PAS. Tapi cubaan tu pun gagal.



Tapi pada cubaan ketiga pada 19 November 1985, Ibrahim Libya akhirnya terbunuh. 161 orang ditahan dengan 36 dikenakan ISA. Bagaimanapun, semua perkara ni masih tak berapa jelas dan masih bergantung pada pandangan kerajaan atau penyokong Ibrahim.



Kematian Ibrahim Libya – Ikut kata kerajaan

Aaaah… ni lah kita nak cerita kenapa 576 polis diperlukan untuk tangkap seorang suspek. Berdasarkan laporanKertas Putih 1986 yang dikeluarkan oleh kerajaan, jumlah anggota polis yang besar diperlukan kerana:


  • Mereka syak Ibrahim Libya ada kumpulan militan kecil yang akan melindunginya
  • Ibrahim kuat mengajar konsep jihad dan mati syahid
  • Penyokongnya mungkin telah bersenjata





Laporan Kertas Putih Memali 1986, klik imej untuk baca. Imej dari dinturtle.blogspot.

Perkara ni dikukuhkan lagi bila Polis bagitau yang mereka dah terserempak dengan sekumpulan militan berhampiran dengan sebuah ceramah PAS.



“Pada jam 9.50 malam, Ketua Polis Daerah Baling bersama tiga orang anggota yang lain di dalam sebuah kereta peronda menuju ke Kampung Memali telah ditahan serta dikerumuni oleh lebih kurang 200 orang,” – Kertas Putih Memali 1986


Masa buat pengepungan dekat rumah Ibrahim, polis sebenarnya tak ada niat nak gunakan sebarang kekerasan. Mereka pada mulanya hanya guna cota dan gas pemedih mata, tapi bila mereka diserang hendap mereka tak ada pilihan lain selain mengunakan senjata api.



Serangan tembakan hendap telah berlaku dan dua orang anggota polis terbunuh. Lepas gagal pujuk Ibrahim dan pengikutnya menyerah diri, pihak polis terpaksa guna kereta perisai untuk rempuh pintu pagar rumah Ibrahim.



Anggota polis ketika kepung Memali. Imej dari Youtube.


Selepas tu, pihak Polis telah diserang dengan parang dan pedang oleh pengikut Ibrahim. Akibatnya ramai anggota polis cedera parah. Polis terpaksa guna senjata api untuk pertahankan diri, akhirnya Ibrahim dan beberapa orang pengikutnya terbunuh dalam kejadian tu.


enazah mereka yang terkorban. Imej dari bicara.news.

Tapi dekat sisi lain pulak, ceritanya sedikit berbeza.


Kematian Ibrahim Libya – Ikut kata pengikutnya

Ada satu dokumentari tentang Insiden Memali yang bertajuk ‘Al-Fatehah Memali’. Dalam dokumentari tu, penduduk kampung kata yang mereka dah tahu operasi polis akan berlaku kat kampung tu dan polis akan gunakan kekerasan jika perlu.



Mereka jugak kata Ibrahim disasarkan bukan sebab dia ektremis, tapi kerana UMNO Baling risau dengan pengaruh Ibrahimyang sangat popular. Sebab tu UMNO Baling fitnah dan mintak kerajaan tahan Ibrahim bawah ISA. Boleh tengok dokumentari tu kat sini:



Orang kampung tak terima laporan Kertas Putih Memali, mereka cakap polis dulu yang bertindak ganas dan ceroboh rumah Ibrahim. Satu perkara besar yang bertentangan dengan Laporan Kertas Putih Memali adalah bila orang kampung kata yang mereka sebenarnya tak ada sebarang senjata api.



Mereka jugak cakap yang sebenarnya 3000 anggota polis terlibat dalam operasi tu. Bila Ibrahim ditembak, polis mula bergerak masuk dan tembak pengikut Ibrahim.


Balu Ibrahim Libya, Imej dari norazlysuhaimi.blogspot.


Balu Ibrahim pula cakap yang polis guna gas pemedih mata terhadap orang dalam rumah, sebaliknya kerajaan dalam Kertas Putih kata yang mereka hanya guna gas pemedih mata bila mereka diserang hendap di kawasan tu.



Kesan peluru di pondok padi Ibrahim Libya. Imej dari Malaysian Insider.


Dia juga begitau macam mana polis mintak mereka serah diri (sama macam Kertas Putih), tapi dia kata yang polis buat perkara tu denganacukan pistol kat muka mereka. Ketika tu dia berada di sisi jenazah Ibrahim.



Orang kampung yang diinterviu pulak kata, mereka masih usaha dapatkan pampasan dan nak orang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Tapi…siapa yang sebenarnya bertanggungjawab?




Takde siapa yang betul-betul ingat siapa yang bertanggungjawab

Berdasarkan cerita, orang yang dianggap bersalah adalah Tun Musa Hitam yang masa tu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Sebabnya, dia yang dilihat kat parlimen dan buat pengumuman tentang insiden tu di media. Perkara ni jadi sebab Dr Mahathir masa tu dilaporkan berada di China.



Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri waktu tu. Imej dari The Malay Mail Online.

Walaupun begitu, pada 2014 dalam satu forum, Musa Hitam kata yang Dr Mahathir sebenarnya ada dalam negara sekurang-kurangnya sehari selepas Peristiwa Memali. Musa Hitam juga cakap bagaimana dia merayu kat Dr Mahathir supaya jangan tinggalkan negara untuk kawal situasi sebagai Perdana Menteri.



Tapi katanya Dr Mahathir pergi jugak keluar negara. Perkara ni dibuktikan dalam buku : A Policeman Rememberdan dalam satu artikel di The Star yang kata Dr Mahathir masih belum berada kat China masa tu.



Dr Mahathir pulak kata yang dia tak ingat kalau Musa Hitam ada mintak dia jangan ke luar negara tapi mengaku yang dia terbang ke China sehari selepas Insiden Memali.



Keratan akhbar tentang Memali oleh Musa Hitam dan Dr Mahathir masa di China. Imej dari jejarikami.blogspot

Bagaimanapun, Musa Hitam tetap anggap yang Insiden Memali adalah satu babak hitam dalam kareer politiknyadan walaupun tak bertindak sebagai Perdana Menteri masa tu, dia tetap sanggup pikul tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.



Musa mengaku yang dia suruh polis tangkap Ibrahim tapi tak mintak polis gunakan cara kekerasan.


Persoalan: Adakah kerajaan buat benda yang betul?

Itu semua bergantung kepada kita semua. Adakah kita anggap Ibrahim Libya sebagai seorang pejuang yang menentang kerajaan dan ISA atau penjahat yang mengancam keselamatan negara. Apa yang korang semua rasa?


PAS nafikan yang Ibrahim terlibat dalam kegiatan militan dan ekstremis, sebaliknya dakwa yang Ibrahim mati syahid. PAS tetapkan pendirian tu sampai sekarang. Walaupun ada yang mempersoalkan sama ada Ibrahim dan pengikutnya mati syahid atau tidak. Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) bertegas yang mereka itu mati syahid.



[size=0.9em]Ustaz Fadzil Noor tegas dalam pertahankan kesyahidan Ibrahim Libya. Imej dari pondoktauhid.blogspot.

Dalam satu debat Parlimen, isu Memali telah dibangkitkan oleh UMNO. Ahli parlimen tu dakwa yang Ibrahim dan pengikutnya tak mati syahid dan cabar Ustaz Fadzil Noor gali kubur mereka.



“Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalimnya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar.” – Ustaz Fadzil Noor, Dipetik dari pondoktauhid.blogspot


Keratan akhbar isu mati syahid. Imej dari minaq-jinggo.fotopages.

Kerajaan pulak nampaknya takde sebarang niat untuk ubah cerita mereka.Walaupun ada usaha yang nak Kertas Putih Memali 1986 ditarik balik, tapi usul tu ditolak di Parlimen pada 2014.


Walaupun ISA dah takde, tapi kerajaan gantikan dengan undang-undang lain seperti SOSMA dan POTA. Sama macam ISA, kerajaan janji takkan gunakan undang-undang ni untuk politik tapi SOSMA dah digunakan terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebab buat laporan polis terhadap 1MDB dekat pelbagai negara.




Mesti abang ni puas hati sebab ISA dah takde. Imej dari delcapo.

Jadi dengan ancaman macamIslamic State (IS), Jemaah Islamiyah (JI) dan sebagainya, diharapkan kerajaan akan lakukan sesuatu yang lebih berkesan dalam menangani ancaman – ancaman ini.


Sekarang hampir 31 tahun Insiden Memali berlalu. Sampai sekarang jugak perdebatan tentang perkara ni tak pernah selesai. Sejarah tetap sejarah dan masa tak boleh diundur. Bagaimanapun, kebenaran akan terbongkar juga akhirnya, kita jangan putus asa menunggu ke saat tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 07:02 PM | Show all posts
Nape tak hantar UTK dan culik keluar mcm buat kat DSAI?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 02:02 PM | Show all posts
ally9970 replied at 16-8-2017 07:02 PM
Nape tak hantar UTK dan culik keluar mcm buat kat DSAI?

Sebab threat level dia mungkin lebih tinggi... kan dah disyaki ada unsur militan.... rasanya yang dihantar time tu yang ramai2 tu ialah Pasukan Polis Hutan (PPH).. kalau skaran Gerakan AM la... Lagi pulak di kawasan Baling... sempadan Thailand pun dekat... mungkin pertimbangan masa tu ada kaitan dengan militan seperti Komunis... Kalau hantar UTK pun tak boleh nak buat apa2 kalau ramai yang bersenjata...
Masa Anwar Ibrahim situasi berbeza... di Kuala Lumpur maklumat lebih tepat dan keadaan terkawal. Yang berkumpul pulak walaupun taksub kepada Anwar Ibrahim tetapi dari segi pandangan Polis, mereka tidaklah bersifat seperti militan. Jadi tugas UTK nak masuk, tangkap dan bawak keluar dah memadai sbb boleh selesai dengan cepat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080037 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list