Hanya dalam tempoh lima jam, empat kegiatan pengedaran minuman keras seludup tumpas dalam serbuan di Lembah Klang membabitkan rampasan berjumlah RM558,000 termasuk cukai.
Serbuan dilakukan Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) dengan kerjasama Cawangan Narkotik Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi pada 24 November lalu.