|
Tokyo: Grand Prix Jepun dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut susulan penularan pandemik koronavirus, menurut Formula 1 hari ini.
Perlumbaan dijadualkan berlangsung di Suzuka pada 10 Oktober tetapi F1 berkata kerajaan Jepun terpaksa membatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara itu dengan Tokyo dan beberapa wilayah diletakkan di bawah kawalan kecemasan.
"Keputusan diambil kerajaan Jepun untuk membatalkan perlumbaan musim ini susulan wabak pandemik yang kian serius di negara itu,'' kata F1 dalam satu kenyataan.
Perlumbaan di Australia, China, Kanada dan Singapura turut mengalami nasib sama musim ini.
F1 berkata keputusan bagaimana untuk mengisi kekosongan yang ada belum dibuat.
"Formula 1 kini mengkaji lebih lanjut perubahan kalender perlumbaan dan akan mengumumkan keputusan dalam tempoh beberapa minggiu lagi,'' kata kenyataan itu lagi.
HMetro
|
|