CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 4

(Video) Sabung Nyawa Meniti Tebing Jambatan Rosak. ,Mana YB??

[Copy link]
Post time 2-1-2018 11:37 AM | Show all posts |Read mode



2 Jan - Hari ini telah tular satu video yang berdurasi selama dua minit yang menunjukkan seorang ayah dan anak lelakinya terpaksa menyabung nyawa melalui sebuah jambatan rosak untuk pergi ke sekolah.

Rakaman video yang menunjukkan seorang bapa memimpin anaknya meniti sebuah Jambatan rosak dengan air sungai bergerak laju di bawahnya itu dikatakan terletak di Kuala Lipis, Pahang telah menimbulkan rasa takut dan simpati netizen.

Berdasarkan kemaskini di laman Facebook ibu murid berkenaan, Puan Siti Zaharah, jalan darat yang dipanggilnya 'jalan belakang' telah dinaiki air akibat banjir menyebabkan kenderaan tidak boleh melalui.





Menurut kepsyen yang ditulis, anaknya yang baru memulakan sesi persekolahan itu semangat hendak ke sekolah menyebabkan suaminya terpaksa menggunakan jambatan berkenaan untuk menghantar anaknya ke sekolah.







Ada netizen yang melahirkan rasa simpati, dan ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana membahayakan nyawa.

Apapun diharapkan pihak berwajib dapat memberikan sedikit perhatian tentang perkara ini kerana dikatakan jambatan gantung ini merupakan laluan utama mereka melintas kerana merupakan jalan yang paling dekat berbanding jalan darat atau jalan belakang yang agak jauh. - Siakapkeli.my





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 12:06 PM | Show all posts
kisah terpencil di negeri kelantan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:17 PM | Show all posts

ada ternampak jugak tadi di pesbuk. katanya di jawa barat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:18 PM | Show all posts

kalau di jawa barat ada umno mesti tak ada jambatan macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:23 PM | Show all posts
bahaya la...
better jauh dr bahaya...
huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035865 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list