|
Korang masih berhutang? di era yang mencabar ni apa plan untuk keluar dari masal
[Copy link]
|
|
betul tu..ni aku umo da 30 tahun ade xsmpai beribu pun simpan..bila ade duit ade je nak digunanya..hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Paling penting elakkan kad kredit. Ni yg biasanya buat anak-anak muda muflis. Berhutang is a big NO. Itu pesan mama kat anak-anak.
Belanja ikut keperluan. Beli sesuatu pun ikut keperluan sementara baru nak bertatih-tatih hidup ni. Tak usah bak melaram kereta besar/canggih/hebat. Pakai aje kereta mana yg ada.
Tak usah nak cari gym/dewan berbayar utk bersukan. Cari rumah sewa yg dah siap ada gym/dewan/taman rekreasi terus. Kalau yg ada wifi free pun lg elok. Memang berlambak-lambak taman perumahan kasi free facilities skrg ni which is memang boleh sgt berjimat.
Msk sendiri. Share dgn kawan-kawan serumah. Kalau tak pun blk rumah mama aje
Simpanan wajib ada. Memang dah bukak akaun siap-siap utk mrk. Skrg ni diorg top up aje duit gaji diorg dlm ASB dan PRS (ni memang duit mati; masuk memang tak kekuar). Kalau utk simpanan kecemasan kami ajar diorg simpan dlm akaun ASB2.
Byk lagi cara berjimat. Apa yg blh claim, pastikan buat. Cthnya beli buku, oeralatan sukan, komputer/tablet simpan resit utk perlepasan Byk lagi, blh tujuk website LHDN.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
loan untuk amount besar sahaja kereta, rumah. lain2 pls dont
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha..ha...tak de la nikmat berkeluarga macam tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama la..pokok pangkalnya..jangan sesekali dengki pada rezeki orang lain kan. Bersyukur atas apa yang ada..dan sentiasa berusaha...Sama la dengan iols dulu. Masa anak kecik berderet..hidup memang bercatu. Dengan nak bayar yuran tadika anak saja dah beribu.. Tapi InsyaAllah..orang cakap, langit tak sentiasa mendung. Suatu hari nanti, mesti ada sinar bahagia untuk kita...bahagia dengan cara kita la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah disaman kerana penggunaan kredit card yang melampau, melalui pengalaman peribadi saya buat cara ini untuk restructure hutang :
1. Buat pinjaman koperasi untuk selesaikan hutang kad kredit,
2. Bayar loan pinjaman koperasi melalui Angkasa (tolak gaji),
3. Jangan buat hutang baru.
4. Jaga bayaran hutang jangan sampai lambat bayar atau tertunggak sekurang-kurangnya 2 tahun.
5. Bila hutang koperasi tinggal sedikit, buat pinjaman peribadi Bank Rakyat (interest rendah) untuk selesaikan baki hutang koperasi dan kereta.
6. Baki pinjaman peribadi (RM10,000.00) saya melabur di Unit Trust. Parked lebih kurang 8 tahun dapat selesai bayar pinjaman peribadi.
7. Bila track record pinjaman cantik, saya buat pinjaman perumahan.
8. Sambil tu buat side income jadi agent Unit Trust.
9. Baru tahun lalu saya tutup 3 kad kredit saya dan tinggalkan 1 sahaja untuk kecemasan.
10. Bila dah ada kereta dan rumah sendiri, maintain hutang yang ada, jangan buat hutang baru.
Morale of the story :
+ Apa pun kena consistent bayar hutang.
+ Jangan jolly katak dengan pinjaman peribadi.
+ Buat side income.
+ Jangan bergantung kepada gaji.
+ Jangan guna kad kredit berlebihan dan tak terkawal.
+ Jaga track record dengan bank.
Saya buat cara ini dan sekarang saya hanya ada hutang rumah sahaja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. rumah
2. kereta (lg 3 thn nk bebas hutang)
3. ASB (dividen sy ambik utk holiday, belanja family parents)
tips:
1. belanja berhemah
2. kurang mkn luar
3. wayang sbln sekali je
4. main kutu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKPK ni utk mana2 penghutang yang belum muflis/bankrap.
Biasanya jika penghutang dah paras2 hidung, sesak nak bayar mcm2 hutang. Syaratnya kenalah bukan muflis, ada pendapatan positif.
Positifnya: AKPK akan jadualkan semula hutang (peribadi, kad kredit, kereta dan perumahan). Bagusnya skrg AKPK dah boleh jadualkan utk hutang perumahan dgn bank2 terpilih, dulu takde. Tetapi LPPSA (loan gomen) tak boleh. Bank sahaja. Satu lagi, pengutip hutang/ bank dah tak boleh kacau kalau kita sebut dah masuk bawah AKPK.
Negatif: Tak boleh buat loan selagi dlm program DMP AKPK, tetapi bergantung juga dgn bank. Kalau dia nk bgi pinjam boleh je. Lagi satu, jangan sekali-kali lewat atau terlepas bayar waima satu bulan sekalipun, sebab jika gagal, automatik akan dikeluarkan dari program ini dan bank boleh kacau serta ambil tindakan undang2. AKPK dah tak nak masuk campur lagi. Sekali peluang sahaja DMP ini. Program AKPK masih boleh ke luar negara.
Utk yang dah muflis, AKPK tak boleh bantu, terus diletakkan di bawah Insolvensi Malaysia. Semua akaun bank dibekukan, hanya satu akaun bank akan dibuka dan dipantau oleh Insolvensi. Insolvensi yg akan jadualkan bayaran bulanan penghutang. Tak boleh keluar negara, jika nak melaksanakan haji kena dapat kebenaran bertulis Insolvensi.
Macam tu lah. Pd saya beruntung jadi rakyat Malaysia sebab satu2nya negara yg bantu rakyatnya dengan program AKPK ni, jadi tak ramai rakyat akan muflis/bankrap. Negara lain, pandai-pandailah nak hidup.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah..info yang sangat bermanfaat..tq. Memang untuk duduk kat Malaysia ni. Macam2 kemudahan ada. Bergantung kepada kita nak appreciate ke tak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...dah settle semua hutang piutang kad kredit. Hari tu dapat loan asb. Clearkan 2/3. Lps tu bayar bulan yang lebihnya. So bulan ni i dah clearkan semua hutang. Lega sikit..walaupun gaji dah nak kena potong bulan depan. Stay positif...kena cari jalan lain pulak untuk tambah pendapatan..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya, banyak sebenarnya sumbangan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia, tetapi sebilangan rakyat tak pernah nak bersyukur, tahu kritik memanjang. Bila duduk luar negara baharu tahu langit tinggi rendah.
Satu lagi, guna taktik ni kalau nak sertai program AKPK. Selalu bangsa selain Melayu akan buat (bangsa ni memang pintar geliga otaknya dan sentiasa akan ambil kesempatan dan manfaat yang boleh):
Contoh taktik:
- Buat loan peribadi maksimum, belanja kad kredit maksimum, buat loan perumahan, buat loan kereta, lepas tu "serah diri" pada AKPK. Jadi katakan jumlah hutang bulanan RM 3000.00, AKPK akan jadualkan kepada RM 1500 +- (ada kiraannya). Jadi memang lapang rasa hati sebab semua benda penting dah buat. Lepas join DMP AKPK, kalau tak dapat buat loan pun dah tak kisah. Baki di tangan yg ada tu boleh simpan ke, ada juga yg pergi melancong pun.
Cuma sayangnya bangsa Melayu paling banyak sikap takut dan malu nak jumpa AKPK, sanggup sampai diisytiharkan muflis. Yang susah dan merana diri sendiri juga.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Minta derma pak arab.Senang2 dapat 2.6 bilion .Kaya beb |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..tak pernah terfikir pun macam ni. Info yang sangat berguna ni. Kebarangkalian permohonan kita akan diluluskan tinggi tak? Ke dia tengok pada gaji kita jugak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rykall at 9-6-2020 04:33 PM
Program DMP AKPK ni syaratnya mudah saja:
1) Kena isi online AKPK (DMP);
2) Nanti AKPK akan panggil ikuti taklimat/ceramah Pengurusan Kewangan;
3) Lepas tu temubual dgn pegawai AKPK di AKPK Bank Negara Pusat / Cawangan;
4) Masa temubual tu ceritalah semua segala segi hutang piutang dan lampirkan semua dokumen dengan lengkap;
5) Syarat kelulusan:
(a) Mesti mempunyai sumber kewangan positif (maksudnya sedang bekerjalah, tak kerja memang susah nak dapat);
(b) Belum muflis/bankrap;
(c) Hutang merangkumi personal loan, kad kredit, untuk perumahan dan kereta bagi bank2 terpilih sahaja sebab AKPK ni agensi di bawah Bank Negara Malaysia, Koperasi, Along, LPPSA tidak termasuk dlm program AKPK, utk Along kena minta bantuan PPIM; dan
(d) Belum dapat surat mahkamah.
6) Masa temubual tu kena nyatakan serba-serbi dengan lengkap. Inshaa Allah boleh lulus sertai DMP AKPK, kebarangkalian tak lulus sebab pernah sertai AKPK dulu dan gagal patuh syarat bayar bulan2, atau pegawai AKPK tengok pemohon ni nampak macam tiada masalah, saja2 nak sertai, tapi masa nilah pemohon kena berterus-terang dan nyatakan masalah dgn jelas;
7) Nanti akan keluar emel tawaran, maka dgn rasminya pemohon berjaya sertai DMP AKPK dan tunggu jerlah arahan bayar bulan2 pd AKPK sampai habis loan 10 tahun tu.
Bank memang kalau boleh tak nak pemohon sertai DMP AKPK sebab bank rugi kadar faedah sebab AKPK akan kurangkan faedah bank. Jadi kalau rasa 2 masa negotiate dgn bank tak jalan/ bank bagi pengurangan rendah, terus jer redah AKPK (tak rugi pun bagi yang dah lengkap semua hutang).
AKPK akan selaraskan hutang bulanan menjadi satu sahaja utk selama 10 tahun (maksimum). Jadi masa prgram ini andaikata tiba2 banyak duit lebih, boleh bayar terus pd bank untuk selesa loan cepat, tetapi ansuran AKPK kena maintain bayar bulan2, gagal sebulan terus dikeluarkan program ini tanpa maaf.
Jangan tak percaya pula sebab contohnya ada kes pemohon biasa bulanan hutang dia dalam RM 3500.00. Bila sertai program DMP AKPK ni hanya bayar dlm RM 600 sahaja. Jadi banyak dpt lebihan duit utk simpanan.
Kalau rumah nak kena lelong, pun boleh jumpa AKPK utk bantuan selamatkan dari kena lelong.
Ingat AKPK bukan pemberi pinjaman duit tetapi pemudah cara dgn bank untuk rundingan selaraskan semula ansuran bulanan menjadi rendah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak ada masalah, boleh tak @rykall buat satu tread khas untuk AKPK ni..sure ramai yang boleh dapat manfaat dari tread ni. Tadi saya dah pm rykall pasal ni...TQ
|
|
|
|
|
|
|
|
budak2 muda zaman sekarang ni semuanya peer pressure...tengok kawan2 ada iphone, kereta mewah, pakaian mahal2, etc...nak salahkan depa pun takleh, zaman business semua benda pasti nak jual...manusia lain yg create manusia jadi spender...if nobody spend, mcm mana ekonomi nak berkembang?
so the best thing to do is be practical, buy stuff best on needs and not desire..when you have more money, you can indulge in more expenditure...
tak salah nak membeli benda2 kegemaran hati, tapi kena ukur di badan sendiri...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih adakan topik ni. Aku sekarang loan rumah je la. Masalah sekarang ni tengah unpaid maternity leave. Memang tak bergaji sampai bersalin. Agak agak bank boleh tolong reduce tak monthly payment tu.
1) aku tak menetap di Malaysia
2) Rumah belum dapat VP lagi, selama ni dok bayar interest sahaja. Nasib baik dapat morotorium sampai October.
Kalau ada info, tolong kongsi ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|