CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 2

“Gula-Gula Dekat Pokok” Doktor Muda Ini Rakam Entiti Asing, Ramai Nampak Seperti

[Copy link]
Post time 4-6-2021 03:59 PM | Show all posts |Read mode
“Gula-Gula Dekat Pokok” Doktor Muda Ini Rakam Entiti Asing, Ramai Nampak Seperti Pocong

Makhluk halus merupakan satu entiti asing yang tidak mudah untuk kita lihat dengan mata kasar, sebaliknya hanya dirasai kehadirannya oleh sesetengah orang sahaja.

Tapi bagaimana pula jika ‘rezeki’ apabila kita dapat merakam kehadiran entiti berkenaan?

Seorang doktor yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Dr. Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah ada kongsikan satu video pendek menunjukkan kejadian luar biasa itu.

  


Tidak diketahui di manakah lokasi berkenaan tetapi jelas kelihatan entiti seakan-akan pocong itu sedang bertenggek di sebatang pokok dekat kawasan hutan.

Disebabkan video berkenaan, ramai pengikutnya telah meninggalkan banyak komen balas berkenaan kejadian tersebut.








Ada yang mengatakan bahawa itu bukanlah entiti makhluk halus, sebaliknya hanya pantulan cahaya semata-mata.

Tapi kalau betul lah apa yang dirakam tu merupakan makhluk halus, tak boleh tidur malam ya doktor Insyirah tu nanti.

Sumbe foto dan video: Instagram Insyirah Syerry
Read More : https://www.hotfm.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata aku Alhamdulillah  x nmpk bnda2 gini...bca je la jwbnya x gagah nk zoom
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tak paham obsesi nampak hantu ni.
zaman akak duk hostel dulu kalau nak nampak hantu sgt malam jumaat lepas maghrib  duduk dlm bilik air tutup lampu tengok cermin. sebut je aku nak tengok hantu sampai hantu muncul. kalau tak keluar hantu tu tandanya yg depan cermin tu pun hantu. nak pakai lilin pun ok tp sebenarnya tak payah pakai pun psl hantu dlm gelap pun boleh je nampak. ada yg tarik selimut tutup kepala tau2 dlm selimut kat sebelah je.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.158362 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list