View: 1377|Reply: 0
|
PEMERINTAH WANITA KALINGGA
[Copy link]
|
|
PEMERINTAH WANITA KALINGGA
Dilahirkan pada tahun 611M di sebuah daerah di Sumatra Selatan, Ratu Shima merupakan pemerintah kerajaan Kalingga yang sangat kuat pegangan agama hindu. Kerajaan Kalingga yang terletak di bahagian Jawa Tengah merupakan daerah Kabupaten Jepara pada zaman sekarang. Ratu Shima merupakan isteri kepada Raja Kalingga Kartikeyasinga dan pada 674M Raja Kalingga meninggal dunia dan Ratu Shima mengambil alih pemerintahan.
Semasa pemerintahannya, Ratu Shima mendapat gelaran Sang Ratu Adil kerana memerintah dengan tegas dan berlandaskan kepada kejujuran serta keadilan. Ketegasan pemerintahan ratu Shima ditunjukkan apabila hukuman potong tangan dilaksanakan.
Kemuncak kegemilangan pemerintahan ratu Shima di kerajaan kalingga adalah pada tahun ke 21 tahun pemerintahannya apabila memiliki pelabuhan yang paling sibuk di jawa dan menjadi tumpuan para perdagang. Pada ketika itu, kerajaan Kalingga telah mengambil alih peranan pusat dagangan Kerajaan Tarumanegara yang terletak di Utara Jawa. Ratu Shima juga memajukan seKtor lain dengan memperkenalkan sistem subak dalam sistem pertanian.
Sifat Ratu Shima semasa pemerintahan membuktikan bahawa pimpinan seorang wanita bukanlah suatu kelemahan atau kegagalan. Dengan sikap tegas yang ada dalam diri Ratu Shima menjadikannya sebagai seorang pemerintah yang dihormati oleh rakyat. Buktinya, pada pemerintahannya tiada sebarang protes untuk menggulingkan pemerintahan. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat amat menyenangi pimpinan Ratu Shima.
#FoIMPAK
#ratushima
#kalingga
#peristiwansejarah
Sumber: The Patriots
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|