Hujung tahun banyak perkara yang berlaku antaranya musim cuti sekolah, sambutan Krismas dan tidak lupa kepada kaki shopping. Namun ada beberapa perkara lain yang menjadikan tahun baru sabutan yang dinanti-nantikan orang di dunia. Dibawah adalah senarai yang terbaik untuk dibaca berkenaan dengan perangai dan tradisi pelik manusia pada tahun baru.
Pecahkan pinggan
Foto: laman-seri.blogspot.my
Sepanjang tahun di Denmark, kebanyakan orang akan mengumpulkan pelbagai bentuk pinggan yang tidak digunakan, tapi untuk apa? Pecahkan pinggan-pinggan tersebut dengan membalingkannya kearah pintu jiran-jiran. Jangan baling pada suami sendiri lepas kantoi kesan lipstick sudahlah.
Bakar orang-orangan
Foto: infospesial.net
Kebiasaanya berlambak kita tengok orang-orangan di kampung-kampung mahupun di sawah. Ia digunakan untuk menakutkan haiwan perosak tanaman, namun di Ecuador lain pula ceritanya. Mereka membakar orang-orangan yang disumbat kertas dan jerami padi untuk meyambut tahun baru. Ada juga yang membakar foto yang diambil pada tahun sebelumnya sebagai tanda buang sial.
Seluar dalam berwarna
Sumber: mynewshub.cc
Di beberapa tempat Amerika Selatan, ada tempat yang mengaitkan warna seluar dalam yang dipakai pada malam tahun baru sebagai lambang apa yang akan mereka capai pada tahun hadapan. Merah bermakna akan mendapat cinta, emas sebagai tanda kekayaan dan putih melambangkan ketenangan. Itu pada yang pakai, pada yang tak pakai apa pula maknanya ye?
Bunyikan 108 loceng
Sumber: livejapan.com
Jepun pula mereka membunyikan 108 loceng sejajar dengan kepercayaan masyarakat Budha yang sebagai aktiviti penyucian. Senyum pada awal tahun baru juga melambangkan nasib yang baik akan menimpa kita pada tahun hadapan.
Festival Takanakuy
Sumber: astroawani.com
Seronok kan kalau dapat perasaan 0-0 pada awal setiap tahun baru dan bukan setakat bermaaf-maafan di hari raya. Di sebuah pecan kecil di Peru, mereka bertumbuk antara satu sama lain untuk menyelesaikan persengketaan pada setiap hujung tahun. Huish, kalau kita di Malaysia mesti siap bawak kunci stereng sekali untuk pukul orang, tak begitu?
Lempar duit syiling
Foto: indiatoday.intoday.in
Kaya juga orang Romania ye. Mana tidaknya kerana setiap hujung tahun mereka akan melembarkan duit syiling kedalam sungai sebagai simbolik untuk mendapat nasib baik. Siapa pula yang bersihkan sungai tu lepas bahan buangan duit syiling tu ‘mencemari’ sungai?
Duit syiling dalam manisan
Foto: justcallmechris.blogspot.my
Soal kebersihan mungkin boleh diketepikan orang Bolivia apabila makanan manisan seperti kek dan lain-lain mempunyai duit syiling didalamnya. Kepada sesiapa yang nyaris-nyaris tercekik duit syiling tersebut, mereka dikatakan bernasib baik untuk tahun berikutnya. Iyelah, ‘nyaris-nyaris’ memang bernasib baik.
Upacara lempar bedak
Foto: dbaparthotel.com
Ini mungkin sambutan tahun baru yang wangi dalam dunia kerana di Thailand, mereka akan bersama-sama melemparkan genggaman bedak antara satu sama lain. Bukan bedak sahaja, mereka akan melemparkan air antara satu sama lain. Kita di Malaysia lempar tepung dan air ketika sambutan hari lahir rakan-rakan sepanjang tahun. Eloklah, esoknya boleh buat cucur.
Bermalam di tanah perkuburan
Foto: scoopvibe.com
Di Chile, ada segelintir rakyatnya akan bermalam bersama-sama orang yang tersayang dan si mati di kuburan. Kita di Malaysia tak tidur pada malam tahun baru tetapi berpesta di dataran sambil menunggu ambang tengah malam dan ditemani bunga api dan sekatan jalan raya oleh polis yang bersepah.
Berbisik dengan lembu
Foto: jonpaulwrites.com
Kalau kita di Malaysia ni boleh dianggap gila kerana penternak di Romania, mereka cuba untuk berkomunikasi dengan haiwan ternakannya seperti lembu. Kalau mereka Berjaya bermaknya tahun hadapan adalah tahun yang akan mendatangkan nasib baik
Apa agaknya yang anda lakukan pada tahun baru ini selain penetapan azam yang tak dicapai pada tahun sebelumnya? Kongsikan dengan kami sekarang. -CARI |