View: 1315|Reply: 2
|
Petronas henti taja SRT mulai 2022
[Copy link]
|
|
Miami: Gergasi minyak Malaysia, Petronas tidak akan lagi menjadi penaja utama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP bermula 2022 dengan SRT menggugurkan pasukan Moto2 dan Moto3.
SRT melakukan penampilan pertama pada 2015 di kelas Moto3 sebelum melebarkannya ke kelas Moto2.
Pada 2019, SRT mengorak langkah memperkenalkan pasukan MotoGP sebagai pasukan satelit Yamaha dengan menggunakan khidmat pelumba Fabio Quartararo serta juara dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli.
Gandingan kedua-duanya memberikan kejayaan dengan Quartararo yang hanya menggunakan versi jentera 'spesifikasi B' YZR-M1 berjaya menaiki tujuh podium dan enam petak pertama.
Pasukan itu memenangi enam perlumbaan sepanjang kempen 2020 dengan Morbidelli muncul naib juara dunia di belakang pelumba Suzuki, Joan Mir.
SRT berdepan dilema untuk membariskan pelumba pada musim 2022 selepas Maverick Vinales mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasukan pengeluar Yamaha pada hujung musim ini.
Yamaha akan membawa Morbidelli menyertai Quartararo pada tahun depan manakala keputusan Valentino Rossi mengumumkan persaraannya bermakna SRT perlu mencari dua pelumba baru bagi musim 2022.
Pilihan utama mereka adalah rookie Moto2, Raul Fernandes yang mahu menyertai SRT kerana berasakan gaya tunggangannya sesuai dengan jentera Yamaha.
Bagaimanapun Fernandes sudah terikat dengan kontrak bersama KTM untuk tempoh dua tahun akan datang yang menyaksikannya beraksi bersama Tech 3.
Motorsport.com difahamkan Petronas akan berundur sebagai penaja utama SRT dengan pasukan Moto2 dan Moto3 digugurkan untuk hanya mengekalkan pasukan MotoGP.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Rossi bersama Petronas Yamaha SRT. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
Yamaha akan membawa Morbidelli menyertai Quartararo pada tahun depan manakala keputusan Valentino Rossi mengumumkan persaraannya bermakna SRT perlu mencari dua pelumba baru bagi musim 2022.
kuang asam team factory senang2 je rembat rider team satelite |
|
|
|
|
|
|
| |
|