Fesyen terkini dengan gaya yang pelbagai, kadang-kadang tak semua dapat menerimanya. Masing-masing ada citarasa gaya tersendiri. Bagi sesetengah orang mementingkan gaya terkini biar nampak tidak sesuai dengan mereka, namun ada juga yang lebih pentingkan keselesaan.
Namun lain pula halnya dengan beberapa foto tular cable tie dijadikan aksesori ini. Menerusi foto yang dikongsikan oleh satu laman Facebook ini memaparkan gelang dan cincin seakan cable tie dengan beberapa pilihan warna.
Dipaparkan model lelaki yang mengayakannya, rekaan aksesori cable tie tersebut sememangnya nampak sama seperti cable tie yang digunakan orang ramai untuk mengikat sesuatu. Malah perkara ini turut diakui warganet selepas menyaksikannya di perkongsian berikut:
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register