View: 1176|Reply: 0
|
GP British di Silverstone bakal dibanjiri 140 ribu peminat F1
[Copy link]
|
|
kerajaan England membenarkan maksimum kapasiti peminat menyaksikannya GP British 18 Julai depan. – AFP
GP British di Silverstone bakal dibanjiri 140 ribu peminat F1
LONDON – Kerajaan England terus memberi kelonggaran bagi penganjuran sukan antarabangsa apabila mengesahkan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) British di Litar Silverstone pada 18 Julai depan akan dilangsungkan dengan kapasiti penuh.
Seramai 140,000 penonton dijangka menyaksikan perlumbaan itu secara langsung selepas kerajaan berpuas hati dengan perbincangan yang dilakukan bersama pihak penganjur selain percaya keadaan terbuka Litar Silverstone menjadi salah satu faktor kenapa ia dibenarkan.
Pengarah Urusan Litar Silvertone, Stuart Pringle mengakui dapat menarik nafas lega apabila akhirnya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan sekali gus mengesahkan bahawa ke-utamaan tiket akan diberi kepada peminat yang sudah mendapatkan tiket pada edisi 2020.
“Kami bekerja keras untuk memastikan kapasiti penuh dapat diberikan selepas berbincang sejak beberapa bulan lepas dan kami sangat teruja apabila kerajaan memberikan keputusan positif.
“Ini adalah hadiah buat peminat setia F1 yang sudah me-nunggu lama untuk menyaksikan perlumbaan epik seperti sedia kala selepas saingan hanya dilangsungkan tanpa kehadiran penonton sejak Covid-19 melanda tahun lalu,” katanya.
Seperti kejohanan Euro 2020, syarat yang diletakkan oleh kerajaan adalah penonton wajib mendapat keputusan negatif selepas menjalani ujian calitan atau sudah menerima dua dos vaksin Covid-19. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|