CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 1

Kisah Sedih Keluarga Tinggal Dalam Kereta Dapat Perhatian Ebit Lew - FMT

[Copy link]
Post time 26-12-2020 09:17 AM | Show all posts |Read mode

Pendakwah dan dermawan Ebit Lew Ebit membantu Ganesh Soundarajah bersama isteri dan tiga anak di Pulau Pinang.


PETALING JAYA: Kisah lima sekeluarga menjadikan kereta sebagai rumah, menumpang mandi di tandas awam serta mengalas perut dengan roti kosong pemberian orang awam mendapat perhatian pendakwah selebriti dan dermawan Ebit Lew.

Ebit berkata, beliau sendiri hadir untuk bertemu dengan Ganesh Soundarajah bersama isteri dan tiga anak perempuan mereka di Pulau Pinang bagi membantu dan menghulurkan sumbangan.

“Menangis sebak, semalam semasa di Johor Bahru, terbaca mengenai Ganesh dan isterinya serta 3 anak kecil tidur selama 8 bulan dalam kereta.

“Mandi di tandas awam. Kerja sebagai pengawal keselamatan, malam bawa keluarga tidur dalam kereta.

“Rumah mereka terbakar pada bulan April, semua habis musnah. Sedihnya rasa, saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Ebit, beliau turut membantu menyediakan rumah sewa yang lebih selesa dan mempunyai 3 bilik.

Katanya beliau turut membayar sewa rumah itu untuk sebulan, sementara menunggu mereka mendapat rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Sudah dua kali mohon, semenjak rumah terbakar. Tetapi jika mereka terus ingin di situ, saya akan terus bayarkan (sewa) dengan gembira.

“Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, dapur, kipas, katil saiz ‘queen’, katil bujang dan duit belanja,” katanya.

Katanya, beliau gembira dapat melihat senyuman anak-anak Ganesh.

“Tidak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya, ‘kenapa banyak sangat ustaz’. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa,” katanya.

Semalam FMT melaporkan Ganesh, bersama keluarga kecilnya itu tidak mempunyai pilihan selain tinggal di dalam kereta kerana tidak mampu membayar deposit untuk sebuah bilik atau rumah.

Isterinya Parameswari, pula hanya mampu memberi anak-anak dengan air kopi, tetapi menganggap mereka “bernasib baik” apabila ada orang awam mendermakan roti kosong untuk dimakan dengan air kopi atau air suam.

Pada hari-hari yang “lebih baik”, Ganesh memasak nasi dengan sedikit garam sebagai perasa atau mee segera untuk keluarganya.

Aktiviti mencuci pakaian dan mandi dilakukan di tandas awam dan pakaian dijemur di kaki lima.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah! Pertolongan tanpa batasan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045136 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list