View: 2678|Reply: 11
|
[Edisi Khas] Terima Kasih Frontliners !!!
[Copy link]
|
|
Edited by adila39 at 25-5-2021 02:30 PM
Bencana LRT Semasa Pandemik
Semasa pandemik, hospital-hospital di seluruh Malaysia bergelut dan berhempas pulas untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid saban hari. Apabila, saya masuk untuk bekerja pada pukul 10 malam di Jabatan Kecemasan & Trauma HKL, saya dikejutkan dengan berita bahawa terdapat insiden dua gerabak transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung di terowong berhampiran KLCC.
Terdapat 213 orang penumpang dalam gerabak tersebut. Sebelum saya masuk, terdapat 3 pakar Kecemasan yang bertugas iaitu Dr Nurul Liana, Dr Azman dan Dr Khairul Izwan. Kejadian dikhabarkan berlaku pada pukul 8.33 malam.
Kira-kira setengah jam sebelum saya masuk, Dr Liana dikejutkan dengan 3 pesakit kritikal yang datang serentak. 5 minit selepas itu, 12 ambulans tiba. Dr Liana segera menghubungi Ketua Jabatan kami, Datuk Dr Mahathar dan dengan cemas melaporkan situasi.
"Tarik nafas dalam-dalammm..." Datuk Mahathar menenangkan Dr Liana. Dia mendengar setiap butir cerita. Pusat Panggilan Kecemasan memaklumkan ada 47 mangsa.
Kami selalu mengusik Dr Liana kerana kerapkali insiden ‘bencana’ berlaku ketika dia bertugas. Dia pula tetap ‘rancak’ walaupun sarat mengandung.
Dari perkiraannya, dengan mengoptimakan staf, kami masih dapat menampung pesakit asalkan tidak melebihi 50 orang. Tambahan pula, agak dikhuatiri jika pesakit yang salah dibawa ke hospital yang salah.
Misalnya, pesakit dengan kecederaan otak tidak harus dibawa ke hospital yang tidak ada pakar neurosurgeri. Maka semuanya diterima oleh HKL. Jika mangsa lebih dari 50, kami akan 'berkongsi' pesakit-pesakit dengan hospital-hospital lain. Ini pernah kami lakukan pada masa lalu.
Di tempat kejadian, sudah ada lebih 10 ambulans dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan ambulans Bomba dan Penyelamat, pasukan St John's Ambulance Malaysia dan pasukan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur.
Apabila masuk kerja, saya sedar, perkara pertama adala untuk memahami situasi. Setelah ini saya lakukan dan mendapat semua maklumat, saya mula fikirkan tentang penempatan pesakit-pesakit di setiap zon. Kita perlu besarkan setiap zon.
Maka saya membuat ' briefing' ringkas di zon merah dan zon kuning yang tidak terlibat dengan kes-kes Covid. Semua petugas syif petang diarahkan untuk tidak pulang dan bersama-sama petugas syif malam menyelesaikan setiap kes.
"Penyelia-penyelia, buka katil-katil kanvas di zon-zon tambahan. Team leader malam, agihkan semua staf untuk ambil pesakit. Sister, gunakan tag lain warna untuk asingkan pesakit insiden dan pesakit yang lain. Sila senaraikan semua nama pesakit insiden di 'whiteboard'."
Saya tahu, semua petugas syif petang keletihan kerana sudah sampai masa untuk mereka pulang. Tetapi mereka sangat tabah dan sabar. Tidak ada satu wajahpun yang memperlihatkan riak wajah yang tidak suka dengan arahan ini. Sebaliknya semua nampak bersemangat.
Saya bernasib baik, kerana selain 3 pakar yang sudah ada, ada lagi pakar-pakar lain yang datang dari rumah - Dr Ibrahim, Dr Rathini, Dr Hafiz dan Dr Amira sudahpun sampai. Malah ada pakar kecemasan, Dr Shah Jahan dari Hospital Sungai Buloh yang turut serta. "My house dekat jer," katanya.
Pakar-pakar ini dibahagi-bahagikan ke setiap zon untuk merawat pesakit bersama pasukan kami.
Ketua Jabatan kami, Datuk Dr Mahathar pun tiba sejurus selepas itu dan mula memantau semua perawatan pesakit. Hati kami semakin berbunga kerana pengarah kami, Datuk Dr Herric sudah tercegat di tepi pintu.
Sementera Datuk Mahathar dengan pantas dan teliti memeriksa pesakit-pesakit malah ada yang sudah siap dibuat pemeriksaan ultrasound, Datuk Herric pula kami berikan maklumat insiden. Dia sangat membantu, dengan memberikan arahan kepada pasukan kejururawatan untuk melihat katil-katil wad bagi menampung tambahan pesakit.
Malah, apabila saya katakan kepadanya, "Datuk, we have 42 patients in the green zone and they are all queing up for X-Ray in the emergency department. If we can get the radiologist to open their X-Ray department, we can send those who can walk there and speed up all X-Rays."
Sepantas itu, dia terus menelefon ketua jabatan radiologi, Dr Shantini. Dr Shantini terus bersetuju. Dr Amira selepas itu mengumpulkan semua pesakit yang perlukan X-Ray dari zon hijau dan seramai 19 orang dihantar untuk secara berkumpulan. Ianya menjadi pantas.
Pakar-pakar Neurosurgeri, Anestesiologi, Surgeri dan Ortopedik juga turun dan bersama mereka keputusan pembedahan dan kemasukan wad juga pantas setelah semua pesakit diperiksa dan distabilkan oleh pasukan kami.
Sementara ini berlaku, pesakit-pesakit Covid atau bukan-Covid yang sudah sedia ada di jabatan tetap dirawat seperti biasa.
Menjelang pukul 12, seramai 67 pesakit sudahpun ada di jabatan kami dan pasukan yang ada berkerja dengan efisyen. Respons di tempat kejadian sudah diisytiharkan 'stand down' pada pukul 11.37 malam.
Pasukan kejururawatan telah menyediakan katil-katil di hospital untuk semua yang perlukan ICU dan Wad. dari 67 pesakit, 6 adalah kritikal, 19 separa kritikal manakala 42 adalah tidak kritikal.
Kami juga perlu memeriksa suhu badan dan memastikan mereka tidak ada gejala Covid semasa memberikan rawatan. Malah bagi setiap pesakit yang perlukan kemasukan wad, ujian RTK antigen atau Gene Expert PCR dibuat.
Akhirnya, menjelang pukul 1 pagi, semua pesakit selesai diperiksa dan telah ada perancangan rawatan. Maka pada pukul 1.25 pagi, kami semua mengadakan sesi 'debriefing'. Semua gembira kerana insiden ini dapat ditangani dengan amat efisyen berkat kerjasama semua di HKL. Kami melepaskan petugas syif petang untuk pulang.
Datuk Dr Mahathar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan akhirnya dia mengisythiharkan 'stand down' tepat jam 1.38 pagi.
Walaupun insiden ini dapat ditangani, ‘loceng’ terus berbunyi bagi kes-kes Covid yang datang ke hospital membawa pesakit yang tercungap-cungap. Dua daripada mereka terpaksa kami ‘tidurkan’ dan pasangkan mesin ventilator.
Bencana seperti ini tidak memilih masa malah masih boleh berlaku ketika pandemik dan mengusutkan lagi keadaan.
Tidak kira walau apapun krisis yang menimpa, kita harus tenang, rasional, sabar dan bersatu hati menyelesaikan setiap masalah.
Jika semua mencurahkan tenaga untuk ‘menjambatankan’ setiap jurang, setiap ribut dapat kita hadapi bersama.
#alzainsights #alzastories
Sumber : Dr Alza HKL
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Walau edisi artikel ni panjang sikit, tapi I harap yang baca janganlah underestimate sistem kesihatan negara kita.
Dari Emergency unit ke unit yang berkaitan I am sure kesemua kakitangan pegawai perubatan akan lakukan yang sebaik mungkin.
Kalau kita tak respect our own health team siapa lagi kan.
#respectfrontliners
#createempathy
#jagasop
@ipes2
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks frontliners..even though tgh sibuk dgn covid, pastu ni plak jd.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-5-2021 05:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
whimsicalmusic replied at 25-5-2021 03:12 PM
Thanks frontliners..even though tgh sibuk dgn covid, pastu ni plak jd..
kan... tq to them. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-5-2021 12:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Posting ini bukan tentang saya, bukan tentang kami frontliners tetapi tentang mereka di sebalik telefon.
Tentang pesakit kami yang kami hubungi sewaktu melakukan siasatan kes sebelum kami aturkan samada dimasukkan ke CAC, PKRC ataupun hospital.
Tentang keluarga pesakit yang kami maklumkan berkenaan keadaan ahli keluarga mereka.
Saya paling takut ketika siasatan kes, selepas semua soalan yang wajib, saya akan bertanya “Ada apa-apa lagi saya boleh bantu?”
Pada waktu ini, ada yang maklumkan yang dia risau isterinya sedang mengandung dan sudah mula batuk-batuk. Ada juga yang maklumkan, ibu bapanya sudah nampak lemah. Juga ada mereka sendiri yang tidak tahu siapa akan menjaga anak mereka kerana kedua-dua suami dan isteri sudah positif.
Saya takut sebab tidak ada banyak yang saya boleh bantu. Saya boleh aturkan swab untuk keluarga mereka tapi saya tidak tahu ada berapa banyak yang menunggu dan berapa lama mereka perlu menunggu keputusan.
Saya boleh aturkan ke CAC atau ke PKRC atau ke Hospital tapi saya sendiri tidak boleh janji bila mereka akan dihantar. Saya boleh berkeras untuk hantar mereka tapi saya sendiri tahu ada berpuluh-puluh lagi pesakit juga perlukan perhatian yang sama.
Sebagai petugas kesihatan, kebanyakan kami memilih profesion ini kerana kami ingin membantu. Jawapan ini klise tapi itulah hakikatnya.
Bila sampai keadaan yang kami tidak dapat membantu. Hati kami meruntun, di tambah dengan kepenatan badan, jiwa kami meratap.
Betapa kami berharap kami boleh kata “Encik/Puan jangan risau, semuanya akan baik”. Namun ketika ini, terlalu banyak ketidaktentuan. Kami sendiri tidak tahu bila semuanya akan bertambah baik”. Kami sudah kekurangan pilihan yang baik dan berita gembira untuk mereka.
Jaga diri baik-baik. Jangan putus harapan. Jangan berhenti berdoa.
Bagus juga ada nasihat yang selalu diulang-ulang. Bila kita sudah tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Kami sentiasa boleh berkata
“Jaga SOP. Keluar hanya jika perlu. Kita Jaga Kita”
Betapa saya berharap saya boleh peluk mereka. Tapi sayangnya saya hanya boleh lihat dari jauh.
Sumber
Dr Fadly Khairie |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih
nasib baik healthcare workers in mesia tu, ramai yg tak resign ye? sbb org kita bukannya ikut pon sop
in many countries, depa dah resign dah dgn alasan ''too risky for own health'', ''nk jaga parents'', ''need a break'', ''kerajaan gagal implement utk halang penyebaran covid sepenuhnya'' etc. sibbaik mesia ni . in some countries, ini tentu sudah lama dilakukan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-6-2021 07:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ipes2 replied at 8-6-2021 06:40 PM
terima kasih
nasib baik healthcare workers in mesia tu, ramai yg tak resign ye? sbb org kita buka ...
bukan i nak puji.. tapi sebenarnya frontliners kita sgt bersemangat... i nampak je doctors yg kat hosp sg buluh tu mmg jaga ward covid... depa keje pagi sampai kepagi esoknya and siap buat locum lagi and x pernah i dgr depa kata nak give up or nak resign.. malah depa berharap sgt government kita ni perbaiki mana yg lemah.... and i think our health team willing to work hand in hand together... cuma ada politic issues yg kita kita ni dapat tempias. Percayalah our medical team majority work from d heart. Adalah itu ini but doesn't potray the actual picture |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-6-2021 12:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by adila39 at 15-6-2021 06:48 AM
Steady org Muar.
Tq frontliners! PPV bergerak pertama diadakan.
@ipes2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-7-2021 01:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
KITA MESTI MENANG!
Kakitangan HTAR masih belum berputus asa untuk terus bersiap sedia dan bertindak dalam menangani lonjakan jumlah pesakit COVID-19 di HTAR. Dengan bilangan kes harian di Selangor mencecah 4000 sehari bukanlah petanda baik bagi HTAR kerana kes harian yang hadir ke Jabatan Kecemasan juga turut meningkat dengan mendadak sehingga tiada katil lagi untuk menempatkan pesakit-pesakit ini.
Gandingan pimpinan tertinggi HTAR dan semua Ketua Jabatan/Unit yang berani membuat percaturan setelah semua penilaian risiko dianalisa, beberapa kawasan telah diubah fungsi menjadi wad sementara bagi menempatkan pesakit COVID-19 dan dapat menampung keperluan sementara situasi lonjakan kes di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR.
Di antara kawasan yang telah dijadikan tempat rawatan pesakit COVID-19 adalah asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian. Kedua-dua tempat ini mula menerima pesakit COVID-19 bermula jam 8 malam 9 julai 2021.
Tanpa usaha dan sokongan daripada semua kakitangan HTAR yang sentiasa bertungkus-lumus dan bersedia menghadapai krisis ini bersama, inisiatif ini tidak dapat direalisasikan. Pihak HTAR mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang membantu.. Anda semua adalah Wira HTAR!!
@ipes2 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih frontliners yang merawat & menjaga saya ketika saya admitted di HKL selama 7hari akibat covid 19 stage 3.
Terima kasih juga kepada frontliners yang bertungkus lumus merawat & menjaga arwah ayah saya sehingga ke akhir hayatnya ketika arwah dirawat di HKL akibat covid 19 stage 4 & komplikasi buah pinggang.
Terima kasih juga kepada frontliners yang membantu keluarga kami dalam urusan pengebumian arwah ayah dari saat di bilik mayat sehinggalah arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan raudhatus sakinah, gombak.
Jasa kesemua frontliners dalam memerangi wabak covid 19 ini terlalu besar. Moga Allah kurniakan pahala kepada mereka & sentiasa dirahmati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-7-2021 12:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
eenhemo2 replied at 18-7-2021 01:47 PM
terima kasih frontliners yang merawat & menjaga saya ketika saya admitted di HKL selama 7hari akibat ...
Al fatihah.
Semoga roh ayah een akan ditempatkan dikalangan org yg beriman.
Ameen ya Allah, semoga een akan terus kuat ok. Stay safe and jaga kesihatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|