Di negara Congo ada satu pergerakan yang dipanggil La Sape singkatan dari bahasa Perancis, Société des Ambianceurs et des Personnes élégantes (dalam bahasa Inggeris "Society of Ambiance-Makers and Elegant People") yang mana lelaki2 di sana sanggup berhabis wang yang banyak untuk melaram dengan fesyen2 pakaian berjenama mewah, pengaruh penjajah Perancis.
Pengikut pergerakan ni digelar Sapeur. Mereka memperoleh kenikmatan bila dapat melaram dengan pakaian2 mahal di jalan2 berdebu, kawasan2 yang miskin dan rasa seperti seorang Raja.
Walaupun habit ni menelan belanja yang banyak lebih2 lagi di negara yang majoriti penduduknya hidup miskin melarat, namun ia tidak menghalang geng2 Sapeur ni untuk menuruti kemahuan untuk melaram dan bergaya dengan pakaian berjenama mewah dan mahal hinggakan ada yang sanggup mencuri dan sebagainya.
Pendek kata, geng2 Sapeur ni kalau ada duit yang banyak pon, mereka takkan guna untuk meningkatkan kualiti hidup, tapi akan dihabiskan dengan berbelanja untuk pakaian2 berjenama mewah kerana ia memberi keseronokan kepada mereka
ada dokumentari pasai budaya La Sape di Congo terbitan RT News. menarik juga, lucu pon ada tgk lelaki2 Congo duduk kat rumah macam jamban, tapi pakai pakaian jenama mahai Weston la , YSL etc
hmmm bagi sy ini x sekadar biar papa asal bergaya tp lebih .. escapism. realiti nya mereka masih tinggal dlm kejiranan yg serba kedaifan.sanjungan dari masyarakat setempat buat diri rasa tinggi walau hanya sementara. diorg ni stylo... good taste.lawa2 baju
Post time 21-9-2017 08:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak perlu nak gelak ke depa saja. Gelakkan ke diri kita / masyarakat kita juga. Depa simpan duit, some mencuri dan menipu utk beli suit yg ribu2. Then melawa depan orang. Seminggu sekali depa gathering Kat pekan mana2 utk showoff.
Kita di sini pun sama actually. Meminjam, berhutang utk beli handfon, bigbike, kereta. Sampai 7, 8 tahun loan utk showoff juga. Berhimpun motor besar dn kereta kancil convert mira. Wira waja cover evo18. Masyarakat kita juga kelakar dan weird. So tak perlu gelakkan mereka. Kerana kita juga ada la sape caprut versi tanah air.