View: 1114|Reply: 1
|
MotoGP Malaysia batal lagi
[Copy link]
|
|
Paris: MotoGP Malaysia yang dijadual berlangsung pada Oktober dibatalkan berikutan pandemik Covid-19 dengan litar Itali di Misano menggantikannya, umum pihak penganjur.
"Pandemik Covid-19 yang berterusan dan sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan kejohanan ini," kata kenyataan bersama daripada badan induk sukan itu, FIM dan promoter, Dorna.
Ini adalah kali kedua saingan yang sepatutnya berlangsung 24 Oktober depan di Sepang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Pusingan di Malaysia untuk kejohanan dunia itu berdepan nasib sama seperti di Thailand, Jepun dan Australia.
Misano akan menggantikan Sepang dalam kalendar perlumbaan iaitu selepas Grand Prix San Marino pada 19 September.
"Nama pusingan perlumbaan itu akan diumumkan apabila tiba masanya," kata penganjur.
Pelumba Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha) mendahului saingan dengan 47 mata berbanding pesaing terdekat, Francesco Bagnaia (Ducati) menjelang Grand Prix British pada 29 Ogos.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
KALI terakhir Malaysia menganjurkan MotoGP pada 2019. FOTO Aizuddin Saad |
|
|
|
|
|
|
| |
|