CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 2

kerane kesusahan hidup miskin nelayan maleysie ini mencuri ikan negare bhumi mal

[Copy link]
Post time 23-11-2017 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Dua lagi daripada lima nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Terempa atas dakwaan menceroboh perairan negara itu sejak April lalu, selamat tiba di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, lewat petang kelmarin.

Ketibaan Mohd Firdaus Mohamad, 27, dan Mohd Zaidi Mohammad, 23, disambut dengan pelukan anggota keluarga dan sahabat handai yang sabar menunggu kepulangan mereka setelah ditahan di penjara pulau itu kira-kira tujuh bulan lalu.

Mohd Firdaus, berasal dari Kuantan, Pahang, ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata banyak dugaan yang ditempuhi ketika berada dalam tahanan antaranya terpaksa bergantung belas ehsan penduduk kampung untuk menghubungi keluarga di tanah air.

“Makan juga susah... tak boleh nak bermewah sangat. Serik dah rasanya menempuhi pengalaman ditahan di penjara, rasanya saya ambil masa juga untuk turun semula ke laut,” katanya.

Mengimbas semula kejadian ketika ditangkap pihak berkuasa Indonesia, Mohd Firdaus berkata mereka didatangi kapal peronda tentera laut negara jiran ketika sedang menangkap ikan.

“Seingat saya tekong memberitahu kami masih lagi dalam kawasan perairan Malaysia. Sebab tu ketika itu kami ingatkan kapal berkenaan adalah kapal tentera kita (Tentera Laut Diraja Malaysia)

“Tapi bila dia himpit tu terus tenteranya mengarahkan kami naik ke kapal mereka selepas bertanyakan sama ada kami dari Malaysia. Kami mula mengenang apakah nasib kami selepas ini… mula-mula tu ingat dah tak boleh balik dah dan ketika itu saya paling teringat isteri saya lah,” katanya.

Terdahulu isteri beliau, Nur Rasmaniza Erna Abd Rashir, 21, mengucapkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif yang berusaha berunding dengan pihak berkuasa Indonesia bagi pembebasan suami dan rakan-rakan.

“Bersyukur suami akhirnya dibebaskan selepas lebih tujuh bulan atas usaha Menteri Besar, sebab dah lama tak jumpa suami, hari ini rasa gugup sikit nak jumpa,” katanya yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Firdaus.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, walaupun ini pengalaman pertama ditahan di penjara, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus bergelar nelayan.

“Tapi mungkin saya ambil masa untuk kembali ke laut sebab trauma ditahan itu masih ada. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Razif yang banyak membantu kami sepanjang berada di dalam tahanan dan berusaha untuk membebaskan kami,” katanya yang berasal dari Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus.
Media sebelum ini melaporkan lima nelayan Terengganu, termasuk tekong, Abd Rashid Nik, 52, ditahan selepas didakwa menceroboh perairan Indonesia ketika sedang menangkap ikan.

Sebelum ini, dua daripada mereka iaitu Fadli Jaafar, 41, dan Abdul Halim Nik, 43, telah dibebaskan pada bulan Mei lepas, diikuti Mohd Firdaus dan Mohd Zaidi manakala Abd Rashid Nik masih ditahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2017 11:12 AM | Show all posts
quote yang menarik punye




Tapi bila dia himpit tu terus tenteranya mengarahkan kami naik ke kapal mereka selepas bertanyakan sama ada kami dari Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:50 PM | Show all posts
tenggo replied at 23-11-2017 03:12 AM
quote yang menarik punye

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku manuskrip kuno...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat ummah tolol goblok gagal total keturunan babu pelacur henjutan Belanda...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.082446 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list