Amira Natasha bersama ibu dan bapanya menaiki kereta untuk ke rumah Sufi. Ketika tiba di rumah Sufi, kelihatan orang kampung sudah memenuhi ruang di dalam rumah. Bapa Amira Natasha, Dato’ Amin duduk bersama-sama orang-orang kampung lelaki manakala Amira Natasha mengikut ibunya untuk ke dapur. Rumah Sufi agak kecil berbanding dengan rumah mereka. Semuanya dalam keadaan sederhana dan bersih. Amira Natasha belum nampak kelibat Sufi. Ralit melihat ruang dalam rumah Sufi menyebabkan Amira Natasha ditinggalkan ibunya. Ketika melalui sebuah bilik, pintu bilik itu dibuka dan muncul Sufi di balik pintu bilik. Amira Natasha tersentak begitu juga Sufi.
Pandangan mereka bertembung. Terasa getaran di hati masing-masing. Mata Sufi sedikit bengkak. Kemungkinan banyak menangis.
"Tasha baru sampai? Abang minta maaf tak dapat hantar Tashah tadi. Dan terima kasih untuk hari ini. Abang rasa sedikit kuat. Abang redha ketentuan Ilahi." Bergetar suara Sufi berkata-kata menahan sebak.
"Takpe abang, tak jauhpun rumah saya. Saya yakin abang kuat. Saya ke dapur ye abang." Sufi menghadiahkan senyuman manis kepada Amira Natasha. Apanbila memandang Amira Natasha, baginya suatu rahmat yang tidak terhingga. Bebanan yang dirasai sedikit menjadi ringan.
Setelah selesai tahlil, Amira Natasha bersama ibunya menunggu Dato’ Amin di tepi kereta. Kelihatan Sufi berjalan bersama Dato’ Amin menuju ke arah Amira Natasha dan ibunya. Kedengaran nasihat bapanya kepada Sufi.
"Sufi anggap ja saya ni macam ayah Sufi. Jangan nak segan-segan. Jika kami ajak makan sekali, Sufi mesti datang. Jika ada masalah, jangan nak tanggung sorang-sorang. Oh ya, ini Amira Natasha."
Amira Natasha berdoa agar Sufi tidak memberitahu yang mereka saling mengenali dan menceritakan apa yang berlaku hari ini.
"Hai, saya Sufi." Amira Natasha menarik nafas lega.
"Hai, saya Amira Natasha Natasha. Takziah saya ucapkan." Sufi angguk dan senyum kepada Amira Natasha.
-------------------------------
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mata Amira Natasha masih belum mahu lelap. Lalu dia bangun dan memetik suis lampu meja belajarnya. Diarinya di capai. Terasa ingin menulis sesuatu.
12 July 2002.
Kenapa wahai hati, Kau seolah menari-nari di dalam jiwa, Janganlah rancak menari wahai hati, Tapi sungguh wahai hati, Aku terpaut dengan ketenangannya, Aku terpikat dengan senyumannya, Apakah hatiku sudah dicuri? Lemahnya jiwaku rasa, Di minda aku ingin melihatnya lagi, Pandangannya ke mata sudah jatuh ke hati, Apakah ini cinta?
"Eh, aku ni dah kenapa?" Terus diari ditutup dan di simpan. Amira Natasha merasa lain macam dengan dirinya sendiri. Akhirnya Amira Natasha terlelap ditemani mimpi indah. Di dalam Amira Natasha, Sufi memegang tangannya dan mereka berlari-lari bersama di tepi pantai yang sangat cantik. Muka mereka berdua berseri-seri sekali. Mimpi indah Amira Natasha diganggu dengan ketukan di pintu biliknya. Bila di tengok jam, sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Sudah terlajak tidur dia sebenarnya. Terlepas subuh. Di luar bilik ibu Amira Natasha bercekak pinggang melihat anak daranya yang malas. Amira Natasha terus mencapai tuala sambil tersenyum kepada ibunya.
"Dekat hostel malas yang macam manalah agaknya. Nak kena ni." Amira Natasha terpekik berlari apabila ibunya ingin mencubitnya. Cubitan ibunya memang berbisa. Senang Datin Roziah melihat anaknya yang makin meningkat dewasa. Demi masa depan anaknya, dia terpaksa berjauhan dari anaknya.
Dari enam orang anaknya, Amira Natasha mempunya karakter yang berbeza dari kakak, abang serta adiknya. Amira Natasha seorang yang berani dan ingin cuba sesuatu yang baru. Sifat cerianya adalah sebab dia disayangi oleh adik-beradik yang lain. Amira Natasha juga rapat dengan anak saudaranya. Kakak pertama Amira Natasha sudah bersuami dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang sungguh comel. Kakak keduanya juga sudah bersuami dan belum dikurniakan anak. Manakala abangnya masih belum berkahwin. Amira Natasha adalah anak yang keempat. Kedua orang adiknya masih bersekolah.
Amira Natasha berasa begitu lega sebab dia baru sahaja habis peperiksaan. Hanya tinggal 1 semester saja lagi untuk dia bergelar graduan. Cuti semester selama sebulan dia hanya akan merehatkan minda di kampung. Sudah seminggu berlalu sejak Amira Natasha berjumpa Sufi. Dalam diam, Amira Natasha ingin lagi sekali berjumpa dengan Sufi. Amira Natasha terasa rindu melihat senyuman pemuda itu. Hatinya senang bila asyik mengenangkan Sufi.
"Mak Tih, jom la jalan-jalan." Lamunan Amira Natasha terhenti apabila anak buahnya, Amin yang berumur 5 tahun mengajaknya jalan-jalan. Adiknya Syazwani yang berumur 4 tahun menunggu riaksi Amira Natasha. Kedua beradik tu berharap sangat Amira Natasha melayan mereka bermain.
"Ok Jommmm." Bila saya Amira Natasha bersuara, melompat-lompat kedua beradik tu kesukaan. Gembira Amira Natasha melihat keletah dia beradik tu. Mereka comel, manja dan cerdik.
"Ok, pegang tangan Mak Tih jangan lepas. Kedua-dua belah tangan Amira Natasha di capai Amin dan Syazwani. Amira Natasha berjalan ke arah sawah padi terbentang indah di belakang rumahnya. Suasana petang sangat mendamaikan.
"Tengok padi ni, dah masak ni. Dah boleh tuai." Amira Natasha bercerita kepada kedua-dua anak buahnya.
"Boleh makan dah Mak Tih?" Pertanyaan Syazwani mengelikan hati Amira Natasha.
"Bukan sayang, padi nilah beras yang kita makan nasi tu. Padi ni dituai dengan jentera, kemudian di hantar ke kilang untuk diproses menjadi beras. Dan akhir sekali, boleh la kita makan nasi.” Amira Natasha yakin mereka paham apa yang ingin disampaikan olehnya.
“Ohhhh..” Serentak kedua-duanya bersuara.
Amira Natasha duduk di tebing tali air. Tenang melihat air yang mengalir tenang, setenang jiwanya. Dia membiarkan anak-anak buahnya bermain sesama mereka. Dia hanya memastikan mereka tidak jauh darinya.
"Ehemm.." Amira Natasha terkejut apabila seseorang berdehem di belakangnya. Rupa-rupanya Sufi.
"Terkejut saya." Ucap Amira Natasha panik.
"Tasha buat apa?" Senyuman yang sama dalam mimpi Amira Natasha. Senyuman yang Amira Natasha ingin lihat selama seminggu itu. Pemilik senyuman itu dihadapannya sekarang. Setelah sedar dia ralit memandang Sufi cepat-cepat dipandang ke tempat lain.
“Saya teman anak buah jalan-jalan.” Sufi duduk di sisi Amira Natasha. Jarak mereka lebih kurang 2 meter antara satu sama lain. Sesekali Sufi menjeling ke arah Amira Natasha. Sufi bersyukur dapat bertemu Amira Natasha lagi. Amira Natasha seolah-olah mengubat kedukaan ke atas kematian ibunya. Setiap kata-kata Amira Natasha dirakam sehingga ke lubuk paling dalam di hatinya untuk dijadikan pertahanan supaya hatinya kuat dan tabah. Dalam masa yang sama, Sufi menyimpan perasaan kepada Amira Natasha.
"Bila Tasha habis study?" Sufi bertanya.
"Err..lagi 1 semester lagi jer." Jawab Amira Natasha. Amira Natasha sedikit gemuruh.
"Tasha plan nak sambung study atau terus kerja?" Sufi bertanya lagi.
"Kenapa lah panggil aku Tasha. Macam pelik pula. Orang lain Amira Natasha, Mira. Ini Tasha pula." Amira Natasha menggomel di dalam hati.
"Tasha." Panggil Sufi.
"Oh sorry, berangan pula..hehehe." Sufi ketawa kecil dengan tingkah Amira Natasha.
"Saya ingat nak kerja terus. Bagi saya, pengalaman yang penting dari study tinggi-tinggi. Sambung sehingga degree, master semua tu perlu duit yang banyak. Nanti kesian ibu dengan abah nak kena tanggung saya. Saya rasa nak cepat-cepat tanggung mereka pula." Sufi mengangguk paham. Dalam diam dia bersetuju dengan Amira Natasha. Sufi kagum dengan Amira Natasha yang memikirkan ibu dan pada.
"Abang ok ke?" Tanya Amira Natasha sambil memandang tepat ke wajah Sufi.
"Ya, abang sangat ok kalau bersama Amira Natasha.”
Sufi memandang Amira Natasha untuk mencari riak muka Amira Natasha. Riak muka Amira Natasha sangat ketara. Amira Natasha seolah tersentak dan jantungnya berdegup laju. Tangisan Syazwani menghentikan getaran jantung Amira Natasha. Terus Amira Natasha berlari mendapatkan Syazwani yang kakinya tersangkut di dalam lumpur. Terus digendong untuk menenangkan anak buah kesayangannya itu.
"Meh sini, pakcik basuh kaki tu." Sufi mengambil Syazwani dalam dukungan Amira Natasha. Sufi menuju ke tali air dan segera membasuh kotoran di kaki Syazwani. Gembira tak kepalang bila terkena air. Akhirnya Sufi duduk di tebing tali air dan membiarkan kaki Syazwani terkena air. Menjerit-jerit dia kesukaan. Melihat adiknya keseronokkan, terus si abang ingin melakukan perkara yang sama. Akhirnya Amira Natasha duduk di sisi Sufi dan memegang Amin. Keceriaan dua beradik itu begitu membangkitkan suasana. Sufi tersenyum memandang Amira Natasha. Petang berganjak senja. Langit berwarna keemasan. Kumpulan burung berterbangan mahu pulang. Dingin angin senja sangat nyaman sekali.
"Jom kita balik." Arah Amira Natasha kepada anak-anak buahnya. Kedua-dua beradik itu mendengar kata.
"Ok abang, saya balik dulu. Bye." Amira Natasha meminta diri.
"Abang...abang." Amira Natasha menunggu dengan sabar apa yang ingin dicakapkan oleh Sufi.
"Abang rindu Tasha." Ayat yang ditahan-tahan oleh Sufi akhirnya terkeluar. Bagai nak runtuh jantung Amira Natasha. Lidahnya terkelu. Memang perasaan itu juga dirasai Amira Natasha. Tapi Amira Natasha bukan jenis terus terang seperti Sufi.
|