View: 1677|Reply: 2
|
[MITOS]
Dianggap Pemberi Tuah, Ini Kisah Di Sebalik Trend Luk Thep Di Thailand
[Copy link]
|
|
Dianggap Pemberi Tuah, Ini Kisah Di Sebalik Trend Luk Thep Di Thailand
Untuk penggemar kisah mistik, Annabelle merupakan salah satu kes paranormal terkenal yang dikendalikan oleh Ed dan Lorraine Warren.
Sekiranya kami pernah kongsikan bagaimana budaya menjadikan boneka seperti Annabelle ini sebagai anak angkat di Thailand, kami kongsikan pula pelbagai teori yang berbeza tentang asal usul luk thep menerusi artikel ini.
Untuk pengetahuan anda, luk thep dianggap sebagai pembawa tuah kepada pemiliknya.
Sumber: Time
Justeru, ada yang membuat andaian bahawa luk thep ini sama seperti kuman thong bersama sedikit penambahbaikan.
Kuman Thong pula membawa maksud janin yang telah meninggal dunia dalam kandungan.
Namun, badan mereka disimpan kerana dikatakan membawa semangat anak tersebut yang sudah tiada. Sekiranya ia dijaga dengan baik, ia boleh membawa tuah dan keuntungan kepada pemiliknya.
Selain itu, terdapat kemungkinan bahawa tradisi luk thep ini mempunyai kaitan dengan kadar kesuburan rendah di Thailand menurut laporan The Atlantic.
Menurut kepercayaan mereka, luk thep memberi tuah kepada kehidupan pemiliknya semasa keadaan ekonomi mencabar pada tahun 2016.
Seterusnya, luk thep ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan kepercayaan Hinduisme, Taoisme dan animisme yang menyembah objek seperti patung.
Oleh itu, boneka seram ini menjadi bualan ramai berikutan maksud yang diterjemahkan oleh seseorang mengenai sifat anak patung tersebut.
Sumber: Time
Akhir kata, anda perlu sentiasa berhati-hati dengan menjaga pandangan dan tidak menyentuh anak patung berkenaan sekiranya ia seolah-olah hidup dan dimanjakan oleh peniaga tersebut.
Dalam erti kata lain, anda mungkin seperti dipukau oleh luk thep tersebut untuk memberikan keuntungan kepada pemilik mereka.
Pada pendapat anda, teori manakah yang paling tepat untuk asal usul budaya ini?
Penulis:
Noor ‘Aqilah Ab Hapiz adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.
Sumber:https://iamlejen.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bela saka. Mau tak bertuah |
|
|
|
|
|
|
|
Sekiranya kami pernah kongsikan bagaimana budaya menjadikan boneka seperti Annabelle ini sebagai anak angkat di Thailand, kami kongsikan pula pelbagai teori yang berbeza tentang asal usul luk thep menerusi artikel ini.
Annabelle asalnya patung mcm patung raggedy ann. bkn yg mcm dlm citer annabelle. patung annabelle yg asal, rupanya tak menakutkan langsung.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|