Sumber: sosialisalternatif.org
Agama Islam adalah syumul. Ini bermakna seluruh aspek kehidupan ada tatacara dan garis panduan yang telah ditetapkan sama ada berlandaskan Al-Quran atau hadis sahih. Namun begitu, ada segelintir pihak berpendapat ianya tidak cukup. Contohnya pada sistem ekonomi popular seperti sekarang iaitu sistem ekonomi kapitalis. Persoalan yang popular adalah, Islam mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, betul ke?
Sumber : manjaddawajadaa.wordpress.com
Terdapat banyak pendapat yang mengatakan sedemikian. Ini bermakna, ya. Islam tidak mempunyai prinsip seperti kapitalis. Islam mempunyai konsep muammalah atau perniagaan yang terperinci berserta garis panduan yang wajib dipatuhi.
Muammalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti urus niaga, pinjam meminjam, sewa menyewa dan sebagainya. Ianya lebih kepada panduan sistem ekonomi sebagai alat meneruskan kehidupan. Itu tidak salah.
Pepatah Arab ada menyebut,
"Mann jadda wajada, man zara'a hasada, man yajtahid yanjah," bermaksud;
"Sesiapa yang berusaha (insyaallah) akan mendapat apa yang diusahakan, sesiapa yang bercucuk tanam (insyaallah) akan menuai hasilnya, sesiapa yang berusaha (insyaallah) akan beroleh kejayaan,"
Terang dan jelas bahawa fitrah manusia akan berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh walaupun perjuangan dalam menuntut survivaliti pada masa kini.
Antara cerita popular yang sering dikaitkan dengan kisah 'kapitalis' ekonomi mengikut islam adalah cerita salah seorang sahabat Rasullullah S.A.W semasa peristiwa Hijrah. Ada seorang sahabat bermana Abdul Rahman Al-Auf yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Beliau telah dipersaudarakan dengan Sa'ad bin Rabi' al-Ansari.
Melihat saudaranya datang berhijrah tanpa sebarang harta, Sa'ad bin Rabi' al-Ansari tanpa segan-silu terus membahagikan separuh dari keseluruhan hartanya kepada Abdul Rahman al-Auf. Jika kita lihat dari sudut ekonomi dalam jangka masa pendek, ianya mewah. Tetapi pada ketika itu Abdul Rahman al-Auf menolak pelawaan itu dan memindata saudara barunya Sa'ad supaya menunjukkan dimana letaknya pasar dalam kota Madinah. Abdul Rahman al-Auf telah menjadi salah seorang peniaga yang berjaya dan sekaligus memecahkan monopoli orang Yahudi di Madinah.
Sumber: www.tv14.my
Cerita ini adalah simbol kepada sistem ekonomi berlandaskan Islam. Jadi, adakah Islam sendiri mengamalkan sistem kapitalis atau memberi peluang kepada semua orang untuk berjaya juga?
Mari kita fikirkan bersama dan renungkan, apa yang kita telah lakukan untuk diri kita dan ummah segajat? -CARI |